Pengetahuan Am

Sekolah Menengah Teknik Sepang

Salam kawan² & pengunjung… kembali berblogging selepas bercuti dung dung ceng…!!!

Maafkan saya kerana dalam minggu ini terlalu sibuk hingga mampu mengintai disebalik tirai blog tanpa sempat bersua kata. Saya cuma pemblog separuh masa, keutamaan saya tetap pada keluarga. Bila suami dan anak² bercuti , saya kembali menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Dunia saya bersama mereka bukan di dalam talian bermesra dengan Encik Streamyx atau Puan Blogger.

Semalam saya sekeluarga menghantar Along mendaftar masuk ke Sekolah Menengah Teknik Sepang untuk menyambung pelajaran ke Tingkatan 4 ( Kejuruteraan Awam ) . Walaupun ini adalah pengambilan sesi ke-2 , saya diberitahu lebih 200 murid mendaftar semalam dan pada pendaftaran pertama 28/01/2008 , lebih 300 orang murid yang telah mendaftar masuk.

Menurut Puan Pemangku Pengetua semalam, dari kesemua 7 sekolah teknik di negeri Selangor, SMTSS menerima permohonan terbanyak melebihi 3000 permohonan sedangkan SMTSS adalah sekolah teknik terbaru yang hanya mula beroperasi pada 3 Januari 2005.

Memandangkan surat tawaran diterima pada hari Rabu ( 5/2/08) dah semua pejabat sekolah ditutup sempena cuti Tahun Baru Cina, pihak sekolah memberi kelonggaran untuk murid² balik ke sekolah lama untuk menyelesaikan beberapa urusan seperti mengambil surat berhenti sekolah juga memulangkan buku teks. Saya yang akan menguruskan hari ini dengan sekolah lama Along dan mengirimkan kepada Along melalui jiran saya yang juga mempunyai anak di SMTSS.

~ memerhati gelagat ibubapa yang ke hulu ke hilir mengusung borang dan menyelesaikan segala urusan bagi pihak anak² sedangkan itulah peluang untuk mereka menguruskan diri sendiri untuk pertama kalinya… saya hanya duduk di kerusi mendengar taklimat dari pihak sekolah dan membiarkan Along menguruskan sendiri pendaftaran masuk, membayar yuran, mendaftar asrama juga membuat urusan di koperasi.

Dia berjaya mengharungi hari pertama dengan cemerlang…dan saya tidak risau untuk meninggalkan Along walaupun agak sedih…huwaaaa…..tinggalkan anak di asrama untuk pertama kalinya

” jom balik……..malam nanti kita tengok mama nangis ….!”

Dialog seorang suami untuk meredakan keadaan…?

Yuran(?) sekolah :
Bayaran TambahanPakej B : RM 44.50
Bayaran Yuran Asrama : RM 250
Bayaran Koperasi : RM 272
Bayaran Yuran PIBG : RM 50

Jumlah : 616.50 + tidak termasuk kasut hitam, uniform sekolah, alat tulis, buku latihan dll

EDIT : Laman web rasmi Sekolah Menengah Teknik Sepang -> septechs.edu.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Sekolah Menengah Teknik Sepang

  1. Have you ever thought about publishing an ebook or guest authoring
    on other sites? I have a blog based upon on the
    same ideas you discuss and would love to have you share
    some stories/information. I know my viewers would value your work.
    If you’re even remotely interested, feel free to send me an e-mail.
    Jom terjah post menarik dari Maude ..MaudeMy Profile

  2. hhmmm .. permohonan untuk 2011 form 4 terbuka ke sekarang ???? nak sangat masuk sini . ingin berdikari ..

  3. mohon macam biasa, pilihan utama tu letak saja sek. men.teknik sepang
    saya pilih sepang dulu sebab kemudahan pengangkutan awam
    walau pun jauh..dia boleh balik dengan komuter

    pilihan sekolah tu saya tak pasti, bukan saya ada kabel untuk pilih2
    sudah dapat – syukur.

  4. saya paling risau skg anak tgh exam pmr….baru nk intai sekolah teknik sepang. camana ya nk apply untuk anak…

  5. weh izni,aku agak aku paham laa cite kau tu,kau dapat 5Akan.aku tahu dari cerita kau lahhh

  6. 🙁 ❓ 😥 😛 😕 😎 👿 😀 😐 ❗ 😆 💡 😀 :mrgreen:
    Ini lah kisah nya,sape yang paam memag pandai
    (dulu cerita ini kisah aku)

  7. gue tak paham lagsung ❓ ,tp ada laa sikit sikit yag paam 🙄
    tp walauapapun you all are the best in my
    life 😆
    PEACE 😳

    Kujie ~ 😉

  8. syam

    dia ambil kejuruteraan awam , satu aliran dgn perniagaan abah dia…harap2 nanti dia akan mewarisinya….

    hahahaha..jgn pening2…tiap anak tu ada rezeki masing2…buat tabungan tuk pelajaran anak2..jgn nk beli sofa baru..tv plasma baru…tapi utk tabungan pelajaran anak2…selalu org2 kita abaikan…jgn mengharap saja..kita yg melahirkan anak2..kita yg mendidik mereka..dan jadi tanggungjawp kita utk memberi pendidikan pada mereka.

  9. Salam mama jie..

    tahniah buat along dpt sekolah kat sana,insyaAllah akan jadi pelajar cemerlang..bagi syam belajar hidup berdikari amat penting..

    tapi syam fenin lah bila tengok yuran tu..adussss..belum tawen lg ni tapi dah runsing pasal yuran sekolah..huahh.huahh..huahh..

  10. beraspadu

    best tak best tu rasanya terbit dari diri kita sendiri………mgkn dlm perancangan kakjie along akan ikuti jejak langkah abah dia..so kejuruteraan awam adalah yg tepat.

    OD

    Aminnnn………..semoga dia berjaya menjadi lebih baik dr mak ayah dia , kan…kan….

  11. ziana
    itulah harapan kita semua..

    tak sedih..rindu je..:p

    mad redo1

    ooo..ni kes cintan cintun dating belakang makmal sekolah ke dulu ni??

    ha ha ha..cinta kat asrama..entah mana la perginya skrg ni….

    uncle j

    sbb tu masa form 1 sy tak lepaskan..hahahahaha…mama yg penting diri sendiri…tapi bila form 4,sy kena turut permintaan dia pula :p

    entahlah..yuran tu… ikut je..:p

  12. zana

    huhuhu…mmg terasa kurang..dulu kakjie pindah sini nk besarkan anak2 dgn aman damai..rumah yg selesa…aleh2…derang pergi gak tinggalkan rumah yg kosong…dah le anak 3 org je…

    combi

    insap aku combi…….insappppp..he he he…

    ye la,mmg untung… aku buleh jengok dia kat sekolah tiap minggu….mula2 je ni…nk berengang dgn anak..

    aku doakan precious hang berjaya no…berbaloi dgn segala usaha dia

  13. cikgu panji

    itulah…masa form 1 mmg ibubapa boleh pujuk ttp bila dah form 4, kalau itu kehendak anak2…ibubapa kena lah ikut..demi kebaikan dia juga…

    hehehehe..kakjie nanes sbb ape erk…:p

    tehbunga

    lor..patut kalo lalu serendah..kena bayar tol..kupket!

  14. jelly

    terimakasih..moga dia mendapat motivasi lebih di sana..

    mama ranggie

    len kali kalo lalu lagi, singgah la ye….. cari Along . Mesti dia rasa bestttt kawan² mama dia cari..he he he

  15. Salam Jie…
    Nak ucap tahniah kat along serta Jie dan hubby juga. Belajar rajin-rajin, along. Jadi macam emak dan ayah. Kan best… gegegegee… semoga along dirahmati dan diberikan segala kemudahan di sekolah baru. Amin.

  16. tahniah buat along Jie tu…nanti dia biasa ler dok asrama tu..jgn risau ler..dulu saya masuk asrama form 1 ..lagi kecik…selambe jer…hihi

    apa bayor koperasi tu byk sgt?amik share sorang RM200 ke? isk isk…

  17. sungguh seronok duk hostel nih, suatu zaman yang tetap dikenang sampai beranak-pinak… cam mad redo1 dan linda… hehehe…

  18. tahniah kat along..

    aku dah rasa jie..precious kat sek men sains labuan 5 thn..lagik teruk 🙁

    nek feri 21/2 jam tiap minggu gi anto brg2..kalo nek flyte hg kena booking awal sbln..sbb org kk kaya2 gi labuan nek flyte aje..

    pastu rindu..hanya tuhan yg tau 🙁

    sbln skali dia baru bole balik umah..

    duit jgn citer laa..tambang flyte,feri,teksi,bas..adehh !

    tp alhamdulilah..dia sedang berjuang utk sebuah kejayaan & penghargaan utk aku & abah dia kini..

    insyaALLAH 2010 pasti merdeka !aminn

  19. tahniah buat along. akhirnya masuk ke sekolah berasrama juga.

    tang suh dia bayar bagai2 tu mmg betul tu kak jie.. biar dia buat sendiri. dan kak jie.. melayan hati yg lara.. uhuk uhuk… (just kidding)

    dah kurang org kat rumah… kan..

    (terasa situasi nie bila kakak blajar kat kedah dulu… 🙂 )

  20. tahniah KakJIe
    akhirnya Along ke asrama..
    faham perasaan Kakjie nak melepaskan anak bujang itew…
    last weekend lalu depan serendah..terkenang kakjie 5 minit..hikkhikk

  21. Kak Jie nangis sedih ke nangis seronok?? Saje ngusik… Walau apa pun semoga along dan semua anak-anak kita memahami hati seorang ibu.

  22. arin

    rwg – sepang dekat..he he he…. lagipun kakjie lalu kat tol tu guna smart tag….tak perasan berapa kena bayar….:D

    acik aminbakish

    Terimakasih atas penerangan tersebut…bagi diri saya yg memang mempunyai tabungan pendidikan untuk anak² yuran tersebut bukanlah masalah…

    cuma dalam perjalanan balik sambil mengira poket yg dah kempis saya terkenang anak²orang susah …yuran boleh bertolak ansur dengan guru tetapi penyediaan untuk ke sana pun beratus²…

    kesian dia org kan..yuran tak salah, satu pelaburan untuk anak² kita ..tetapi keperluan untuk berada di sekolah tersebut memerlukan belanja yang besar.

  23. cik mika

    mmg bilik kosong satu..ngape..nk ulang alik ke Klang ke ?

    he he he…

    muad

    ewahhh..bukan main lagi dia tambah ibu roti..sampai kembang 2-3 mangkuk kakjie tau..ha ha ha..

    ptg nnt menu donat…goreng kembang sekuali :p

  24. yuran tu memang banyak kalau dibayar sekaligus. tapi boleh dibayar ansur2. mungkin pihak sekolah tak bagitahu tapi puan boleh minta…selesaikan keperluan yang wajib dahulu (pakaian, buku dan sebagainya)

    saya bekas pelajar teknik, keperluan pelajar sekolah teknik berbeza dengan pelajar sekolah biasa, banyak peralatan yang mereka perlu guna dan bayar.

    moga membantu. 🙂

  25. baguih..tahniah untuk Along..blaja kuat2 kay…

    dalam tumpuan menjadi ibu dan isteri terbaik untuk keluarga KakJie masih mampu menjalin ukhwah di dunia blogger.. tahniah… wa salute lu..

  26. ohh along daa pegi sekolah teknik erkk..tahniah along..blaja elok²

    mama.
    kapasiti kat umah mama daa berkurangan laaa..heheeee:)

Comments are closed.