Seroja Bukan Teratai
Pengetahuan Am

Seroja Bukan Teratai

Ini adalah kali yang ke dua puluh atau mungkin tiga puluh pokok teratai di taman rumah saya berbunga. Setiap kali berkembang, saya tidak pernah hilang jemu untuk menatap dan memberi perhatian padanya. Ini juga menjadi bunga yang paling kerap keluar di laman blog kujie2.com

pink lotus
Kita sering mengenal bunga ini sebagai Teratai, tetapi mengikut wikipedia dan carian maklumat di laman landskap/nurseri/ botanik ini adalah bunga Seroja.

bunga teratai

Perbezaan Teratai dan Seroja secara saintifiknya ialah Teratai di dalam keluarga Nhympaeaceae dan Seroja Nelumbonaceae . Seroja dikenali sebagai Indian Lotus, Sacred Lotus, Bean of India dengan nama biologinya Nelumbo nucifera.

bunga seroja

Seroja dan Teratai keduanya adalah hidupan air yang tumbuh di tanah berlumpur. Keduanya berbeza kerana Seroja batangnya tegak melepasi paras air tetapi Teratai (waterlily) daun dan bunganya bergenang di permukaan air.

Dari pengalaman saya menjaga pokok ini, bunga akan keluar secara berpasangan, tidak pernah sekali pun bunga keluar secara solo. Bunga ini mengeluarkan bau, akan menguncup bila petang mengikut terik matahari dan berkembang sebelum kelopaknya gugur dalam tempoh 3-4 hari.

EDIT :  Disebabkan ramai yang keliru antara Teratai dan Seroja , saya upload gambar bunga Teratai yang sebenar – abaikan pasu yang bergerigi DIY tu.

Nampak perbezaan – Seroja daun naik tegak di atas permukaan air sedangkan Teratai daun berada di paras permukaan air.

nikmatilah walau hanya seketika

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

52 thoughts on “Seroja Bukan Teratai

  1. Boleh..zaman kanak2 riang kat kampung dulu sanggup meredah bendang pergi cari…dah depan mata tak teringin pun..hihi 😆

  2. sayangnya………. memang pokok air agak bahaya bila ada masalah nyamuk. Kami tanam terus dalam kolam yang ada ikan. Nyamuk tak sempat nak hidup………katak pula yang banyak 😆

  3. kalau tanam dalam pasu memang macam tu…lama2 akar dia tepu. Kami tanam dalam kolam… ada kolam besar dibahagi ruang kecil untuk pokok ini. Kerap berbunga

  4. dia keluarkan bau…tapi 3-4 hari kelopak dah jatuh..tinggal bahagian tengah yang berwarna kuning tu…..lama kelamaan akan berwarna hijau dan kemudian cokelat kehitaman..ada biji benih 😆

  5. maka ada dua dua dirumah. yang kecil itu ada yang besar pun ada. sudah faham apa beza antara bunga. 😆

  6. Erk ….mati2 ingat Seroja ngan Teratai tu sama …. minat ngan teratai putih sebab masa kecik2 kolam ayah ada tanam bunga ni …tpi kat kampung la ….jadi bunga sacral Buddha tu seroja la (lotus) dan bukannya teratai (waterlily) …

  7. cantiknya,,rasa nak sentuh je bunga tuh. teratai dengan seroja rupanya berbeza. kiambang tuh kenal la.

  8. Dulu beli pokok ni, rm15… kalau ambil kat longkang besar tu free je. Mula2 elok cantik bunganya tp sekarang dah bantut, sebab akarnya dah tepu kat dalam pasu tu, tak larat nak manage. Kalau ada sesiapa nak dtg le rumah, boleh ambil benih.

  9. Pernah ada bunga ni kat rumah…sekali tu ada budak kat taman ni kena denggi. Datanglah org Kementerian…siasat2 dalam pasu tu ada 5 jentik2 sbb anak ikan dalam tu dah mati ….
    Terus hubby buang air dan pokoknya…huwaaa…mujur tak kena saman sbb bukan jentik aedes katanya….sikit punya susah nak ambil pokok tu kat tepi jalan masa balik kg Perak….err nanti nak amek lagi lah…hehe…yg bunga putih tu teratai juga kan….

  10. cantik la bunga tu kak jie..huhu
    kena plak dengan snap shot yang cantik..nampk lebih menarik bunga tuh..hehhee

  11. Tak tahu pula rupa seroja. cuma tahu teratai jer? dia hidup tak lama ya kak? senang tak nak jaga dia 🙄

  12. wooo.. ini dia rupanya bunga seroja.. ingatkan mcm pokok bunga tanjung kat kubur tu ha.. ahaks.. hehehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  13. kak jie ada dua2…. teratai @ telipok warna purple…. dulu ada warna putih tapi tak hidup lama.

    yang seroja ni warna pink…dah bertahun2 dah bela…senang je jaga

  14. ikut carian di internet…kita panggil teratai, rupanya dlm botanik, teratai tu telepok yang daun dan bunganya berada di permukaan air…seroja yg batang daun dan bunga dia tegas di atas permukaan air…

  15. tu canon power shot A 22400 14.1 mpixels baru beli…yg lama abg bawa g algeria
    belum ada ‘kimia’ dgn kamera ni…masih dlm mood suai kenal 😆

  16. bunga ni…….kerap berkembang
    tiap kali berkembang, kak jie tak pernah jemu nak belek2
    masih ttp rasa seronok

  17. pokok ni kena tanam dgn biji benih
    dulu masa mula2 nak tanam, kami pergi lombong congkel , korek anak pokok sampai patah cangkul…tak mau hidup juga

    sekali semai dgn biji benih…hidup dah bertahun2

    kalau nak kak jie boleh bagi je biji dia… :mrgreen:

  18. pergh!! umah kak ji ada pokok ni!!?
    mintak benih!! 😀
    heheheh iyer iyer jer kan,
    pocket pun nak bela jgak,
    cuma tak der kelapangan lagi nak bercucuk tanam.
    nanti kalau ruang nya dah ada,
    mintak benih nyer yer kak 😀
    (Or kak buleh jual .. hey hey!! bisnes tu)

  19. bila sebut teratai, teringat kan seseorang pernah menyanyikan lagu ramli sarip, teratai pada saya satu ketika dulu.. auww.. hahaha..

    saya tak tau pun seroja ni lebih kurang teratai. hehe. thanks for the info kak jie.

  20. waaa… kak jie sekarang ni dah pandai main angle picture eh? siap closeup berbagaai…
    nanti blajar teknik bokeh plak ye. untuk dapatkan bokeh.. kalau digital camera..
    setkan pada icon bunga.

  21. oo saya ingat kan bunga seroja yg warna putih yg biasa org tanam di kubur tu kak jie, ini bunga seroja ye.. ermm 😯

  22. Teringat masa zaman sekolah tinggi di belah hujung ada kolam yang penuh pokok tu. Awat buah dia tu biar layu, sedap tu kalau makan…

Comments are closed.