Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?
Pengetahuan Am

Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?

Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.

Saya ada menulis entri lepas dan bertanya kenapa syarat  seperti di atas dikenakan apabila menderma darah, malangnya tiada jawapan sehinggalah dua tiga minggu lepas saya bertanya lagi di BBM Group.

Encik Sham Ondscene bagi tau , ianya disebabkan  wabak penyakit lembu gila dan CJD . CJD tu nama orang Jerman dan ada huruf V kat depan. Cuba google.

Saya temui banyak maklumat mengenai VCJD tetapi kebanyakkan di dalam bahasa medic yang susah nak faham.  Makcik macam saya ni, bahasa medic yang slang Jerman lagi tergeliat otak nak tangkap.

Saya adalah blogger yang akan buat cross-reference untuk mendapatkan maklumat yang menyakinkan sebelum menerbitkan entri , takut menimbulkan salah faham kepada pencari maklumat. Saya telefon Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak 03 2693 3888 untuk bertanya.

“Saya blogger dan bercadang untuk menulis mengenai derma darah, saya nak tahu kenapa orang yang pernah ditinggal kat Eropah dan UK tak boleh menderma darah” – macam tu le lebih kurang saya tanya.  Secara tidak langsung saya ingin memperkenalkan etika blogger yang positif kepada pihak di luar sana yang belum mengenai dunia blogging.

Orang yang pernah tinggal kat benua Eropah sekurang-kurannya 6 bulan dari tahun 1980 dan UK dari tahun 1980 hingga 1996 tidak boleh menderma darah kerana wabak penyakit lembu gila.

Penyakit lembu gila ( mad cow disease ) atau dikenali oleh para saintis sebagai BSE (Bovine Spongiform Encephalopathy) mula dikesan pada lembu di United Kingdom (UK) pada tahun 1985.

Kalau kita termakan daging lembu yang tercemar dengan jangkitan penyakit tersebut ianya hanya boleh dikesan selepas 10 tahun berada dalam badan manusia.

Sebab itulah larangan tersebut tidak ditarik balik sehingga sekarang. Bukan senang nak tahu kita dijangkiti selepas satu tempoh yang lama.

Kemudian, pada tahun 1996, vCJD ( Variant Creutzfeldt-Jakob Disease) iaitu sejenis penyakit saraf (neurodegeneratif ) pada manusia mula dikenal pasti. vCJD ditemui selepas 10 tahun BSE dikesan di UK. Penyakit ini secara umumnya dikaitkan dengan memakan makanan yang tercemar dengan BSE.

Jadi itulah sebabnya serba ringkas yang saya dapat sewaktu menelefon PDN tadi. Kalau tak faham , bolehlah telefon PDN. Jangalah takutlah untuk telefon, tak ada jarum pun keluar ikut ganggang tu tadi…

 

Keistimewaan untuk penderma² darah dan kenapa saya tidak menderma darah > baca entri ni darahku bukan kuningjangan gelak..ok!

check kumpulan menerima darah
Kumpulan darah saya AB positif ,  jenis yang boleh terima semua jenis darah yang ada. Paling sedih darah kumpulan O negatif yang hanya boleh menerima jenis O negatif sahaja.

AB+ tu boleh terima semua jenis tetapi tidak seorang pun dari jenis lain yang boleh menerima darah dia.  Kedekut betul!

Nak tau jenis apa yang sesuai dengan kumpulan darah korang? Klik Laman Web Pusat Darah Negara.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?

  1. hai kak jie..
    tq info pasal derma darah ni.. mmg tak pernah tau.. cuma tau jenis darah je selama ni..
    kalau pasal BSE, inshaaAllah saya tau sbb saya vet.. dan pernah dipercayai CJD terhasil disebabkan termakan sumber daging yang telah tercemar dengan BSE, tp masih tak dapat dibuktikan lg sehingga kini.. tentang BSE tu byk negara dah takde penyakit tu kecuali negara yang masih mengamalkan memberi mkn haiwan dengan daging atau tulang lebihan haiwan lain je..
    ada satu web untuk pendedahan penyakit pada haiwan di seluruh dunia semasa.. di sini kita boleh tau negara mana yang masih ada penyakit ini..
    http://www.oie.int/animal-health-in-the-world/bse-portal/

    terima kasih kerana berkongsi info bagus ye kak..

  2. Saya darah apa pun tak tau.. Itu hari masa muda2 dulu penah jugak nak derma darah, tapi kena reject pulak dengan nurse comel tu sebab kuruih sangat.. Dan sampai sekarang tak nak derma darah..

  3. sampai skg saya xpasti saya ni darah apa.
    apa yg pasti saya ni berdarah panas, hehe.
    wife saya slalu bising soh gi buat blood test.
    hakikatnya saya ni tkt darah.
    tp nk kawin ngan doktor. huhu

  4. 10 tahun baru dapat kesan ek.. mmg lama tu..

    saya darah O+, suami darah AB+, so anak2 tak de sorang pun darah O.. sedihnye.. tak de org nak derma lau de kecemasan.. suami lak, saper2 je leh derma.. huhu.. tak pelah, nama pun isteri dan mama.. utk suami dan anak2, kan ku buat jika termampu.. hehe

  5. kesan penyakit itu selepas 10 tahun baru boleh dapat tahu. memang lama. masa derma darah tak pernah terfikir nak tanya lebih lanjut bila tengok ruangan tu kat borang.. tapi apa akan jadi dengna orang yang makan daging lembu tu ek..

  6. Salam Kak Jie,

    Baru saya tahu sebab apa..kat blog lama pun ada juga saya buat entry pasal derma darah,cuma pasal U.K tu saya tak dapat jawapan..sekarang dah tahu 🙂

  7. pernah jugak dengar berita pasal lembu gila nie..tp tak tahu pulak kesannya pd manusia…klu gitu, virus JE yg melanda malaysia sikit masa dulu pun kena ambik kira jugak terutamanya penduduk disekitar bukit pelandok….

  8. Kalau dicek hasilnya nihil apakah masih tak boleh untuk menderma darah sebab menderma darah kita bagi yang membutuhkan pastinya adalah sebuah amalan baik bagi kita untuk di akhirat kelak
    nice share Kak Jie..

  9. tapi ari tu kami group di UT buat derma darah buat derma darah…..sapa2 yang baru pergi ke china pun dilarang menderma darah….mungkin sebab yang sama kot.

  10. 10 tahun baru tahu penyakit apa. sadisnya. info ni saya baru tahu juga. rupanya tak semua orang boleh derma darah. ada syarat juga. terbaik la blog ni. siap kol lagi nak dapat info.

  11. Darah saya jenis O+ saya adalah jenis golongan darah penderma pemurah dan paling ramai. Kalau ada dariah jenis simbul minus(-) dihadapan hanya beoleh menerima jenis darah yang sama sahaja.

  12. Ohhhh… patut ler hari tuh dia ada cerita pasal ni..kami ingat dia main2..
    itu pasal dia tak bleh derma coz stay UK 6 tahun..

    1. masa baca info kt web PDN, tertanya2 kenapa ada syarat mcm tu
      lama jugalah nak tau, tapi terlupa
      baru2 ni ada keyword orang cari sebab ni, dan dari carian kat google pun tak banyak isu ni diceritakan, sebab tu tadi call PDN, senang tanya pihak yg berkenaan

    1. selagi ada lembu, selagi tu ada penyakit lembu gila ni
      jadi sampai bila….org yang pernah dok sana tak leh menderma?

Comments are closed.