Awal pagi semalam saya menerima email dari pengunjung yang menegur perkataan RAMADAN yang saya gunakan di dalam blog ini. Kalau dilihat dari senarai feedlist saya, memang tiada sesiapa yang menggunakan perkataan ‘Ramadan’ tanpa ‘h’ ( Ramadhan ).
Maafkan saya kerana membuatkan orang keliru. Saya pernah menulis isu ini beberapa tahun sudah mengenai ejaan Ramadan atau Ramadhan.
Mengikut carian saya di laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustakan – Tiada maklumat tesaurus untuk kata ramadhan
- Ramadan – Ramadan (kata nama) Bersinonim dengan bulan puasa, bulan mulia, bulan berkat, bulan rahmat, bulan pahala.
- Ramadan – bulan yg kesembilan dlm tahun Hijrah; bulan puasa.
- Ramadan al-Mubarak – bulan Ramadan yg diberkati.
Kerana sebab² diatas, saya menggunakan perkataan ‘Ramadan’. Moga penjelasan ini melepaskan saudara/saudari dari menanggung kesalahan saya. Terimakasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berkongsi dengan pembaca yang lain juga.
Soalan :
Yang mana satu ejaan yang betul “Ramadhan” atau “Ramadan” Kalau mengikut Kamus Dewan Edisi Empat ejaan yang betul ialah ” RAMADAN ‘ Tetapi pada pandangan & pendapat saya ejaan jawi bulan ramadhan “dh” adalah jawi “Dhad” . Sedangkan ramadan “dan’ adalah huruf “dal” bila sebut dengan betul pun bunyinya ada perbezaan “dan” dengan “dhan” Jadi sekarang yang mana satu mesti boleh diguna pakai. sekian, terima kasih.
Jawapan :
Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Entri “Ramadan” walaupun ditulis begitu, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi “dhod” tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak. Tuan boleh juga menulis mengikut ejaan transliterasi agar lebih tepat. Tetapi sekiranya tuan ingin menggunakan tulisan umum ejaan sebagamana yang tertera di dalam KD4 itulah yang dikira tepat – “Ramadan”.
Soalan:
Berpuasa DALAM atau PADA bulan Ramadan?
Jawapan :
Berpuasa pada bulan Ramadan. Pada, kata sendi yang bererti di.
– sumber : Khidmat Nasihat PRPM
Kepada teman² blogger yang sering bertandang, maaf aktiviti saya di alam siber turut menyusut kerana ada perkara² lain yang lebih diberi keutamaan semperna Ramadan kali ini. Insyaallah.
Ramadhan lebih tepat sbb dhod bukan dal, perkataan jawi tak pernah berubah huhu
assalamualaikum akak.
kadang-kadang kita terkeliru dgn perkataan tu. Ada ustaz mengatakan sbg Ramadan adalah “Ramadhan”, ada cikgu Bahasa Melayu mengatakan sebaliknya. Apapun, dua-dua ada makna tersendiri. Selamat menjalani ibadah puasa ya 🙂
ohoo..baru tahu rupanya begitu…terima kasih 😀
Rakyat malaysia sudah lama didedahkan dengan “RAMADHAN” jadi memang susah nak ubah. Walaubagaimanapun kita perlu ubah dan inshaAllah sama-sama memperbaiki selepas ni.
p/s: Tengok kat google trends ramadan kurang cariannya. Acane?
Lagi satu nak tanya. Perkataan yang betul Tarawih atau Tarawikh ?
ikut rujukan DBP ejaan yang betul ialah tarawih.
Ya. Dan hariz juga ditegur 🙂
Terima Kasih Cikgu atas Maklumat..hehe..Saya dah terbiasa menggunakan Ramadhan…
Jom terjah post menarik dari JeJAI ..Segmen Seni Lukisan | Mat Selamber
ini pengetahuan am, berguna kalau kita akan berurusan secara rasmi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kaloi Masak Lemak Tak Jadi
selama ini yang saya tahu Ramadhan
Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..wordless wednesday – andai ku tahu
betul pun…. katanya tak salah gunakan Ramadhan
tetapi kalau kita berurusan rasmi , perkataan yang tepat dari dewan bahasa itulah Ramadan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kaloi Masak Lemak Tak Jadi
saya pun terlepas pandang hal ni..
Jom terjah post menarik dari naimulfirdaus ..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
huhu…sama je maksud dia… ejaan je lain..he3
Jom terjah post menarik dari mamat ..Contest Aidilfitri | Hosting, Domain, Duit Raya
selama ni saya pakai Ramadhan,bukan Ramadan
Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Potret Cun lepas Pantang
Ada beberapa novel tempatan mengunakan tajuk ejaan Ramadhan. Keliru juga mana satu yang betul?
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Selamat mengerjakan ibadah puasa
ikutkan karangan bahasa ia boleh digunapakai kerana merujuk kepada maksud yang sama…lagipun ia tidak merujuk kepada kesalahan ejaan…namun jika ia boleh menyebabkan kecenderungan untuk salah tafsir, maka kita akan merujuk semula kamus dewan…
cikgu BM pun sama kak jie…terikut juga menaip “ramadhan”…tetapi yang terbiasa itu tak semestinya betul…ia satu ikutan bukan satu bantahan…
kalah cikgu BM kat sekolah ni ..saya rasa rata-rata menggunakan Ramadhan..
Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..yarks!! Sanggup makan dan minum di tandas sekolah
ha’ah la…baru perasan kat berita harian tadi.diorang guna ‘ramadan’.tapi kat harakah rasanya guna ‘ramadhan’ 🙂
Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – X
saya pun guna Ramadhan. walaupun orang faham tapi bahasa perlu dijaga. nak kena biasakan diri guna Ramadan la. bahasa kita martabat kita 😉
Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..13 Tabiat Buruk Blogger Yang Patut Dibuang Serta-Merta
(Ejaan) Yang betul tetap betul dan yang salah tetap salah. Bunyi janggal? Makna sama? Itu lain cerita 🙂
Jom terjah post menarik dari GreenLava ..Google plus, Picasa and Blogger missing photos
Assalamualaikum,
Entah kenapa tiada pemantauan dalam bab bahasa, bercelaru semua orang. Yang peliknya, ada kementerian yang guna perkataan “pengkenselan” dan “pembatalan”. Tak tau apa bezanya. Dah buat aduan dengan DBP, kita tengok apa jadinya selepas ni
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Nuffnang Kena Hack Lagi Ke? Awatnya Tarik Balik Semua Iklan kat blog aku???
Terima kasih kak…
ini info berguna utk dikongsikan bersama… 🙂
Jom terjah post menarik dari DiDa ..Lagi bagus tak payah tunang!
betul tu..
dari darjah 1 rasanya belajar tulis Ramadhan
Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Laporan Blog Sitiatikah.com Pada Bulan Julai
dah terbiasa guna ramadhan..
Jom terjah post menarik dari ariff ..Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 20) – Waktu Imsak & Berbuka Puasa Moscow – Puasa 18 Jam
Aku masih ingat Kujie tulis pasal ni dulu.. alah ni sket punya hal.. kalau faham maknanya telah terjadi komunikasi…
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Apa Yang Orang Gastrik Tak Boleh Makan…
owh baru tauuuuuu
Jom terjah post menarik dari Affan ..Dugaan Puasa di Perantauan, kena puasa 16 jam.
untuk karangan rasmi, bahan cetakan rasmi, kena rujuk dewan bahasa dan pustaka
lagi2 untuk adik2 yang nak buat karangan di sekolah..hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Dibogelkan Oleh Wp-Includes
Boleh, tapi tengok ejaan rasmi, nak biasakan diri dengan ejaan rasmi
senang nak bagi tau anak2…
kes dah kena tanya ni..tapi kat suratkhabar memang ejaan rasmi, cuma kat blog saja
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rindukan Mama Atau Harry Potter?
Kalau kita tau ejaan betul dari DBP, kita gunalah
ada kebaikan utk diri sendiri juga generasi akan datang..hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?
Bahasa karangan tu penting untuk anak2 di sekolah. Mak2 kena ambil tau….nnt dapat soalan maut, tergagap nak jawap
Tapi kalai diperhatikan ejaan Ramadan digunakan secara rasmi di akhbar dan iklan promosi ..hihihi 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?
masalah utama DBP adalah;
tak ada apps rasmi untuk mobile kehkehkeh
Jom terjah post menarik dari syafiq ..Hello Kitty
Sebab tu diterima guna ejaan macam mana, cuma kepada anak2 yg bersekolah, ejaan kena ikut dewan…
‘mama…mana ejaan yg betul?”
kena rujuk dewan bahasa gak..hihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?
Sebab dia terbiasa nampak perkataan ‘Ramadhan’ dari ‘Ramadan’
tetapi secara rasmi dalam media dan dikeluarkan oleh DBP perkataan yang betul adalah “Ramadan”
Anak2 sekolah tak boleh keliru..mereka kena buat karangan dengan perkataan yg betul…blogger juga kena mainkan peranan untuk menulis dengan betul 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..#Wordless Wednesday : Mana Kau Nak Sorok?
tu ar, kalau itu sebutan arab Ramadhan kan..tapi tulisan melayu jadilah ramadan..yg penting kita berpuasa..hehe..wahh jauh tu dari rumah kak ji nak ke puduraya..tak jammed ke?
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Selamat Berpuasa Semua 🙂
Anak2 kita mencari info di internet sekarang, kita yg menulis blog kena bertanggungjawap juga untuk menulis perkataan yang betul ikut dewan bahasa…huhu
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang
Bagi Kak Jie, benda ni kena pandang di luar kotak yang lebih luas
kesan pada anak2 generasi akan datang
carian di internet menemukan mereka dengan kekeliruan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang
bagi tyka same je kak. janji kita faham .. he he ..
tak sangka boleh dipersoalkan ..
Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Laporan Blog Sitiatikah.com Pada Bulan Julai
pening jugak kan bila didebatkan sama macam hukum DM tuh. Saya baru tau nih.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Puasa dan Giveaway
Tu ler kekadang konfius Ramadhan ke Ramadan..thanks kak jie…kerana infonya. 😀
Jom terjah post menarik dari princessmia ..Tragedi Berdarah Sebelum Ramadhan
bila tengok balik trending topic in Malaysia kat Twitter ‘Ramadan Mubarak’, rupanya lagi ramai gunakan ejaan Ramadan
sy terikut-ikut dengan rakan blogger lain eja Ramadhan
Jom terjah post menarik dari Syazwan Sarawak ..#KenanganPuasa versi Entri
Baik Ramadan atau Ramadhan, kedua-duanya punya carian yang tinggidi Google. Untuk penulisan rasmi, gunalah ejaan Dewan 😎
Jom terjah post menarik dari muhammad fakhruddin ..Bersediakah Kita Untuk Baca @ Ramadan?
janji maknanya sama ok lah tu..
Jom terjah post menarik dari madammondoq ..Buffet Ramadhan 2011 – Shah Alam
kalu mau pakai dua2nya sekali pun boleh kan kan kan.. heheheh
err.. maza skrg ni suka mengeja Syawal… ahaks..
hehehehe…..
KA sebut apa yang KA baca kak jie, mungkin bunyi di tengah-tengah tu lain sikit kot.. 😉
Jom terjah post menarik dari Kamarul Azri™ ..Komen tertinggi: Julai 2011
rasanya ejaan ‘ramadhan’ tu yang betulnya,dalam sebutan la.tapi dalam kamus dewan ejaannya ‘ramadan’ untuk bahasa karangan.tak kisah guna yang mana pun.saya lebih suka guna ‘ramadhan’.
Jom terjah post menarik dari Pacifista – X ..Contest: Rewards (Punchtab.com) @ Pacifista – X
benda kecik je tu, asal kan ada bunyi cukup
Jom terjah post menarik dari gobblogz ..Kemalangan Maut : Kepala Hancur Digilis (11 Gambar)
رمضان – Ramdhan (bak kata saloma) 😆
tu betul2 baca macam tulisan jawi kekdahnye.
Jom terjah post menarik dari syafiq ..Kasih Tak Bertepi
Rupanya ada juga yang menegur perkara yang sekecil ini.
saya pula sudah terbiasa mengeja melalui sebutan. Dengan itu sejak dari dulu lagi ejaan Ramadhan diguna pakai.
Jom terjah post menarik dari wachak ..Bazaar Ramadhan – 2011
Zara pula mengeja berdasarkan sebutan. Sebab tu eja “Ramadhan”.
Tapi betul juga tulisan Kak Jie di atas 🙂
Worldwide guna Ramadan je kan? 🙂
Jom terjah post menarik dari Lord Zara ..#01 #Ramadhan : Mahu Terus Kekal Senyum