Jadual Persekolahan 2013
Pengetahuan Am

Jadual Persekolahan 2013

Jadual persekolahan 2013  telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).

  • Sekolah akan dibuka pada 2hb Januari 2013 ( Rabu ) bagi negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor , Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak
  • Sekolah akan mula dibuka pada 1hb Jamuari 2013 ( Selasa )   bagi negeri  Kedah, Kelantan dan Terengganu  .

Takwim Sekolah 2013 ini sebenarnya sangat penting bagi saya yang ahli keluarganya bertaburan serata negara untuk merancang waktu sesuai untuk berkumpul.  Orang yang merancang untuk buat majlis perkahwinan pun biasanya berpandukan cuti sekolah juga.

 

Semak cuti umum 2013  di sini  Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013

Perincian Persekolahan Mengikut Penggal :  Kumpulan A  ( Sekolah – sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu )

jadual sekolah kedah kelantan dan terengganu
Jadual Persekolahan 2013 untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
  • Tahun Baru Cina – 10 & 11 Februari 2013 ( Ahad & Isnin )
  • Hari Raya Puasa – 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat)
  • Hari Raya Qurban – 15 Oktober 2013  (Selasa)
Perincian Persekolahan Mengikut Penggal :  Kumpulan B ( Sekolah -sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Labuah dan Putrajaya )

Jadual Persekolahan 2013 untuk negeri Perlis, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekuturan, Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Sabah & Sarawak

Negeri yang bercuti Tahun Baru 2013 :

Negeri-negeri yang bercuti pada 1hb Januari ( Tahun Baru 2013 )  – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Selangor sahaja.

Johor, Kedah, kelantan, Perlis dan Terengganu tidak bercuti pada Tahun Baru 2013. – rujukan : www.kabinet.gov.my

 

Sepanjang bulan Ramadan, sesi persekolahan  petang di bulan puasa akan balik jam 5.30 petang.  Sesi pagi tidak berubah.

p/s – masih perlukan kalendar kuda tetapi lambat lagi nak keluar.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Jadual Persekolahan 2013

  1. thanks for sharing this kak kujie..
    kalau dulu tak amik tau tapi sejak anak2 dah sekolah, maka jadual sekolah anak2 lagi penting dari jadual di pejabat.. 😉

  2. … berguna juga jadual ni. Thanks kak! Saya dan keluarga hanya dapat berkumpul bila tiba musim cuti sekolah. Time persekolahan, kami susah mahu berkumpul-kumpul sebab bapa dan adik-beradik bekerja sebagai guru. Hujung minggu pula kadangkala ada program sekolah yang perlu di hadiri.
    Jom terjah post menarik dari iAwani ..Virus SOPA Merebak Di InternetMy Profile

  3. awalnya jadual ni keluar. walaupun saya pelajar universiti, tak guna pun jadual ni, tapi macam kak cakap, senang kalau nak merancang apa-apa aktiviti, ianya boleh membantu memudahkannya.

    1. kita tak guna tapi sedar tak sedar cuti sekolah banyak mempengaruhi kehidupan kita juga…contoh pergi kerja jalan tak jem

      kalau merancang bercuti, elakkan masa cuti sekolah kalau boleh. bagi yg tak ada anak sekolah atau tak terikat dgn apa2 urusan di sekolah…hehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013My Profile

Comments are closed.