Pembelian No Pin UPU  Kemasukan IPTA 2013
Pengetahuan Am

Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

Edit 20/1/2014 – Tarikh permohonan Ke IPTA UPU bermula dari 20/1/2014 hingga 7/4/2014 – Klik Portal Rasmi Sistem Permohonan Kemasukan IPTA 2014/2015 [link]

Edit :  9/1/2014 –  Tarikh Beli Nombor Unik ID 2014 – klik sini – Tarikh Beli Nombor Unik ID/ Nombor PIN BSN 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

EDIT – Klik sini untuk Pembelian NO Slip  BSN  bagi  Permohonan Program UITM Ambilan November Semester 2 2013/2014

 

Kepada anak-anak yang ingin menulis diruang komen, SILA TULIS DENGAN EJAAN YANG BETUL.  Baru sebulan berhenti sekolah, tak kan dah lupa cara mengeja dengan betul.  Saya pasti keyboard komputer dan keypad smartphone canggih yang dimiliki tidak hilang satu aksara pun.  Awak bukan sms dengan kawan sebaya , tetapi inginkan jawapan dari persoalan.  Kalau saya tak faham soalan, bagaimana saya nak menjawap?

 

Sila klik dan  BACA  link dibawah     :

 

Edit : 01/12/2013 – maklumat paling terkini dari UPU

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013Kemasukan adalah pada : lepasan SPM/Setaraf – Jun 2013 lepasan STPM/Setaraf – September 2013 – UPU

 

 Ikuti Facebook UPU untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terkini – Facebook UPU

 

tarikh beli no pin upu bsn
Pekeliling dari Jabatan Pengajian Tinggi bertarikh 20 November 2012

 

Nota  : Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) kali permohonan dan tiga (3) kali proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Edit  23/11/2012:  

  • Mulai sesi akademik 2013/2014 tiada lagi permohohonan fasa 1 bagi lepasan SPM/Setaraf. Semua calon wajib memohon bermula bulan Januari 2013 nanti ( upu )
  • No. pin yg dijual di BSN sekarang adalah secara pukal(banyak) sahaja iaitu dibeli melalui kaunselor/cikgu sekolah manakala untuk pembelian secara individu adalah pada bulan Januari 2013 nanti.

 

—————————- di bawah ini adalah entri asal —————————

<blockquote>PERHATIAN kepada Cikgu/Kaunselor sekolah, diminta jangan membeli lagi Nombor Unik ID secara pukal untuk pelajar-pelajar SPM 2012 dari mana-mana cawangan BSN sehingga diberitahu kelak. Dimaklumkan Nombor Unik ID yang dijual sekarang adalah untuk permohanan kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan disember. – Facebok UPU- 24/9/2012

 

Apa yang berlaku pernah berlaku kepada anak saya tahun lepas. Tinggal di asrama , kaunselor yang belikan secara pukal dan berlaku kes  Nombor Unik ID ( NO PIN UPU ) yang dibeli di BSN adalah untuk kemasukan yang lain.  Bila nak buat semakan pada Permohonan Kemasukan Ke IPTA Fasa 2 ,  sistem menyatakan Anda belum memohon.

Harga Nombor Unit ID atau dipanggil Nombor Pin UPU ialah RM 10.60

Nasib baiklah saya dapat infomasi dan beli lagi sekali Nombor Unik ID sebelum tarikh tutup permohonan. Baca cerita pengalaman saya tahun lepas di sini – Permohonan UPU Fasa 2 Untuk SPM 2011.

Proses permohonan kemasukan ke IPTA  Calon SPM ada 2 Fasa.

  • Fasa pertama – isi borang online di laman web http://upu.mohe.gov.my yang akan dibuka  November 2012
  • Fasa kedua – beli Nombor Unit ID di BSN yang akan dijual pada Januari 2013.  Borang Fasa 2 dibuka selepas keputuran SPM diumumkan.  Borang ini perlu isi keputusan SPM .

 

 

Kepada anak-anak calon SPM 2012, jangan beli Nombor Unit ID lagi. Nombor yang dijual sekarang adalah untuk kemasukan ke Politeknik/ILKA ambilan Disember 2012 bukan untuk Permohonan Kemasukan Ke IPTA 2013.

Kalau dah terbeli atau ada masalah , hubungi UPU

No. Telefon UPU : 03-8870 6767 / 03-8870 6777

Ibubapa pun kena ambil tahu perkara seperti ini , kesian sebab saya lihat ramai anak-anak yang terkeliru dengan pembelian No Pin UPU ini.  Saya dah alami pengalaman ini tahun lepas dan berharap entri ini dapat membantu anak-anak  supaya tidak mengalamai masalah yang serupa.

 

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

254 thoughts on “Pembelian No Pin UPU Kemasukan IPTA 2013

  1. salam akak..saya nak tanya, macam mana dengan SPA? boleh terangkan macam mana nak isi borang dia dan bolehkah pelajar lepasan SPM memohon di SPA? Tolong kak..,sudah membuat research mengenai SPA tapi masih keliru.. _pelajar lepasan SPM 2012_

  2. assalamualaikum , saya ingin bertanya tentang permohonan upu . apa itu permohonan fasa 1 dan fasa 2 ?? saya kurang faham . terima kasih .

  3. sy ada beli pin ipta thn 2012..
    Pin tue bole gna ka untuk mohon kemasukan tahun ne..
    Bga penjelasan.. Keliru saya..

    1. Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada 7 Januari 2013 hingga 15 April 2013.

      No Unik ID yang dibeli pada tarikh yang disebutkan sahaja.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Barang Dulu Memang Tahan LamaMy Profile

  4. akak, dekat borang deposit biru ada nama, nombor ic, dan signature kan. kalau kite belikan untuk orang lain, nama dan ic tu guna kita punya or orang yang kita belikan pin tu?dah tengok dekat post cara beli tu tapi tak jumpa jugak. terima kasih 🙂

    1. guna nombor kad pengenalan orang yang nak memohon UPU
      kak jie beli untuk anak kak jie , guna nombor kad pengenalan dia
      sebab masa isi borang online perlu masukkan nombor kad pengenalan pelajar.( pemohon )

      dalam contoh slip diatas, kak jie memang blurkan nombor kad pengenalan.. itu data peribadi yang tak boleh dikongsi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

  5. nanti nak beli pin UPU di BSN , ada isi borang tak ? ke tggu no giliran then cakap je at pegawai bank tu nak beli pin UPU ? boleh tak beli pin UPU dua atau tiga ? sebab nak mohon banyak-banyak ?

  6. saya nk tnya ,
    saya lpasan spm2012 . bln 10 thun lpas saya ada beli no pin matrik . tpi saya terlpas utk isi borang mtrik sbb trikh utk isi dh lwat . soalnnya , blh ke isi smula lpas rsult nnti atau no pin yg saya beli tuu dh xblh guna ?

    1. matrik dan upu dua permohonan berbeza yang diuruskan oleh dua kementerian berbeza.
      matrik dengan kementerian pelajaran malaysia ( KPM) – moe.gov.my
      upu ke IPTA dengan kementerian pengajian tinggi (KPT) – mohe.gov.my

      untuk isi permohonan upu ke IPTA kena gunakan no unik id yang dibeli hari ni hingga 15/4 ( beli secara pukal , itu kes lain )
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

      1. No pin UiTM khas untuk kemasukan untuk UiTM ( UiTM Online ). Untuk sesi Jun/Julai dan November/Disember. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2013, pin khas Uitm Online bagi kemasukan sesi Jun/Julai 2013 telah dimansuhkan dan digabung sekali dengan permohonan UPU.
        ( Pin Uitm Online – sesi Nov/Dec masih dikekalkan ).

  7. bole bli nmbo pin online tak ??? sms ke ??? atw dgn cra lbih udah , tak yah g kaunter bsn . klau ade beri tunjuk ajar , terima kasih 🙂

    1. Ada link kat entri ni , cara beli nombor pin upu , klik dan baca
      sesuaikan mana yang mudah mengikut keperluan masing²

      kalau ada kad giro/ ada akaun bsn boleh beli kat ATM atau SMS
      tapi pembelian SMS perlu mendaftar dulu ( kena pergi bank juga )

      Ada banyak masa lagi… sehingga 15/4
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

    2. lg 1 , no unik id tu boleh di gunakan untuk POLI , dan IPTA ke ? mksd sy , 1 pin ntok 2 prmhonan .

  8. Assalamualaikum kak..mo tya..satu nombor pin upu tu utk satu permohonan ipta ka..???

    1. Waalaikumsalam

      Satu permohonan boleh pilih lapan (8) pilihan program pengajian. Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya empat (4) pilihan program pengajian yang
      berlainan.

      Saya baca info dari FB UPU , pin utk lepasan spm adalah sama bg ipta/politeknik primier dan politeknik konvensional/metro & ilka. Anda tidak perlu beli yg lain.

      Saya cadangkan, kalau ada apa-apa masalah, telefon UPU. Itu lebih jelas
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

    1. payah nak jawap ni sebab bukan semua benda kak jie tahu… anak-anak kak jie masih kat universiti yang mereka pilih berdasarkan kos yang mereka minat bukan universiti.

      Tentukan pilihan kos yang minat, kemudian buat list universiti.

      Ada 4 bulan utk buat kajian

  9. salam.. saya nie lepasan spm 2011,tahun lepas permohonan upu saya gagal..adakah saya perlu membeli no.pin upu yg baru utk membuat permohonan upu bg tahun 2013 nie….mohon penjelasan

  10. salam..nak tnya ckit saya nie lepasan spm 2o11 dah tahun lepas permohonan upu saya gagal…adakah saya perlu membeli no pin upu yg baru kemasukan tahun 2013 nie….mohon penjelasan dari akak

  11. salam
    nak tanye..kan dlm ni ad sediakan website upu..bila cari borang pemohonan ta ada punn

    1. saya buka laman web tu boleh
      applikasi tu pun ada

      cuba tengok table warna biru sebelah kiri yang ditulis KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER
      BAGI LEPASAN SPM / SETARAF – klik situ.

      atau table warna purple di tengah – KEMASUKAN KE INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM / POLITEKNIK KONVENSIONAL /METrO BAGI LEPASAN SPM / SETARAF

      atau table warna merah dibahagian kanan sekali – KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN STPM / STAM / MATRIKULASI / ASASI / DIPLOMA & SETARAF

      Klik dan keluar satu page ke sistem permohonan kemasukan pelajar.

  12. salam kak.. cikgu saya dah belikan pin upu sebelum trial spm 2012 lagi.. tapi tadi saya nak mohon tak boleh.. cikgu saya salah beli kot.. 🙁

    1. salam

      Kak Jie tak pasti bila tarikh trial spm 2012
      tetapi untuk beli pin secara pukal ( yang dibeli oleh cikgu ) tarikhnya 7-30 November yang kemudiannya dilanjutkan sehingga 10 Disember 2012.

      Kalau beli no pin dalam waktu tersebut, sepatutnya boleh digunakan.

      Kalau beli awal dari tarikh tu, No pin tersebut untuk ke Politeknik/ILKA ambilan Disember bukan untuk calon SPM 2012 kemasukkan Jun 2013.

      Kalau salah, kena beli lagi..atau cuba telefon no UPU tanya.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

  13. salam. nak tanya. kalau takde kad bsn macam mana? pakai ic boleh? sebab kat ic tu ade tulis atm dgn touch n go

  14. salam..
    nk tnye,, pembelian no pin id tu dah boleh start beli pagi ni la ye..
    kot la dye blom diaktifkan lgy ke..
    takut trsalah beli yg lain.. politeknik pye ke..

      1. salam…pg tdi..sy ada beli no pin kt bsn…no 2 bley isi borang kt upu k…sy bgung lar…tlg jelaskn bley?

        1. boleh tulis jelas, jangan shortform tak

          saya perlu fikir 10 minit untuk faham soalan.

          pagi tadi saya ada beli no pin kat bsn, no tu boleh isi borang kat upu
          saya bingung lar, tolong jelaskan boleh?

          jawapan saya – dah boleh isi borang upu, jadi apa yang bingungnya lagi?

          saya yang bingung sekarang ni..hahahaha
          Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

  15. salam. borang upu fasa 2 kita boleh isi masa lepas dapat result ke? borang yg dibuka pada 7/1 ni fasa 1?

    1. Edit 23/11/2012:
      Mulai sesi akademik 2013/2014 tiada lagi permohohonan fasa 1 bagi lepasan SPM/Setaraf. Semua calon wajib memohon bermula bulan Januari 2013 nanti ( upu )

      saya dah bold tulisan ni dengan warna merah.

      Beli NO unik ID hari ini di BSN, selepas pukul 12 tenghari applikasi permohonan dibuka, isi semua maklumat.

      Tetapi keputusan SPM belum keluar, jangan bimbang… boleh kemaskini 3 kali

      Tolong ingat… 3 KALI SAHAJA.

      Jadi, bila keputusan dah keluar, masuk semula dan kemaskini.

      Applikasi dibukan sehingga 15/4/2013 .
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenangan Zaman Kolonial Di Bukit FraserMy Profile

  16. Assalamualaikum wbt ..
    Sy lepasan spm 2012, sy nak tanya kalau nak ambik stpm kena guna no unit ID jugak ke? terima kasih.. 🙂

  17. salam..
    saya nk minx pendapat.. saya nie lepasan spm..
    skrg sye keliru,, x tau nk buat keputusan.. nk pilih ipta atau matrik..
    mne yg better ye..?
    syukran.. 🙂

  18. salam . saya nak tanya . kalau nak mohon uitm kena beli no pin asing ke? maksud saya . no pin yang akan dijual 7/1 ni sama tak dengan no pin uitm . mohon penjelasan .
    Jom terjah post menarik dari fatin ..BerbezaMy Profile

    1. 17 buah IPTA dan 3 buah Politeknik Premier yang terlibat dalam penyelarasan permohonan Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014 adalah seperti berikut:

      Universiti Malaya (UM);
      Universiti Putra Malaysia (UPM);
      Universiti Teknologi Malaysia (UTM);
      Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM);
      Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);
      Universiti Teknologi MARA (UiTM);
      Universiti Sains Islam Malaysia (USIM);
      Universiti Malaysia Terengganu (UMT);
      Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM);
      Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM);
      Universiti Malaysia Perlis (UniMAP);
      Universiti Malaysia Pahang (UMP);
      Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
      Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM);
      Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS);
      Universiti Malaysia Sabah (UMS);
      Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan
      Politeknik Premier (PUO, PSA, PSIS)

      Maksudnya, no pin upu tu digunakan untuk universiti dan politeknik premier seperti diatas. Boleh semak kursus yang ditawarkan di sini – Pekeliling SPM
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 Dan Januari 2013My Profile

  19. assalamualaikum..
    saya nk tye,, mcm mna ye klu situasi mcm ni..
    -pihak sekolah saye dah belikan no. pin utk kami para pelajar isi borg pd fasa 1
    -skrg, boleh x klu sye nk isi brg upu dgn no. pin yg lain (dibeli pd tarikh yg disebutkan)..
    -itu dikira lebih dr satu prmohonan ke..

    terima kasih.. 🙂

    1. waalaikumsalam

      Edit 23/11/2012: Mulai sesi akademik 2013/2014 tiada lagi permohohonan fasa 1 bagi lepasan SPM/Setaraf. Semua calon wajib memohon bermula bulan Januari 2013 nanti – ( upu )

      Jadi, secara teknikalnya, aplikasi permohonan belum dibuka.

      Sebelum buat apa-apa permohonan, cuba semak

      Aplikasi permohonan ada 3 bahagian – Permohonan, Semakan dan Kemaskini.

      Cuba isi bahagian semakan untuk melihat sudah membuat permohonan atau belum. Kalau sistem belum menerima, buatlah permohonan guna NO Unit ID tu.

      Kalau dah ada dalam sistem, boleh buat Kemaskini
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ManzilMy Profile

  20. mohon pertanyaan..saya lepasan SPM2012…saya da trbeli no pin di BSN skrg,,namun,,bile sye trbce artikel nie,,nmpknye x leh la yee nk dgunakn tok isi borang upu …kene beli lps 7 jan 2013 laa…tapi,klo sya gunakn no pin yg da dbli skrg tok isi borang politeknik/ILKA ,,adakh sya masih boleh isi tok borang upu akn dtg?? saya risau xboleh sbb da isi lebih dr 1 pemohonan….mohon penjelasan,,…-tq-

    1. No unik ID yang dibeli di BSN utk lepasa SPM 2012 kena beli 7/1 sehingga 15/4 ( kalau secara pukal pihak sekolah beli , tu kes lain )
      cuba telefon UPU tanya boleh guna ke tidak sebab dari maklumat yang diberi, permohonan lepasan SPM 2012 , NOmbor Unit UPU belum dijual.
      No Unik ID BSN tu boleh digunakan untuk membuat 3 permohonan

      1. IPTA
      2. Program Teknikal & Latihan Vokasional di Politeknik
      3. Kemahiran di ILKA ( Institusi Latihan Kemahiran Awam )

      Saya telefon UPU , staff mereka beritahu, satu NO UNIT ID boleh digunakan untuk 1 permohonan sahaja
      maksudnya kalau nak memohon 3 tempat berbeza, kena beli 3 no unit ID ( rm 10.60 x 3 )

      Saya cadangkan, kalau ada apa-apa masalah, telefon UPU. Itu lebih jelas

      Saya baca info dari UPU , . pin utk lepasan spm adalah sama bg ipta/politeknik primier dan politeknik konvensional/metro & ilka. Anda tidak perlu beli yg lain..

      jadi staff yang jawap panggilan saya beri info yang berbeza dari yang UPU bagi di Facebook.

      Saya pun tak bingung!

  21. Assalamualaikum..
    Untk continue ijazah,kena beli pin upu bulan March tu ker??Both of month(jan & march) ada tulis untk kelayakan setaraf…x faham la..boleh explain tak..???

  22. saya ada beli no pin matrik pada bulan 10 hari tu. so saya dah tersilap beli ke apa? kalau saya tersilap beli.. saya mesti beli balik no pin matrik dan isi borang tu semula?

  23. saya dah beli no pin untuk matrik pada bulan 10 hari tu. so.. saya dah tersilap beli ke? dan saya mesti beli no pin matrik yang baru dan isi balik borang matrik tu balik?

  24. Salam.. Saya baru habis exam SPM tahun ni, then saya dh beli no pin upu melalui guru saya pd bulan november baru ni..adakah no pin upu saya boleh di gunakan untuk kemasukan 2013?

  25. salam……sy ni lepasan diploma….nk sambung ijazah….jadi no id yg akan dijual 7hb 1 ni sy boleh beli la utk permohonan nk smbung ijazah.???

    1. salam…no pin upu yang dijual 7/1-15/4 bukan sahaja untuk lepasan spm,leh jgk utk lepasan stpm,stam,diploma dan lain-lain

  26. salam . adakah nombor pin yang akan keluar pada Januari tu boleh di guna untuk isi semua permohonan ke mana2 institut pelajaran ? ?

    1. saya tak faham apa maksud soalan ini.

      mgkn yg dimaksudkan permohonan IPTA melalui UPU.

      No Pin Bsn yg dikeluarkan nnt adalah utk permohonan lepasan SPM melalui UPU.

  27. saya masih tak faham lagi tentang fasa 1 dan fasa 2……..apa bezenya sebenarnya??
    boleh tak tolong terangkan dengan lebih terperinci lagi….

  28. Salam,
    Bagi yang pergi pllkn kump 1 mcm mn eh? Bila mereka nk isi borang? Sb blk ms result dah kuar.

  29. saya rasa saya dah tersalah belilaa ‘ coz saya beli , pada bulan september . guru kaunselor sekolah saya kata pembeliaan no pin utk politeknik dan matrikulasi sda ada so saya direct trus beli . padahal pada tnggal 6.12.2012 ini baru saya habis SPM . ttp apabila sya t’bca blog ini , saya menjadi keliru . adakah saya sudah tersalah beli ? dan jika saya tersalah beli apa langkah seterusnya yang saya patut buat ? harap saya dpt penerangan yang jelas . Terima kasih .

    1. kalau ikut facebook UPU, no pin sesi kemasukan 2013/2014 akan dijual kepada calon individu pada bulan Januari 2013.

      update pada 24/10/2012 mengatakan no pin yang dijual sekarang boleh dibeli oleh guru kaunselor secara pukal sahaja.

      Kalau beli bulan September, tu memang bukan untuk IPTA 2013/2014.
      Cuba hubungi no telefon UPU seperti diatas dan tanya mereka.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pisang Kaki Atau Persimmon FruitMy Profile

      1. jadi maknanya , saya memang te’salah belilaa kan ? so , after that saya masi bole belikaa no pin itu ?

  30. salam,, tnye cket. sye dh bkk lmn web upu.mohe uh tp tk nmpk pon kelibat borang yg nk diisi uh.. ad penjelasan?

    1. kemasukkan ke ipta di uruskan melalui UPU, rasanya cuma satu pin no yang perlu dibeli, mungkin pin upu itu adalah sama dengan pin ipta kerana ada juga yang panggil no pin upu sebagai no unik id.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pemenang Seterusnya Ialah…My Profile

  31. Terima kasih atas info ini. Sepupu saya baru beli nombor PIN tadi then baru tanya saya. Dia baru habis pepeeriksaan SPM minggu ni. Rasanya dia da tersalah beli juga. Kalau ikut website mohe n fb UPU, bulan januari 2013 baru nombor pin untuk kemasukan tahun depan dijual. Saya da minta di call nombor UPU yg puan beri.

Comments are closed.