Isu Semasa

Jom Mengundi

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Jom kita belajar sikit tentang Pilihanraya di Malaysia.

Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:-

* Bahagian Pilihan Raya
* Pemilih
* Calon
* Proses Pilihan Raya

Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia:

* warganegara Malaysia;
* berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;
* seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia; dan
* tidak hilang kelayakan.

Seseorang pemilih akan hilang kelayakan jika dia:

* pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; atau
* sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; atau
* telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; atau
* telah memperoleh kerakyatan asing.

Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas. Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat berikut:

* warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;
* berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon; dan
* tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:

* telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
* didapati seorang bankrap; atau
* memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’; atau
* gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
* telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
* telah memperoleh kewarganegaraan asing

Wang deposit berjumlah RM10,000 bagi kerusi Parlimen dan RM5,000 bagi kerusi Negeri perlu diserahkan kepada Pegawai Pengurus sebelum atau pada hari penamaan calon.

Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.

Undi adalah rahsia. Seseorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja, iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi, pengundi perlu melipatnya mengikut garisan di kertas undi, dan seterusnya memasukkannya ke dalam peti undi yang disediakan.

Jika diadakan pilihan raya serentak (Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri) kertas-kertas undi mestilah ditanda, dilipat dan dimasukkan ke dalam peti undi yang berasingan yang ditanda “PARLIMEN” dan “NEGERI”.

Klik Semakan Daftar Pengundi SPR
Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 , klik SINI

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Jom Mengundi

  1. kak jie…
    hah chik ngundi parlimen sembrong (tmpt menteri yg handsome ituh!) & dun paloh (huhuhu). slamat mengundi!

  2. kasawari

    hanya sekadar berkongsi maklumat…secara umum….kita pun kadang2 terlupa sebab 5thn sekali baru nak jumpa demam ni..he he he:p

    zouls

    mendalam makna tu..jgn risau..sy boleh berfikir secara bijak..he he he

    saya mengundi kat kampung suami, sg air tawar, sabak bernam

  3. pestime pokcik mengundi dlm thn 1990…pokcik pangkah ajer,terus bertukar kerajaan…hehehe!!!

    kalau pergi mengundi nanti…masuklah barisan dan bila nak memangkah tu fikirlah bulat bulat…

    Kujie mengundi kawasan mana?

  4. arin

    huhuhu…1st time kan,
    jgn lupa bawa kad pengenalan, payung & air mineral…

    selamat memangkah..

    nk pangkah tu tgok yg ade avatar kakjie tu..hahaha..tang tu le :p

    ummi

    sy ni dok tunggu sapa yg sanggup bayokan deposit..kalo ikut syarat2 SPR tu…layak juga sy ni..ha ha ha….

    ziana

    jgn silap pangkah..nnt undi rosak..nyesal pula..bkn dpt mengundi tiap bulan, tiap tahun…

    kumbang

    ye betul tu…. gunakan kuasa kita sebagai warganegara yang bijak!

    OD

    parti kopi kapal api..he h eh

  5. cik mika

    rugi..rugi..ni kes tak mendaftarlah ni..

    jgn tunggu last menet tau…jgn ingat 4 thn ke 40thn lagi..mana la tau..tup² ada pilihanraya kecil..

    chii

    dak kecik ni dah cukup umo ke?
    dah daftar?

    huhuhu….mgkn setakat dpt test sora nyanyi je kot..ha ha

  6. cikgu panji

    ooo…pestaim ye
    jgn lupa bawa :

    kad pengenalan- wajib
    payung – grenti kena beratur
    air mineral – dah musim panas skrg ni

    selamat mengundi ye….

    bp

    lagu evergreen tu…

  7. syam

    owhhh…dah ada pengalaman…bestkan masa ni..rasa betapa bernilainya diri kita sebagai seorang warganegara!

    muadz

    boleh gak, tapi deposit tu tolong bayarkan buleh?

    ha ha ha…

  8. eh eh this yr masok kali ke-2 sy ngundi..
    sy lak xcited nak pi ngundi..
    tp dh lupe..camne ek? pangkah ajek kan? 🙂
    hehehhe…

  9. Haha..jom mengundi..sapa yang balik kampung dpt pelepasan tu jangan makan angin/makan buah durian lak, pegi mengundi dulu..sapa yang rabun tu pi buat spek mata dulu, nnt tersalah pangkah petak lak, sesal x sudah..hehe..

    Jie, ko pun bertaruh gak ke? Ko ADUN ke Ahli Parlimen..kehkehe..

  10. Salam mama..

    nak mengundi dah ye..syam mengundi kali ke-2 lh ni..mcmne lah agaknya keputusan kali..tungguuuuuuuu…

Comments are closed.