Tolong Carikan Petua Nak Putih Gebu
Pengetahuan Am

Tolong Carikan Petua Nak Putih Gebu

Ma, kulit Angah dah gelap, camne nak putihkan balik?

Budak ni tetiba nak jadi putih gebu macam dara sunti kot.

Saya balas  ” kalau nak putih, balik dok bawah ketiak mama”

Tapi memang sejak dia kat MRSM nampak sangat perubahan – makin gelap berkilat. Belajar tengah padang ke hape?

Tapi Angah lelaki, apa nak risau.  Kemudian dapat lagi sms :

“..laa klu mama tgok Angah skrg ni, mmg btul gelap.  Warna Angah dah x mcm mama dah

Lawak betullah budak ni, entah apalah warna Angah sekarang?

Hijau?

Kuning?

Balik bercuti  hujung bulan nanti saya dah  sediakan krim pemutih untuk Angah –   day cream photoshop ..hik hik. Proses pemakaian masih sama – gunakan jari untuk touch up!

Bab putih memutih memang topik semasa kaum perempuan.  Dari memutih kain baju sampailah memutih badan sendiri.  Perempuan cantik didefinisikan, dibentuk, diciptakan dengan berkulit putih sehingga perempuan sebaliknya kehilangan kepercayaan atas tubuh dan kehilangan identiti karektor diri sendiri.

Banyak kes produk kosmetik yang dipasarkan dikesan mengandungi racun berjadual yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna.  Tetapi masih bersepah² gerai/kiosk yang menjual produk pemutihan bermaksud ianya mendapat permintaan yang tinggi dari orangramai.

Mengikut  Bernama 20/4/2011 , orang ramai dinasihatkan supaya mengelak menggunakan enam produk kosmetik jenama terkenal ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream. kerana mengandungi Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin.

  • Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
  • Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi. Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.
  • Dexamethasone adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Saya beli  sabun kulit rambai berharga RM 2.90 di Tesco untuk Along bagi rawatan jerawat .  Alhamdulillah nampak berkesan.  Embah dia pun boleh perasan perubahan muka Along dan tegur.

Cuma perlu rawat bekas parut jerawat.  Tapi budak lelaki yang tak hairan nak jaga² muka, susah nak suruh dia amalkan secara teratur.

Awek dia tegur ke tidak tataulah… kata Intan , Along tak de awek.  Saya tanya macam mana  tau?  Kata Intan, sebab dia biasa letak handphone merata², semua orang boleh tengok,… kalau ada awek mesti nak sorok²… itu kata Intan

………… yang tengah hangat bercintan cintun tolong sahkan fakta ini betul atau tidak…  sebab Intan baru 12 tahun belum ada pengalaman bercinta.

 

teringat video klip matluthfi90 – selamat hari ibu 2010
“tolong rekemen cream jerawat walau satu pun tak guna”

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Tolong Carikan Petua Nak Putih Gebu

  1. patutnya camtu la… baru semuanya gembira…yg susahnya ada ibu bapa tk suka mendengar lebih suka mengarah….

    harap2 sya pun jadi macam my mum…blh kongsi apa sahaja..tk mudah melatah… 😉
    Jom terjah post menarik dari syamila ..Selera Makan Menjadi2… he3My Profile

  2. Assalamualaikum,
    Ada ek sabun kulit rambai? Tak pernah jumpa. Yang saya selalu guna tu bedak kulit rambai dalam bentuk serbuk. Guna je sentak satu badan kevuali rambut. memang halus mulus tapi…TAK puteh.

    Lelaki biasanya tak macho kalau putih melepak 😉 Sorang kawan saya dulu masuk ROTU semata-mata nak hitamkan kulit. Bila habis latihan, kulit dia tetap putih balik hu hu hu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Keputusan Pelajar Lepasan SPM ke IPTA 2011 diketahui Hari iniMy Profile

  3. Hah!3X bijak si Intan tu! Boleh pakai idea tu. Biasa tengok dalam drama-drama Melayu di TV kot…

  4. hihihi………….. dlm family, dia yang agak cerah sikit
    agaknya takut kalah dgn Along le kot.

    anak kak jie tu…….mmg selalu call atau sms hal² yg sweet². kalau telefon nak ckp berejam², semua nak cerita mcm le telefon tu free 😆

  5. kak jie tak pernah teringin nak tengok, tapi kita boleh nampak cara, persekitaran dia menggunakan hp tu mcm mana….org ade awek cara dia mcm lain dgn org yg tak de awek…hehehe

    saje je budak tu, nak manja2 dgn mak

    anak mak sgt :mrgreen:

  6. saya tiap kali tengok video matlutfi tu, mesti nak gelak jer. walhal dah tengok beberapa kali.

    memang pompuan dan putih tak boleh dipisahkan. pantang nampak panas, mesti nak lari ke tempat redup. takut hitam. masa muda dulu tak minat sangat nak jaga muka jadi putih. tapi bab jerawat memang jaga. merata ubat dok guna. tu pasal bila tengok video tu, mengkekek sy gelak.

    teori intan tu memang boleh dipakai. mesti dia sembang2 kat skolah tu. adik sy yang lelaki ni, pantang tercicir hp, mesti dia sedar dengan cepat. takut hp kena belek dengan kak.. 😈
    Jom terjah post menarik dari cek chun ..kehilangan yang dirasaiMy Profile

  7. dah beli utk dia hari tu 2 ketul
    balik kat asrama, kawan lain tengok, derang pun nak
    dia jual seketul…
    asih…anak tu :mrgreen:

  8. sesekali dia hantar sms…buat mama dia senyum sepanjang hari

    mgkn saja2…tapi hati mak yg terima….seronok je 😆

  9. wahh…untunglah , harga minyak naik tiap bulan ..cuba² offer telaga minyak tu …. 😆 😆

    biasa ni utk peringkat remaja

  10. kak jie mmg guna sabun kulit rambai…tapi lulur bedak tu tak gunalah…sabun baisa beli kat tesco , brand cak ayam je 😉

  11. anak anak kak jie rapat, kami boleh share cerita mcm² tapi mesti ada beberapa yg disorok²kan….biasalah tu 😛

  12. hehehe…ni blog mak² kaki bebel..biasalah entri mula² tulis lain , kemudian membebel macam² masuk. Tulis tanpa draft, apa yg keluar dari kepala otak terus ke hujung jari.

    😆 entri anak beranak campur hal2 semasa yg berkaitan dgn kehidupan

  13. tiba2 dia tersedar….sedang sejal lahir tak pula putih melepak….acuan mama dia ni bukan putih 😀

  14. memang berbeza..dulu pergi sekolah balik sekolah mama dia ni jemput depan gate sekolah..skrg buat sendiri..kem sana kem sini…dia baru balik kem kat Gunung Jerai 3 hari.

    Lagi dia masuk renang…mmg berkilat . Kak Jie cakap….gelap tu tanda lelaki macho…lasak…hero 😆

  15. dulu dulu masa form 5, lepas sekolah tu nampak along dia melekatlah juga dgn hp..skrg ni tak lagi

    agaknya sbb tu lah dia ckp mcm tu…

  16. ini adalah satu bentuk komunikasi gurau senda ibu dan anak yang duduk berjauhan… walaupun anak2 duduk asrama, kita kena kekalkan cara berkomunikasi dgn anak2 supaya mereka tidak terus menjauh….bukan semua anak2 mahu berkongsi hal2 seperti ini dgn ibubapa mereka. Untuk mendekati anak2 remaja, kita kena berbual hal2 yg bersangkut dgn dunia remaja mereka….contoh hal spt ini 😆

  17. biasa kalau gelap sebab sport ni akan elok juga nanti, xlama tu..

    sy pun ada gewe..hp pun merata-rata tp ahli keluarga sume mmg xkan buka. hormat privacy masing2..kalau nak dgr lagu @ tgk gmbr pun mntk izin dulu..
    Jom terjah post menarik dari munna ..Suatu Ketika di alam perkahwinanMy Profile

  18. hmm..saya tak guna suma jenama tu. guna sabun susu kambing je. cuba suh angah guna. kadang2 tgk ada org muka putih, tapi tangan. aiyoo, manyak brann le itu orang

  19. saya plak warna kulit mmg tak bape kisah sgt.. cuma minyak at muka ni je,, cepat beno berminyak.. grr.. kalau kumpulkan bley buat minyak urut dah.. kehkeh.
    Jom terjah post menarik dari Fariq ..Dia Pengipas TerbaikMy Profile

  20. betul la cakap si intan tu..pandai2 😀
    kalau nak cakap dengan awek mesti dia main2 sorok2..
    nak pegang handset pun susah la… :mrgreen:

  21. muka saya opn dah gelap skrg ni kak jie.. baru blk dari camping di air terjun… wuuuu

  22. kalau ikut pengalaman sendiri mmg sy tak letak merata2 handphone ms ‘gewe’ dulu. skrg ni sy lak yg selalu dok cek h/phone adik.hehehe….
    Jom terjah post menarik dari nisa ..Bila Die TidurMy Profile

  23. my mum tk reti nak buka mesej…dorg yg bg mak baca tak pun citer mesej apa yg dapat…hik3…

    kalau dulu2 zaman surat menyurat…mmg la mak yg bukak n baca dahulu… 😆
    Jom terjah post menarik dari syamila ..Milik Siapakah Ini… –My Profile

  24. along bukan perahsia orangnya. mungkin dia bersifat terbuka dengan keluarga.
    tapi mungkin jgk betul dia takde makwe…kalau tak hp sentiasa di sisi. hihi…

    eh ni cerita along & makwe atau cerita racun dalam produk kosmetik. hahha

  25. adik beradik sya mmg tk sorok2 ngn mak…siap bercerita lagi…kalau pakwe/makwe tepon dorg suruh mak yg angkat dulu… so pakwe/makwe tu jgn tulis yg bukan2 le…surenye my mum baca…he3…
    Jom terjah post menarik dari syamila ..Milik Siapakah Ini… –My Profile

  26. hehehe.klu lelaki kulit gelap takpe.pompuan tak pndg kott bb2 cmtuh.xdemand kami pmpuan nih.

    hehe.pandai intann.kecik² dah ckp cmtu.betoollll kott. 😆
    Jom terjah post menarik dari anajoe ..Rezeki Kita- Sekian LamaMy Profile

  27. Sebab semua dah tahu, so tak de lah sorok-sorok handphone, cuma lock je bahagian mesej 😛

    Biasalah bila ada tournament futsal mesti badan merah punya (bukan gelap, merah) haha memang tak pakai pape krim ke apa, tunggu dia elok sendiri je :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Hidup segan- mati tak mahuMy Profile

Comments are closed.