Jabatan Meteorologi :  Gempa Bumi Dan Amaran Peringkat Jingga
Isu Semasa

Jabatan Meteorologi : Gempa Bumi Dan Amaran Peringkat Jingga

ramalan cuaca di malaysia

AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 09:22am pada 30 Mac 2012

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah), Negeri Sembilan (Daerah Port Dickson), Selangor (Daerah Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Perak (Daerah Manjung, Perak Tengah, Kerian dan Hilir Perak), Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Rompin, Kuantan dan Pekan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 30 Mac 2012.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Selangor (Daerah Hulu Selangor) dan Melaka (Daerah Jasin).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Hari Jumaat biasanya lalu lintas lebih sesak dari hari biasa, jadi bersedialah bukan saja membawa payung tetapi kalau ada sampan, bot untuk balik kerja hari ini.

Ibubapa pun kena berpesan-pesan dengan anak-anak.  Rasa sedih setiap kali membaca berita mengenai anak tergelincir / lemas di dalam longkang di bawa arus deras. Budak-budak, naluri ingin tahunya tengah memuncak – nampak macam teh tarik bergelombang dalam longkang yang biasanya kering sudah cukup menimbulkan rasa ingin mengetahui.

  • Peringkat Kuning  bermaksud bukan peringkat kritikal. Hujan yang kadang-kadang sederhana dan kadang-kadang lebat yang sekejap-sekejap.
  • Peringkat Jingga  bermaksud juga bukan peringkat kritikal tetapi lebih kritikal dari peringkat kuning. Hujan sederhana dan lebat yang turun berterusan
  • Peringkat Merah bermaksud amaran peringkat tertinggi , Hujan lebat yang membawa banjir yang teruk.

 

Satu lagi amaran Gempa Bumi 29 Mac 2012 juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi malam tadi.

Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.2 skala Richter telah berlaku di Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam, 29 Mac 2012. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 2.5 Utara longitud 103.9 Timur. 16km Timur laut Mersing, Johor. Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar Mersing.

Jadi janganlah berbangga riak tak sedar diri bila nak bergaduh dengan forumer dari negara seberang dan mendabik dada kerana negara kita tidak pernah di timpa bencana gempa bumi.

Masa nak menulis komen seperti itu, cuba faham sikit maksud ayat Kun Fayakun.

Gempa bumi berukuran kecil ini adalah satu peringatan tanda Allah SWT sayangkan kita, DIA mencubit sedikit tanda amaran untuk hambaNya supaya kembali sedar.  Allah jadikan sesuatu peristiwa itu sudah tentu ada hikmah dan maksud disebaliknya. Yang tersirat dan juga tersurat.

Ambillah ikhtibar ini untuk bermuhasabah dan berusaha untuk memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untuk kami
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuran kami
Kerana kami insan lemah yang kerap keliru
Kerana kami leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran kami menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal kami mengharungi ujianMu
Amin…amin..ya rabillalamin…

©kujie – bermula dari diri sendiri ….

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Jabatan Meteorologi : Gempa Bumi Dan Amaran Peringkat Jingga

  1. Mmm…membaca entri ni…lantas membawa saya pada rancangan Tanyalah Ustaz pagi Jumaat tadi bertajuk ‘Alam Bertasbih’. Saya suka sangat nonton. Macam terapi. Insyaallah ada dua hari lagi isu sama. Esok dan lusa. Antara isinya….pada guruh itu ada rahmat dan amaran(akibat kesilapan dan kealpaan penduduk bumi). Ia menjadi rahmat bila hujan telah turun. Namun bila hujan turun pada bukan musim pula ada tanda-tanda murka Pemilik Alam. Kesan bila hujan turun bukan pada musim adalah hasil laut dan bumi terjejas dan ini menjejaskan kualiti hidup manusia sendiri. Jadi saya tersedar benarlah bahawa “Segala kebaikan dari Allah dan keburukan adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri”…..Esok lusa sambung tengok…InsyaAllah…

  2. Sentiasa melafazkan dua kalimah syahadah sebab kita tidak tahu bila ajal kita.. mala petaka ada di mana-mana sahaja… Subhannallah.

  3. 29 mac.. hujan dan ribut melanda kawasan perumahan saya. lain macam hujan tu,waktu tu otw ke KL dah. just call family je tanya.. then dengar ada gempa kat mersing. sangat pelik bila johor ditimpa gempa..

  4. Pagi tadi sini hujan lebat..sekarang dh mendung.. nampak gaya macam nak hujan balik petang nanti… 2 3 lepas panas terik sangat…

Comments are closed.