Ini adalah kali yang ke dua puluh atau mungkin tiga puluh pokok teratai di taman rumah saya berbunga. Setiap kali berkembang, saya tidak pernah hilang jemu untuk menatap dan memberi perhatian padanya. Ini juga menjadi bunga yang paling kerap keluar di laman blog kujie2.com
Kita sering mengenal bunga ini sebagai Teratai, tetapi mengikut wikipedia dan carian maklumat di laman landskap/nurseri/ botanik ini adalah bunga Seroja.
Perbezaan Teratai dan Seroja secara saintifiknya ialah Teratai di dalam keluarga Nhympaeaceae dan Seroja Nelumbonaceae . Seroja dikenali sebagai Indian Lotus, Sacred Lotus, Bean of India dengan nama biologinya Nelumbo nucifera.
Seroja dan Teratai keduanya adalah hidupan air yang tumbuh di tanah berlumpur. Keduanya berbeza kerana Seroja batangnya tegak melepasi paras air tetapi Teratai (waterlily) daun dan bunganya bergenang di permukaan air.
Dari pengalaman saya menjaga pokok ini, bunga akan keluar secara berpasangan, tidak pernah sekali pun bunga keluar secara solo. Bunga ini mengeluarkan bau, akan menguncup bila petang mengikut terik matahari dan berkembang sebelum kelopaknya gugur dalam tempoh 3-4 hari.
EDIT : Disebabkan ramai yang keliru antara Teratai dan Seroja , saya upload gambar bunga Teratai yang sebenar – abaikan pasu yang bergerigi DIY tu.
Nampak perbezaan – Seroja daun naik tegak di atas permukaan air sedangkan Teratai daun berada di paras permukaan air.
nikmatilah walau hanya seketika
itu kemboja…hihi
sebab tanam dalam kolam…ada air yang mencukupi , memang tak ada masalah nak bela pokok ni. Hidup lama……..Kak Jie bela agaknya dah 5 tahun , masih ada berbunga