Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang
Anak

Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang

Pukul 10 pagi kami dah berjaya sampai ke Komplek PKNS……..terkejut dengan keadaan.  Macam tersesat entah ke negara mana.  Ada ramai orang asing bercampur berbagai negara.  Hitam putih kuning langsat, mata sepet, mata bundar, hero filem hindustan, muka suci murni, muka gengstar semua ada.

Mungkin mereka berkumpul untuk rancanagan pemutihan Biometik. Itu berita yang sesekali saya dengar melalui radio.

“Biometik tu apa mama”
“Dia bubuh cip dalam badan macam ikan paus dalam dokumentari Discovery Channel” mama dah terhyperbola nak terangkan istilah canggih manggih yang sedang dijalankan.

Usaha gigih saya mengharung hujung lebat pagi minggu sebenarnya hanya mencari baju melayu untuk Along dan Angah. Biarlah orang nak cakap sakan bershopping sebelum puasa tetapi orang cuma tau bercakap tetapi mana orang faham situasi setiap orang. Baik diam dari berprasangka bukan² mengata orang.

Angah cuma akan balik semula sehari dua sebelum raya, kalau saya tak sediakan baju melayu dia- bila masa saya nak usung tuan badan tu buat persiapan. Ketiga-tiga anak saya berada di lokasi yang berbeza sepanjang bulan Ramadan ini dan inilah kesempatan yang ada untuk uruskan keperluan mereka.

Kelebihan shopping awal ini , senang nak dapatkan stok sama ada untuk pilihan warna atau pilihan saiz.

Keadaan di Komplek Shah Alam tidak pernah berubah seperti tahun² sudah. Gerai warna warni memenuhi ruang legar.

dan anak berdua ini juga masih sama ………..berkepit je sepanjang 2 hari!

saya berkepit dengan Angah ikut jejak dari belakang…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang

  1. Kasih sayang ibubapa tiada ternilai oleh wang ringgit cuma kekadang kita anak2 tak sangat menghargai tetapi bila anak2 dah besar baru terasa tapi sudah terlambat kalau dulu kita tak beri khidmat yg baik pada ibubapa kita… dunia ini bagai roda terus berpusing dari atas ke bawah kemudian ke atas.

  2. oo ingat awek pakwe mana , anak kak jie ye .. ngam sungguh diorang .. bee tak beli apa2 lagi , kalau ikutkan nak beli awal senang sikit kak jie ,kot ada apa tak kena boleh adjust2 ke tukar2 ke , tapi boss diam je ..saya pun tak berani tanya ..duit dia huhu..
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Bakar Pizza Dengan AliyaMy Profile

  3. Serupa lah tu…Sabtu lepas kami ke Jln Imbi…MasyaAllah ramainya manusia…mana datang entah…. kita pulak bukan sepanjang hujung minggu berpeluang nak ke KL, tapi bila sesekali…setahun sekali ler kiranya turun KL jalan sesak giler macam tu…aduyaiii…tak silap puncanya di jalan Pudu simpang nak ke Jln Kenangan tu kan ditutup untuk naik taraf jalan ke buat apa entah….grr…
    Kalau tunggu bulan puasa baru nak ajak anak shopping, banyak lah alasan diorang…letih lah lapar lah dahaga lah….last2 saya shopping kat area dekat2 rumah jer….semua dah dapat….songkok jer yg belum cari…
    Jom terjah post menarik dari kakza ..New AzZahra kidsMy Profile

  4. salam kak jie, selamat menunaikan ibadat puasa ya 🙂 sy pegi jj pun ramai gak org yg shopping b4 puasa. tu nak ngelakkan kesesakkan manusia bile dah nak dekat raya nnt. selamat dah beli baju anak, baju melayu pun dah siap fuhh lega. bulan posa mmg jln tar, area sogo, tu sume sy pangkah.. kang pitam 😀

  5. saya pun kalau bab shoping area shah alam gak kak jie…tak lari mana membesar pun kat shah alam….kita mesti ingin berikan yang terbaik buat anak-anak, moga gigih menjadi ibu didunia dan akhirat…

  6. Bagus jugak awal2 shopping kan, stok masih banyak dan beraneka.. kuih muih kak jie dah shopping ke? huhu

Comments are closed.