Obor-obor boleh dimakan ke? Obor- obor halal ke?
Inilah soalan yang ramai orang akan fikir bila saya cakap, saya baru makan obor-obor. Saya makan berpandukan dalil seperti ayat al-Quran seperti di bawah , cuma saya tak makan sate obor-obor yang selalu orang jual di pulau² perlancongan kerana was-was.
“Dihalalkan bagi kalian binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut”. (Al-Qur’an Surat Al-Ma`idah: 96)
Semua haiwan laut hukumnya halal dimakan, kecuali jika ianya berbisa dan memudaratkan kesihatan manusia. bukan semua obor-obor berbisa yang boleh membunuh dan ada bahagian yang boleh dibuang bisanya.
Lagi satu cara, kita lihat adakah obor-obor hidup dua alam? Kalau bukan hidup dua alam, boleh dimakan. Filem Dua Alam saya tak tau… hikhik
Petang Sabtu sambil melayan Instagram ( Id saya : kujieins – klik sini Instagram ) nampak Tasneem post gambar dia makan obor-obor. Katanya obor-obor dari Sarawak. Saya pergi Sarawak bulan Ogos lepas pun tak terfikir nak cari benda ni.
Beberapa minit selepas sesi membalas message di Instagram, obor-obor pun melentuk liuk muncul di depan pintu rumah. Tasneem ini kawan Angah, anak guru Angah, jiran kami yang saya kenal keluarganya yang sedang bercuti. Kami adalah jiran instagrammer. Insya Allah dia akan kembali ke Alexandria University, Mesir pada 24 Oktober nanti.
Terima kasih Tasneem, moga selamat kembali menyambut pelajaran di Mesir . Sama-samalah kita mendoakan semoga dia terpelihara dan selamat di Mesir nanti.
Maklumat dari laman web Institute Penyelidikan Perikanan (Fisheries Research Institute http://www.fri.gov.my/ )
Musim pendaratan obor-obor putih di antara bulan Mac dan Jun, manakala obor-obor merah ialah antara bulan Oktober dan Disember. Terdapat 3 spesis obor-obor dominan di Sarawak, antaranya ialah :-
- Lobonema smithii (spesis obor-obor putih) – merupakan obor-obor yang terbesar di Malaysia dengan berat purata 10 -15 kg/ekor.
- Rhopilema esculenta (spesis obor-obor merah)
- Mastigias papua
Kebanyakan obor-obor yang didapati terdampar di pesisiran pantai adalah dari jenis obor-obor putih, manakala obor-obor yang berwarna kemerah-merahan pula hanya didapati di persekitaran perairan yang agak dalam.
Bahagian kaki obor-obor akan diambil kerana lebih tahan lama jika disimpan manakala bahagian kepala yang berbentuk bulat atau seperti payung akan dibuang. Untuk mengelakkan dari sengatan bisa obor-obor, pengutip tak ambil obor-obor yang masih hidup kecuali menggunakan sarung tangan.
Bila dah dikumpulkan, obor-obor akan dicuci menggunakan air laut itu sendiri bagi membersihkannya dari kotoran seperti pasir. Tak boleh dicuci menggunakan air biasa kerana air laut akan membuatkan obor-obor lebih tahan dan tidak mencair sebelum ia matang untuk dimakan.
Selepas obor-obor dicuci, ia disimpan selepas dicampur dengan garam tawas. Obor-obor yang telah siap diberikan garam tawas akan dibiarkan semalaman dalam bekas, kemudian ia dicuci semula dengan lebihan air garam yang terdapat pada bekas menyimpan tadi dan dicampur garam yang baru sebelum disimpan didalam bekas yang lain.
Kemudian barulah obor-obor terbabit boleh dihidangkan.
Maklumat dan gambar di atas dari rencana Borneo Post , mari tengok obor-obor Sarawak saya pula.
Satu set obor-obor bersama sambal dan kacang tanah ini berharga RM 4. Saya diberikan percuma…. rezeki dari Allah melalui Instagram …hihi
Cara nak makan obor-obor.
Rendan sekejap di dalam air mendidih dan toskan. Cicah sos yang disediakan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
Rasa obor-obor?
Kenyal macam sotong dan masin air laut. Kata orang obor-obor juga boleh dibuat umai.
Nota : Saya tak suka tunjukkan makanan di Instagram atas faktor agama dan adat tetapi ianya boleh diterima sekiranya gambar makanan exotic yang jarang ditemui dengan tujuan pemberitahuan dan menambahkan ilmu pengetahuan am. Kalau sekadar nak tunjuk hidangan apa yang dimakan hari-hari, pendapat saya itu tak berapa manis dari sudut adat. Agak berlebihan disitu bukan bersederhana. Sebenarnya agama pun tak bagi kan… kan…. tapi kerana kebebasan dunia tanpa sempadan, tiap orang akan rasa dia bebas untuk buat apa saja.
Ini pendapat peribadi saya, kita ada T&C memasing² . Saya berpegang dengan kepercayaan saya dan orang lain ikutlah berpandukan dalil kepercayaan masing-masing. Jangan sentap pula dengan kepercayaan saya. Saya tak usik wall orang, instagram orang atau blog orang… ini blog saya, saya luah saja di sini.
Wow tak pernah dengar nie. Kalau ada peluang nanti bolehlah cuba makanan eksotik nie hehe.
Jom terjah post menarik dari Ezlaila ..10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok
sedap ni. fuh
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Buffet Ramadhan Hotel Istana
Terima kasih krn membeli umai cecah obor2 merah…umai dlm gambar d atas saya yg buat.mungkin rasa sambal kurang sedap wkt anda merasanya.sekarang sy dah ubah sedikit rasa sambal itu atas pelanggan yg meminati umai cecah.
obor2 ni bermusim. dulu, tahun 70an 80an, di pantai sebelah penang byk nelayan tangkap, guna galah pjg hujung besi bercakuk mata dua. kalau di laut lagi, airnya bisa, kena kulit blh gatal2.
Jom terjah post menarik dari artkreatip ..Belajar AutoCAD – Command Asas 2D
fuhh obor obor kalau dibuat umai memang sedap…
Jom terjah post menarik dari Ahmad albab ..10 Perkara Semua Orang Mesti Tahu kenapa rokok haram
rumah saya tepi pantai. selalu juga obor2 bersadar di daratan. tp tu jenis obor2 yang gatal punye.
Jom terjah post menarik dari Blog Amir ..Cara Rawat Penyakit SLE dalam kalangan Wanita dan Lelaki
Salam kenal Kak Jie 🙂
Kalau x tahu tu obor-obor, mungkin jamah gak tp kalau tengok dari awal, hehehe…xtau blh makan x
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Betul Ke Set Penyusuan Shaklee Banyakkan Susu Ibu?
umbut pisang pun dayah tak dapat carik lagi..
la nih diperkenalkan dengan obor bor pulak..
sobsobsob..
nak pi stalk ig kak jie..
nak pi stalk jiran ig kak jie..
Jom terjah post menarik dari dayah ..ngeri, bila aku kena sampuk
Rasanya pernah makan obor2 sebelum ni tapi x ingat. hehehe
cuma x pernah tau la plak ada hukum yang katakan Haram makan Obor2 ni.. first time dengar. lepas ni g sarawak nk cari la obor2. hehehe
Jom terjah post menarik dari HomeStay Shah Alam ..Tempat Menarik Di Sekitar Shah Alam
Pertama kali dengar bahawa obor-obor boleh makan. Setahu saya obor-obor beracun..sungguh hebat ciptaan Ilahi
Jom terjah post menarik dari faizal ..Law Of Attraction Di Sisi Islam
kelihatan sgt menyelerakan…..tgk warna dan cara pembuatan nmpaknya akan membuatkan obor2 akan menjadi salah satu makanan istimewa di sarawak….klu seseorang ingin dptkan makanan in, mcm mn cara nya?
Jom terjah post menarik dari azmi ..Berita | Restoran caj sarapan VVIP RM6,000
tak ingat dah…pernah makan masa kecik2 dulu…ada jiran buat macam sate..jemur kering…pastu jual…
eksotik…kenalah cuba sekali…hihi
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?
baru tahu boleh dimakan….
Jom terjah post menarik dari sukma ..1st Giveaway by Miss Fluffy
waduh, first time dengar obor2 boleh dimakan…
kalau sekadar berkongsi gambar makanan x langgar adat kan..
nawaietu je..
hehehhee
Jom terjah post menarik dari mie ..Bercuti Di Bali Bersama Malaysia Airlines
Tak tahu pulak obor-obor ni boleh dimakan. memang betul2 eksotik ni.
Jom terjah post menarik dari Hazmin Hamudin ..Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam
Apa rasanya kak jie…kenyal2 macam sotong kembang ke
Jom terjah post menarik dari hafiz ..Karenah heroku Azeeq
tak makan pun obor-obor nie. Memang tak bole masuk tekak.. Rasanya lain.
Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Masalah Dan Tangisan Dalaman
Tak tahu pulak obor-obor ni boleh dimakan..
Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Pengucapan awam – Pengalaman saya
nampak sedap tapi tak berani nak cuba… risau alergik..
Jom terjah post menarik dari Adi ..Ducati Diavel Stripe 2013 Memukau Peminat Malaysia
sedap tu letak limau nipis oww sedap
Jom terjah post menarik dari uncledoy ..TEKNOLOGI KERETA TERBANG MARTIN JETPACK
Kalau pergi restaurant cina yg halal,mereka memang ada menu ni,pernah makan yg dibuat umai..sedap 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Hadiri Majlis – Blogger perlu dibayar atau tidak?
barutau ni..obor2 un bleh makan..sedap tak
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Monday Blues Vs Black Monday
sepertinya enak, masalahnya belum coba makan ubur ubur
Kak Jie…rasanya ada tak macam kita makan sotong kembang tu?
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Trafik Dari Blog Kak Jie – Laporan Ketua Audit Negara
kalau pergi sarawak…mesti makan obor-obor…rasanya macam sotong je…
Jom terjah post menarik dari JOBS VIEW ..Job Opportunities with Citibank Berhad
tak pernah makan lagi obor-obor nie orang kata die leh wat jd awet muda hoho terasa juga la nk jadi muda remaja 🙂
Jom terjah post menarik dari Khairul Zamri ..Hari-Hari Terakhir Update Facebook
Memang sebelum ni agak2 rasa dia macam rasa sotong..cuma tak pernah makan je lagi..ada rasa masin ekk..
Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Keputusan Giveaway Mudah : Teka Gambar Dan Saya Kongsikan Komisen JDR Dengan Anda
kalau sedang snorkeling lepas tuh nampak obor-obor memang den lari…hehe
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Tempat Menarik di Johor
eee…mcm gele jer nak makan….terfikir2 macama mana rasanya obor2 ni ye…
Jom terjah post menarik dari Faizal Fredley ..Kisah Benar – Berkat Sedekah Kepada Kucing
“Id saya : kujieins – klik sini Instagram” <— Dah pandai dah promote instagram hahaha 😆
Jom terjah post menarik dari Affan ..Busuk.org Memperkenalkan Sistem Baru – Autoping
Tidak pernah rasa. Cuma berangan kekenyalan macam sotong.
“kurang berkemampuan” untuk makan benda nih…
p:s “kurang berkemampuan” dari segi keberanian…huhu
Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Wordless Weekend – Seminar Dr Azizan Osman
tak pernah lagi cuba. Kat banting tak ada orang jual. haha..
Jom terjah post menarik dari titan ..Kerja tetap vs blogger.
obor2 plus cendol…sedap gak tu…haha
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Bila Entri Diduplikasi. Apa Tindakan Kita?
satu lagi makanan eksotic…..
simpan sikit lagi dlm freezer..balik nanti bolehlah cuba
kat tempat saya banyak gak benda ni.hehe. selalu gak tengok org beli. sy sendiri tak makan pun.hehe
Jom terjah post menarik dari pahan ..[Kemaskini Terpantas] Perkara Yang Kau Perlu Tahu Hari ini