Pembelian No Pin UPU  Kemasukan IPTA 2013
Pengetahuan Am

Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

Edit 20/1/2014 – Tarikh permohonan Ke IPTA UPU bermula dari 20/1/2014 hingga 7/4/2014 – Klik Portal Rasmi Sistem Permohonan Kemasukan IPTA 2014/2015 [link]

Edit :  9/1/2014 –  Tarikh Beli Nombor Unik ID 2014 – klik sini – Tarikh Beli Nombor Unik ID/ Nombor PIN BSN 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

EDIT – Klik sini untuk Pembelian NO Slip  BSN  bagi  Permohonan Program UITM Ambilan November Semester 2 2013/2014

 

Kepada anak-anak yang ingin menulis diruang komen, SILA TULIS DENGAN EJAAN YANG BETUL.  Baru sebulan berhenti sekolah, tak kan dah lupa cara mengeja dengan betul.  Saya pasti keyboard komputer dan keypad smartphone canggih yang dimiliki tidak hilang satu aksara pun.  Awak bukan sms dengan kawan sebaya , tetapi inginkan jawapan dari persoalan.  Kalau saya tak faham soalan, bagaimana saya nak menjawap?

 

Sila klik dan  BACA  link dibawah     :

 

Edit : 01/12/2013 – maklumat paling terkini dari UPU

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013Kemasukan adalah pada : lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013 lepasan STPM/Setaraf – September 2013 – UPU

 

 Ikuti Facebook UPU untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini – Facebook UPU

 

tarikh beli no pin upu bsn
Pekeliling dari Jabatan Pengajian Tinggi bertarikh 20 November 2012

 

Nota  : Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Edit  23/11/2012:  

  • Mulai sesi akademik 2013/2014 tiada lagi permohohonan fasa 1 bagi lepasan SPM/Setaraf. Semua calon wajib memohon bermula bulan Januari 2013 nanti ( upu )
  • No. pin yg dijual di BSN sekarang adalah secara pukal(banyak) sahaja iaitu dibeli melalui kaunselor/cikgu sekolah manakala untuk pembelian secara individu adalah pada bulan Januari 2013 nanti.

 

—————————- di bawah ini adalah entri asal —————————

<blockquote>PERHATIAN kepada Cikgu/Kaunselor sekolah, diminta jangan membeli lagi Nombor Unik ID secara pukal untuk pelajar-pelajar SPM 2012 dari mana-mana cawangan BSN sehingga diberitahu kelak. Dimaklumkan Nombor Unik ID yang dijual sekarang adalah untuk permohanan kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan disember. – Facebok UPU- 24/9/2012

 

Apa yang berlaku pernah berlaku kepada anak saya tahun lepas. Tinggal di asrama , kaunselor yang belikan secara pukal dan berlaku kes  Nombor Unik ID ( NO PIN UPU ) yang dibeli di BSN adalah untuk kemasukan yang lain.  Bila nak buat semakan pada Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 ,  sistem menyatakan Anda belum memohon.

Harga Nombor Unit ID atau dipanggil Nombor Pin UPU ialah RM 10.60

Nasib baiklah saya dapat infomasi dan beli lagi sekali Nombor Unik ID sebelum tarikh tutup permohonan. Baca cerita pengalaman saya tahun lepas di sini – Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011.

Proses permohonan kemasukan ke IPTA  Calon SPM ada 2 Fasa.

  • Fasa pertama – isi borang online di laman web http://upu.mohe.gov.my yang akan dibuka  November 2012
  • Fasa kedua – beli Nombor Unit ID di BSN yang akan dijual pada Januari 2013.  Borang Fasa 2 dibuka selepas keputuran SPM diumumkan.  Borang ini perlu isi keputusan SPM .

 

 

Kepada anak-anak calon SPM 2012, jangan beli Nombor Unit ID lagi. Nombor yang dijual sekarang adalah untuk kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan Disember 2012 bukan untuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2013.

Kalau dah terbeli atau ada masalah , hubungi UPU

No. Telefon UPU : 03-8870 6767 / 03-8870 6777

Ibubapa pun kena ambil tahu perkara seperti ini , kesian sebab saya lihat ramai anak-anak yang terkeliru dengan pembelian No Pin UPU ini.  Saya dah alami pengalaman ini tahun lepas dan berharap entri ini dapat membantu anak-anak  supaya tidak mengalamai masalah yang serupa.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

254 thoughts on “Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

  1. Nak tanya, klau kita dah buat permohonan upu dan kita dah send permohonan..Pastu kita buka balik permohonan dngan tujuan untuk check tetapi tidak mulakukan sebarang perubahan..Adakah ia sudah dikira dikemaskini??

  2. salam…
    maaf bertanya,sy sudah membeli no pin lepasan diploma…
    masalah yang sy hadapi sekarang ini adalah sy belum lagi mengambil muet.
    jadi apa yg patut sy buat?
    hal ini kerana kesemua kelayakan ataupun syarat am memerlukan sy mengambil muet.

  3. 1. bolehkh sy mengisi upu spm dan stam secara serentak??
    2. di upu spm sy mmilih UPNM. Setahu sy,, upnm akn menemu duga pelajar dgn aktiti lasak dan sebagainya pada bulan mei,, dan hanya akan memilih pelajar yang lulus sahaja….. jika saya tidak lulus, adakah saya dapat tawaran upu stam pula??

  4. bagaimana dengan lepasan diploma macam saya mahu sambung belajar adakah boleh membeli no pin upu pada bulan februari sampai april untuk sambung ijazah dan ingin mengetahui program program yang di tawarkan.

  5. Assalamualaikum..saya ingin bertanya sedikit soalan.Saya masih belajar di universiti IPTA,tetapi saya ingin menukar kursus di universiti lain kerana di universiti saya tidak mempunyai kursus yang saya minati.Bolehkah saya memohon untuk UPU bagi lepasan SPM 2011 sedangkan saya masih lagi di uiversiti dan saya bercadang untuk keluar pada bulan hadapan?saya memohon sesiapa yang baik hati untuk menjawab soalan ini kerana saya tersilap memilih bidang di universiti ini..tolong ye :'(

  6. Assalamualaikum…saya isi borang upu bagi lepasan STAM….
    tapi, dalam ruangan pilihan program, kenape die asingkan ruangan UKM & UM dengan universiti yg lain???
    kalau saye isi kedua-dua ruangan, itu dikira dua permohonan ke?
    kalau itu dikira satu permohonan, pilihan mana yang paling utama ?
    ruangan UKM & UM atau ruangan universiti selain UKM & UM ….mohon pencerahan…:(

  7. assalamualaikum,…sy ni lepasan spm 2011….tadi sy baru beli no.pin kat BSN ,sy nak tnya,dekat laman web https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu/index.php?jentransaksi=2 ,kan boleh pilih antara ‘kemasukan ke ipta/politeknik primier’ dan ‘kemasukan ke politeknik konvensional/metro & ilka’ boleh tak klau saya mohon dua2 sekali?? contohnya saya mohon yg ‘kemasukan ke ipta/politeknik primier’ lepas tu sy mohon pulak ‘kemasukan ke politeknik konvensional/metro & ilka’ dgn guna kan 1(satu) no pin yg saya beli tadi?? jawapan anda sgt sy hargai…sy pening nak pilih yg mana….adakah boleh mohon dua2 sekali atau satu sahaja…terima kasih

  8. akak ,,nk tnye skli agy …kalau skrg nie sye nk mule isi bOrang upu ,,,ttpi cgpa sye lupe ,,nk pegi sklh ..mlas ugak….lau sye anggarkn sje dlue cgpa sye bile nk isi bley x???lpas rsult kuar ,,,bwu sye kmaskini kn blik …bleh ke cm 2 akak ???
    plezzz jwab akak?? 🙁 ….
    sye cOnfused sgt99!!

    1. bukan tak nak jawap..tapi tulis bahasa alien, kak jie ambil masa untuk faham

      boleh isi sekarang. dan boleh buat kemaskini 3 kali SAHAJA.

      patut isi sekarang bila server upu tak sesak, bila keputusan keluar, talian mungkin sibuk.

      ada masa sehingga 15/4

      1. sya dah beli nom upu…. boleh x kalau sya mahu beli skali lagi…?? sebab sy dah kemaskini 3 kali dah……

  9. salam….sya dah bli no pin upu melalui cikgu sya pda blan november lalu,adkah bley gna no pin 2….ckgu sya bli scra pkal

  10. salam sya nk tnye ,,,sye lpasan spm 2012,,,ttapi sye blum mngisi borang prmohonan fasa 1 …dan hnya mnunggu utk mgisi bgi fasa 2…adkah ianya tdk mnjadi msalah ???? 🙁

    1. kat atas tu dah tulis, terang jelas dan nyata siap bold kaler merah… untuk spm 2012 pengambilan 2013 tak ada fasa 1 atau fasa 2 atau fasa 10
      sila baca… baca … dan baca

      ada beberapa maklumat yg saya bagi link suruh baca.

      1. Owh ,,mf kn sye ,,,sye mmg kurg fham ttg sume nie dan tiada yg bley bntu sye ,,tq atas pnjelasan 2 .. 🙂 jdiy bOleh lh jika sye isi mklumat upu 2 lpas rsult shj yee??? :O

  11. ble x kalau saya isi upu utk spm n stpm diploma secara serentak?? satu diploma satu ijazah??

  12. ny sya nk tanya,sya dah isi borang permohonan untuk ke politeknik konvensional di website UPU..adakah saya masih boleh lagi mengisi borang untuk ke ipta??~..adakah ia dikira 2 permohonan??

    1. Sy tersilap isi markah koko semasa isi UPU hari tu. markah sy 7.00 , sepatutnya markah tu kena darab dgn 10 kan? Tp sy isi 7.00 sahaja , boleh takar balik ke ?
      MOHON JAWAB 🙂

  13. Assalamualaikum, ain pelajar lepasan spm 2012. Skrg sedang menunggu keputusan spm. Abg saya ada beli no pin upu pada akhir bulan 1 utk lepasan spm. Itu utk ke ipta 2013 kan? Dan bagi untuk membuat permohonan belajar dalam bidang kejururawatan, university atau kolej mana ya yang perlu saya pohon? Macam mana nak membuat permohonannya?

  14. Assalamualaikum, saya nak tnya satu soalan,
    Saya adalah pelajar Matrikulasi, tp, result saya gagal 1 sem,
    dan isyaallah sem nie dah x gagal..
    soalan saya, boleh ke tidak saya membeli 2 nombor pin.?
    contohnya nombor pin upu untuk diploma 2013, dan untuk ijazah 2013..?

  15. assalammualaikum nk tnye sikit pasal markah koko tu sye keliru la… mcm mna yerr kalau kiter dpt 5.98 nk tulis mcm mna???? bantuan plzzz

  16. Selamat sejahtera,

    Tumpang tanya, untuk bahagian ‘kawasan parlimen’ , adakah ‘P115 Batu’ dimaksudkan dengan kawasan Jalan Gombak?

    Terima Kasih.

  17. kak,cg sayer dah beli no pin secara pukal tapi sayer tak ingat biler…tapi yg pasti sayer dpt no pin tuu maser sayer tengah exam spm 2012…no pin tuu boleh digunakan tak untuk buat permohonan upu 2013 kak??ker sayer kena beli no pin baru??

  18. slm.. sye dh bli no pin upu tu.. tp pda borg upu kn ad 3 kolum iaitu : table warna biru sebelah kiri yang ditulis KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER
    BAGI LEPASAN SPM / SETARAF
    atau table warna purple di tengah – KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / POLITEKNIK KONVENSIONAL /METrO BAGI LEPASAN SPM / SETARAF
    atau table warna merah dibahagian kanan sekali – KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN STPM / STAM / MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA & SETARAF.. untk stu no pin, sye cuma blh isi slh stu drpd kolum trsbut atau adkh untk stu no pin tu sye blh isi untk ketiga-tiga kolum trsebut..?? tolong sye yee..

  19. salam, saya lepasan spm 2012. saya nk tnya, pengisian borang upu secara on9 untuk thun 2013 nie mmg dh xde fasa 1 dan fasa 2 ke? kalau masih ada, saya nk tahu bila due date fasa 1 dan fasa 2 ?
    * terima kasih 🙂

    1. kakak.. baca tak post yang tuan blog ni tulis?
      kalau kakak baca, kakak mesti jumpa jawapan yang kakak cari.

  20. assalamualaikum.. Kak Jie, saya nak tanya, cgpa kokurikulum saya cuma 6.73 tetapi masa nak isi tu markah dia 00.00-100.00..macam mana nak buat? _tolong saya_

  21. Assalamualaikum…
    Saya nak kepastian, betul ke pengisian menggunakan pin upu ini tidak berkaitan langsung untuk sambung belajar di luar negara?

  22. Assalammu’alaikum . .
    borang upu tu sekarang dah boleh isi kerh ? @ tunggu dapat result spm nanti . . sebab hari tu saya isi bahagian – tahun menduduki spm , , tiada tahun 2012 pun . .

  23. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2011 & lepasan STAM 2012.

    Boleh x saya nak beli 3 no pin upu :

    1) Lepasan SPM untuk apply universiti.
    2) Lepasan SPM untuk apply Institut Pendidikan Guru (IPG).
    3) Lepasan STAM untuk apply IPG.

    1. Boleh.

      Nota : Lepasan SPM untuk apply Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Lepasan STAM untuk apply IPG bukan dalam kategori UPU tetapi MOE

      UPU- Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
      MOE- Kementerian Pelajaran Malaysia.

  24. SALAM
    Minta laluan kepada ADMIN.

    Permohonan UPU tidak menyediakan ruangan untuk memilih Universiti mana yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, salah satu tips untuk memilih Universiti dengan Kos yang disediakan adalah dengan memilih kod Kursus yang disediakan semasa memilih 8 ruangan pilihan program.

    Sekiranya saudara/i selidik bahagian pilihan program ini, kadang kala ada pilihan program yang sama disediakan tetapi mempunyai kod yang berbeza. Contohnya,
    E111- Diploma Kejuruteraan Awam dan C233 – Diploma Kejuruteraan Awam
    Program yang sama tetapi Universiti yang berlainan. Lihat senarai kod di bawah.
    Kod Universiti
    A UPSI
    B UTHM
    C UTEM
    D UDM
    E UiTM
    G UMT
    H UMS
    J UMP
    K UKM
    L UMK
    M UM
    P UPM
    Q USIM

  25. Assalamualaikum .. nak tanye sikit ,, kalau keputusan STPM 2012 belum keluar ,, perlukah kita buat permohonan kat link upu ?? atau tunggu keputusan keluar baru buat permohonan ? tolong bantu saya . tq .

    1. Terpulang. Kedua-duanya boleh. Digalakkan mengisi lebih awal untuk mengelakkan server down pada saat2 akhir.

      Nota : Pengisian UPU tidak meminta keputusan SPM/STPM yang diisi oleh pemohon untuk mengelakkan ralat. Sistem secara automatik akan kenalpasti keputusan dengan borang permohonan.

      1. tapi bagaimana saya nak mengisi bahagian E iaitu bahagian pemilihan program sedangkan keputusan STPM 2012 belum lagi keluar ?

        1. Sekiranya anda yakin dengan CGPA anda, anda boleh memilih terus program yang anda minati. Sekiranya anda merasakan ragu2 samada program yang anda pilih itu memenuhi kriteria minimum CGPA, anda boleh isi selepas result STPM keluar dan memilih program yang memenuhi kriteria result.

          Nota : Diingatkan, anda boleh kemaskini permohonan anda sebanyak maksimum 3 kali selepasa anda menekan sah & hantar.

          1. adakah permohonan untuk pelajar lepasan STPM 2012 tidak mempunyai fasa2 seperti pelajar SPM ? tq admin . keterangan amat membantu .

  26. Sepatutnya slps kita click Sah & Hantar , kita kena print SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA kan ? Kalau kita save dulu dia boleh trima tak?

  27. Nak tanya, markah cgpa tu kn dri 0.00-100.0 kalau markah koko contohnya 5.27 nk isi 5.27 ke atau 50.27 ? confuse sbb dia letak dri 0.00-100.0 takut letak 5.27 bermaksud 5 markah je..nanti terlepas pula peluang nk ke ipta..harap sudilah membantu saya yang kurang berpengetahuan ini.

  28. Assalam. saya nk tnye.
    1) Bilakah prmohonan ipta sesi 2013/2014 fasa 1 akn tmat?

    2) bolehkah sy guna result muet bulan 7 (ambil semula slpas x pass untk bulan mac)
    untk isi borg upu 2013/2014?

    1. Answer Q2 : Untuk info adik, result Muet mempunyai expired selama 2 tahun. Rujuk expired date pada slip keputusan MUET.

  29. Salam, nk tanya..

    1) Bolehkah saya memohon/mengisi borang aplikasi dalam talian UPU (UPU online application) selepas keputusan sebenar SPM 2012 dikeluarkan ?

    2) Jika saya mengisi aplikasi dalam talian selepas keputusan sebenar SPM 2012 dikeluarkan, adakah ia akan mengganggu/melambatkan proses kemasukan saya ke mana-mana IPTA ?

    3) Jika keputusan SPM 2012 yang sebenar saya tidak begitu baik, bolehkah saya mengisi aplikasi dalam talian dengan menggunakan keputusan Percubaan SPM 2012 ?

    1. 1) Permohonan dibuka dari 7/1 hingga 15/4 . Boleh isi borang bila² masa antara tarikh tersebut. Boleh kemaskini bila-bila masa dalam tarikh tersebut.

      2) Tak ada masalah selagi belum tarikh akhir 15/4 , cuma takut saat akhir berlaku masalah talian internet atau server down. Boleh saja isi permohonan bulan Februari, bulan March … bila selesa.

      3) Keputusan SPM sahaja bukan Percubaan SPM.

      Tolong ingat, jangan kemaskini lebih dari 3 kali.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?My Profile

    1. Ada je yang lepasan SPM 2012, mohon upu untuk sesi 2013/2014. Jangan risau. Tak perlu down. Every hero starts with zero, right?

    2. Ada jugak lepasan SPM 2011 yang kantoi time asasi or tak boleh catch up dengan sistem pembelajaran yang superrrrrrr compact or asasi yang diperoleh bukan bidang yang diminat. So, they decide to start again from diploma, kemasukan sama dengan lepasan SPM 2012. Daripada belajar tapi tak masuk satu apa, baik start dengan apa yang kita minat kan. Usia bukan kayu pengukur sesuatu kejayaan. Usaha yang penting 🙂

    3. No worries. sy lepasan spm 2010. baru sekarang nak mohon ipta. Sebelum ni tak masuk ipta lagi sebab masalah kewangan. Tapi sekarang rasa dah tak sabar nak belajar semula 🙂 Harap-harap dapat lah ipta ni. Amin.

  30. Assalamualikum.Saya merupakan lepasan SPM 2011 dan saya baru hendak memohon untuk tahun ini.Soalan saya,adakah permohonan ini terbahagi kepada 2 fasa?maksud saya seperti permohonan UPU tahun lepas?saya cuma inginkan kepastian dari pihak Blogger.. terma kasih…

  31. SALAM,no.pin sah sampai bila bg prmhonan lpasan stpm/matrikulasi an setaraf??sblum bln 4 ke?

    1. Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?My Profile

  32. assalamualaikum
    bagai mana pula untuk pembelian no pin bagi lepasan stpm…
    adakah sama dengan pembelian no pin lepasan spm

    1. Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013.

      PIlih saja kategori STPM
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Barang Dulu Memang Tahan LamaMy Profile

    1. Sebagai tambahan info , permohoan IJAZAH SARJANA MUDA ( DEGREE ) bagi lepasan Diploma/STPM/Matriksulasi/Politeknik ( bahagain Diploma ) perlu membeli pin UPU .

      Walaubagaimanapun, khas untuk Lepasan Diploma, mempunyai keistimewaan sedikit bagi yang ingin menyambung IJAZAH SARJANA MUDA pada Universiti/Kolej yang SAMA SAHAJA. Contohnya, UiTM ( Diploma )- IJAZAH SARJANA MUDA ( UiTM), tidak perlu mengisi UPU. Terus sahaja berhubung kepada Universiti berkenaan.

      1. Terimakasih kerana membantu menjawap pertanyaan mereka, Kak Jie tak mampu . Dalam kehidupan sendiri adaa banyak urusan yang perlu diberi keutamaan. Bukan sentiasa berada didalam talian

  33. Assalamualaikum, saya ingin bertanya, jika ingin memohon ke semua universiti utk lepasan spm 2012 under upu adakah kita perlu membeli lebih dari satu no. unik id? ataupun setiap universiti yg dimohon hanya perlukan satu no. unik id yg sama. Terima kasih harap sudi membantu.

    1. Waalaikumsalam
      Permohonan akan menggunakan No Kad Pengenalan, Satu kad pengenalan boleh buat satu permohonan sahaja.

      Tetapi, setiap pemohon dibenarkan memilih lapan (8) pilihan program pengajian. Pelajar perlu memilih sekurang- kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang berlainan.

      Cuba pergi ke Karnival Jom Masuk U, kat sana ada satu bahagian untuk kita dapatkan khidmat nasihat/ ujian personaliti untuk memudahkan kita membuat pilihan.
      KLik Jadual Karnival Jom Masuk U kat atas tu untuk melihat jadual karnival.

      Atau cuba telefon UPU sendiri untuk jawapan yang jelas.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?My Profile

      1. Oh terima kasih..hmm satu lagi persoalan markah cgpa tu kn dri 0.00-100.0 kalau markah koko contohnya 5.27 nk isi 5.27 ke atau 50.27 ? confuse sbb dia letak dri 0.00-100.0 takut letak 5.27 bermaksud 5 markah je..nanti terlepas pula peluang nk ke ipta..harap sudilah membantu saya yang kurang berpengetahuan ini.

  34. saya da jd sprti ini..bru je lps bca blog ni bru tau,sy suruh ayah saya bli no.pin tp trbeli utk lepasan spm pdhal sy Matrikulasi sesi 2012/13,,berapa lama yer urusan kesilapan ni yer utk mndptkn no.pin yg betul semula??

    1. Beli nombor pin baru di bsn yang dijual dari tarikh 7/1 – 15/4 ( kecuali kes belian secara pukal oleh guru )

      Permohonan Matrikulasi dan Permohonan ke IPTA adalah dua permohonan berbeza diuruskan oleh dua pihak berbeza dan gunakan no pin yang dikeluarkan pada tarikh berbeza.

      Seperti selalu, saya cadangkan telefon UPU untuk mendapatkan maklumat.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Siapa Cakap Saya Tak Minat Masuk Contest?My Profile

  35. tolong jawab :

    nanti nak beli pin UPU di BSN , ada isi borang tak ? ke tggu no giliran then cakap je at pegawai bank tu nak beli pin UPU ? boleh tak beli pin UPU dua atau tiga ? sebab nak mohon banyak-banyak ? terima kasih sgt2

Comments are closed.