Hari ini buat pertama kali saya ingin mencuba membaharui cukai jalan secara online melalui MyEG.
Jom kongsi pengalaman malam pertama saya bersama MyEG.
- Mula-mula login ke http://www.myeg.com.my
- Kat penjuru kanan atas ada bendera Malaysia dan Bendera United Kingdom. Saya rakyat Malaysia, saya klik Jalur Gemilang untuk Bahasa Malaysia.
- Pada main page , saya klik BAHARUI CUKAI JALAN kerana saya mempunyai insuran kenderaan yang masih sah.
- Isilah data yang diperlukan dalam borang. Buatlah pilihan untuk penghantaran. Klik Process.
- Kemudian ada page segala data mengenai model kereta, jenis syarikat insuran kereta, tempoh sah insuran juga amount yang perlu dibayar.
- Klik Confirm & Pay
- Pilih jenis pembayaran yang dikehendaki. Saya pilih Maybank2U.
- Klik Proceed With Payment
Talian hang sampai kini.
- Saya mencuba pembayaran melalui kad kredit. Dapat pula informasi macam ni – kad kredit yang dikeluarkan di Malaysia saja diterima.
Kad kredit saya dikeluarkan oleh bank Malaysia di Malaysia.
Kemudian saya telefon talian untuk pertolongan MyEG 03 -7801 8888 . Awek bersuara merdu yang jawap memaklumkan mereka mengalami masalah sistem. Cuba login semula kemudian.
Selepas 2 jam, saya mencuba sekali lagi dan masih dalam keadaan seperti ini. Ini pengalaman kali pertama saya yang gagal!
Pengalaman kali pertama saya tak semanis Maya Karin….mungkin pada waktu yang salah. MyEG tengah mood PMS. Nanti saya update macam mana status hubungan saya bersama MyEG .
Tiap orang ada pengalaman yang berbeza, jom share…
Nota : Staff MyEG telefon beritahu saya perlu on pop up block . Sebelum ini dah 2 kali saya menghubungi melalui telefon, staff tidak pula mengingatkan saya mengenai masalah pop up… saya pun terlupa sebenarnya. Maklumlah ghairah malam pertama kali.
Login maybank2u melalui MyEG mengambil masa yang lebih lama dari biasa, jadi jangan panik – risau takut hang, bertenang…
Saya telah berjaya melalui satu pengalaman baru! Cubalah MyEG, jangan risau kerana staff mereka mudah untuk dihubungi dan cepat membantu.
Nota : Pembayaran cukai jalan tersebut telah pun Berjaya
Nota 2: 14/10/200 – Cukai Jalan dah selamat sampai depan pintu.
” Saya kat duk kat sini je kak…Jalan 7″
“Patutlah petang baru hantar, terus balik ye…” Kejiranan saya rupanya budak MyEG ni
©kujie – Sebuah kisah hidup yang terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…
ehhhhhhh..tak payah guna geran, tidak perlu mencetak geran/kad pendaftaran kenderaan
p/s – geran kak jie cari tak jumpa 😆 tu yang guna MyEG
oh.. gitu.. hehee..
lau camtu next time mgkin leh cuba la.. sbb skg geran kete still de kat bank.. tahun depan leh la try..
takut salah isi la kak jie…apa lg…hehe
saya tak beli insurans dengan myeg – dah ada ejen insurans bertahun² dengan orang yang sama
saya beli roadtax saja.
tapi kat laman web myeg ada senarai insrusans dia
myeg ni pakai insurans ape
betul setuju boleh menjadi panduan bersama
manarik..ini sesuatu yang baru juga bagi saya kena cuba la lepas ni
insyallah pasti akan mencuba tu
salah sikit je ‘tak on pop up’
tapi bila call staff – 2 kali – tak seorang pun bagitau pasal tu
staff yg berurusan melalui email call ( kali ke 3 ) baru dia suruh on kan pop up block tu…isshh…
cubalah lain kali – mudah
talian dia tu sibuk gak
hehe..betul tu
cuma gelabah je yang jadi macam2 tu
masalah kecil sebab tak on pop up je
aishh..panjang pula jadi cerita
cuba dan kita ada pengalaman baru 😆
Kali pertama – gelojoh sangat tak perasan pop up tu block. Telefon MyEG 2 kali, dedua staff tu tak pula bagitau sebab pop up….dia pula bagitau sebab sistem down….sabar sajalah
rupanya sebab kecil saja…pop up block 😆
BM untuk main page dan info terkini..sistem dia tak ubah pun
boleh…insurans & road tax boleh renew kat MyEG
jiran kak jie ejen insuran..jadi dah berurusan dgn dia bertahun2 dah
hehe..takut apenya?
cubalah masuk laman web MyEG tu, masukkan data tengok dia keluar apa
tak semestinya terus beli..sebab bila dia display harga dan data kereta kita, kita ada pilihan untuk terima atau tidak.
cuba dulu tengok
sebab sekarang ni semua online, tak ada cover note pun dah boleh renew insuran dan roadtax.
semalam tu cuma masukkan no kenderaan dgn kad pengalaman pemilik , saya …segala data dah ada online
kereta lembu 😆
seronok juga mencuba dan ada pengalaman macam ni
utk panduan orang lain nanti
menarik juga ni..terima kasih kak jie…tak pernah cuba,terpaksa tahun depan la,baru renew roadtax bulan 9 hari tu. 😮
roadtax smpai rm900? kakjie pakai kete ape ni? kete kebal eh? 😛
mcm sonang je pakai myEG ni….. roadtax da mati leh guna ker…
ari tu jupe ejen depa cakap tak dpt trace insurans company yg lama… da la cover note ilang..adesss
dah lama tak guna myEg ni…hehe…register jerk, tp tak pernah renew pun pakai myeg…tkt pun ada. hehe
tak penah cuba pun.. hehe.. nnti2 leh try kot.. kak jie pilih bahasa melayu tadi, tapi kenapa de proceed with payment? hehhee.. saje tanya..
lau 2-2 insurans & road tax dah mati, leh ke buat kat situ gak?
baru lepas renew ngan MYEG … kali kedua dah … so far takde ape2 prob … traffic tak jem kot … haha 😛
Kalau insurans mati, boleh buat tru myeg ke??
saya pun bernasib baik seperti atreyu , tak de masalah
ok jugalah
salam….
kepada sesiapa nak renew insurans kereta dengan roadtax boleh buat secara online dengan saya…. saya tidak akan mengenakan sebarang charge tambahan seperti myeg……emailkan saya detail2 yg ada dalam cover note lama je……email saya
etiqa takaful. 😆 😆
haha kelakar PMS bagai..tapi saya x pernah try lagi..mm, next time mungkin.. 🙂
sy memang sangat gembira menggunakan perkhidmatan Myeg utk hidupkan road tax, insurance dan lesen memandu..sehari je dah siap semua siap courier sehingga ke depan pintu makmal lagi….tak payah pergi sana sini…:D
Cuma kena pastikan internet connection sdg stabil…hihihi….
saya ada pengalaman ngan myeg gak, tahun ni – mudah gak.. tapi pakai myeg ni elok call personal dia dulu, baru buat.. lagi mudah.
dah settle ke kakjie? selalunya email dan telefon akan menyusul 🙂
masih All fashion seperti iklan myeg guna agen (tapi tak se cun amoi dalam iklan myeg tu lah)
Okey, first time sy dgn myeg dulu mudah sgt. xde pms mcm yg kujie kena.
dah tu, cepat gila. buat harini, besok siap. ingat lagi posmen dia call, bang bang ada rumah dak ni nak hantar roadtax huhu.
myeg best.
hehe..saya pun 1st time try tahun ni bulan 3 haritu, renew insurans pun on9, siap dapat rebate 5% lagi..
kemudian renew roadtax pulak pakai MYEG..sampai ke muka pintulah diorang hantar, cuma tukang hantar bukanlah Scha..haha
ada pulak lupa remind pop tu kan? saya hari tu dia remind gak
memudahkan lagi menjimatkan kan?
kak jie..kita renew dgn ejen insuran. n dia guna myeg..tahu2..dpt surat dr myeg je..so now..klu nak renew info semua dah ada dalam tu.. 😉
Sy pernah renew road tax dgn myeg, ok je. Renew pagi, roadtax sampai ke tgn ptg tu jugak. Mmg sgt berpuas hati.
Tapi sy dgr ramai jgk org yg komplen kalau renew road tax SEKALI DGN insurans mcm kak jie buat ni. Kiranya, ni bkn mslh baru la. Hmm. Ada pros and cons guna myeg ni.
tu la pasal kak…
alang2 baik terus gi bayar sendiri je hehe…
haah…first time renew road tax kereta sendiri 🙂
Thanks Kak Jie..Saya pun tak pernah gunakan MyEG. nice info..tahun depan dah boleh renew online pulak…
ejen insuran ambil rm 10
dengan MyEG total rm 8.75
dah yang paling mahal….pengalaman kita tempuh sendiri.
saya tak pernah cuba.. tapi ingat nak cuba hari tu
kawan saya plak cakap sama je kita renew kat luar
lebih kurang je katanya
terus saya malas nak cuba
lepas publish entri ni – tak sampai 5 minit, kak jie dapat email dari MyEG 😆
MyEG tgh PMS..nasib baik mood saya tengah manis, tengah baik…jadi….sabar
Insuran dah ada, beli dengan ejen jiran sebelah rumah..hehe..dah sain mati tak tukar ejen lain. Tapi roadtax je mencuba MyEG…kalau tak cuba kita tak pernah ada pengalaman , kan…
owh ye….tadi masa Kak Jie call tak pula dia offer macam tu. Tunggulah kejap lagi nak try login.
erk..kiranya pengalaman pertama Azrul manis lemak berkrim lah ye 😆
kakjie sy melalui pengalaman pahit juga mula2 tapi salah sendiri, masa tu dah isi semua , tiba part nak buat payment sangkut…so saya biarkan je macam tu
esoknya myeg staf call dan tanya saya betul ke nak renew road tax dan insurance dan saya cakap yer
pastu semua dia uruskan, dan dia hantar invoice ke email, lepas je buat bayaran melalui maybank menggunakan fund transfer sy print slip transfer tu dan fax kan lepas tu emailkan ke staf dia
petangnya dia staf telefon ckp tak leh nak renew cukai jalan sebab ada saman speed track, huhu jadi bila guna myeg nak tak nak saya kena pergi settlekan saman dulu, melayang rm600 lagi untuk saman, tapi tu salah sendiri kan sebab tak nak bayar saman…
Lepas semua dah settle, esoknya cukai jalan siap di hantar ke rumah menggunakan curier…
masa 1st time saya renew road tax bulan 7 baru2 ni, orang MYEG yang call saya…so, diorang proses road tax bar saya on the phone dan bagi tarikh bila diorang akan hantar. So payment bayar masa road tax tu sampai.
alahai MyEG… saya blum ade pengalaman lagi. saya lebih prefer guna ejen insuran buat semuanya utk saya. sebabnya bila nak claim insuran kemudian hari,senang.saya rujuk pd ejen insuran tu jer. 😀
fuhh kujie, kene pegi pejabat pos jer laa.
maya karin dah ganti ngan fazura ,apa2pun dua2 PMS, ahaha