Tarikh lihat anak bulan Zulhijjah 1434H atau cerapan Hilal Zulhijah yang akan menentukan Aidiladha 2013 akan dilakukan pada petang ini 5 Oktober 2013 ( 29 Zulkaedah 1433H ). Mengikut kiraan tidak rasmi seperti digambar di atas, anak bulan akan kelihatan dan esok ( Ahad ) adalah 1 Zulhijjah.
Ini bermakna 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 iaitu tarikh Hari Raya Haji 2013.
Begitu juga kalau kita buat semakan mengikut Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dijangka 1 Zulhijjah 1434 bersamaan 6 Oktober 2014.
Bagaimanapun, tarikh rasmi adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Biasanya menunggu pengumuman Penyimpan Mohon Besar Raja-raja 1 Zulhijjah tak sehebat menanti pengumuman 1 Ramadan tau 1 Syawal kerana tarik Hari Raya Haji adalah 10 Zulhijjah. Kita ada masa nak buat rancangan apa yang patut. Kalau Ramadan dan Syawal ni, esok harinya yang ditunggu.
Anak bulan adalah bulan fasa sabit paling muda dalam kitaran fasa bulan untuk satu bulan qamariah.
Anak bulan boleh kelihatan ketika atau lepas matahari terbenam di ufuk barat. Bukan ufuk timur waktu subuh kerana itu adalah bulan tua. Bentuk anak bulan adalah seperti huruf jawi ‘ra’, ‘ra’ terbalik, atau huruf ‘ba’. Tapi bukan bentuk huruf C atau C terbalik. Itu bulan sabit dah 3-4 hari. Formasi seperti itu pun hanya boleh kelihatan dari negara latitud tinggi seperti Perancis atau Norway.
Kaedah hisab yang bertambah baik, membolehkan jangkaan kenampakan dibuat dengan lebih jitu. Menjadikan rukyah lebih sistematik dengan data dan peralatan yang lebih berkesan. Rukyah yang dilaksanakan telah menjadi metod saintifik bagi memajukan justifikasi kenampakan anak bulan. Ini menjadikan rukyah pada hari 29 atau 30 amat penting.
Terima Kasih : al-athfar & Falak Online
Edit : Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada Selasa, 15 Okt ini bersamaan 10 Zulhijjah 1434 Hijrah.
sangat lengkap sekali informasi tentang tarikhnya…
(memula kan dayah nak tiru akak tau buat entry macam nih target org gugel la konon lepas tu bila terfikir kena bersaing dengan akak dah memang tentu dayah kalah…cancel..hehe..)
makasih mba untuk infonya,,,info yang sangat bermanfaat
Baru tau rupa anak bulan yg sepatutnya
terima kasih atas perkongsian berguna ini
kami di Qatar akan tunggu pengumuman tarikh dari KSA (kingdom of saudi arabia)
masih menanti pengumumannya ;-))
Bagus entry ni. Baru tau knp pengumuman raya Haji buat jauh lagi awal. Tetiba smlm dah ada pengumuman tu.
lebih detail ni..
sebelum ni, tahu gitu2 je..
thankz for sharing..
hehehe
pengertian qorban perlu diperluaskan lagi dalam kehidupan kita. bukan hanya pada hari raya qurban sahaja.
terima kasih Kak Jie atas entri ni..
Terima kasih untuk info yang terperinci pasal tarikh hari raya haji ni…
Terima kasih kak jie berkongsi..
Satu ilmu yg boleh kita kongsikan dgn anak2 =)
gu dinfo..penerangan yang detail..kadang2 org kita ni tau raya je..tapi tak tahu macam man tarikh nak menentukna tarikh hari raya tu
Betul tu. Kita ni terlebih “rajin” mengaji bab2 ni”…hehe
hari raya haji meriah disambut di Mekah….
oho..cuti sehari je..raya bermakna cuti..eehehe
Kalau masa budak2 dulu,raya puasa atau raya haji,mmg teruja giler,sebab atas nama RAYA hihihi..bila raya dah tentu dapat baju baru dan duit raya 🙂
tahun depan raya haji lalala