Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013
Pengetahuan Am

Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013

Tanjung Langsat
Pantai Pasir Layar

Selepas berkongsi Jadual Persekolahan 2013,  hari ini kita intai pula hari-hari cuti umum 2013 di Malaysia. InsyaAllah, semoga kita dipanjangkan umur untuk bersama hingga ke tahun-tahun mendatang.

Ini adalah cuti umum yang dikeluarkan dari laman web www.kabinet.gov.my

 

JADUAL HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN 2013

  1. Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) – 24 Januari  2013 (Khamis) – Semua negeri
  2. Tahun Baru Cina – 10 Februari 2013 ( Ahad ) – Semua negeri
  3. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – 11 Februari 2013  (Isnin) – kecuali Kelatan & Terengganu
  4. Hari Pekerja – 1 Mei 2013 ( Rabu )  – Semua negeri
  5. Hari Wesak – 24 Me 2013 ( Jumaat ) – Semua negeri
  6. Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – 1 Jun 2013  (Sabtu) – Semua negeri
  7. Hari Raya Puasa – 8 Ogos & 9 Ogos 2013 (Khamis & Jumaat ) – Semua negeri
  8. Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2013 (Sabtu) – Semua negeri
  9. Hari Malaysia – 16 September 2013 (Isnin) – Semua negeri
  10. Hari Raya Qurban – 15 Oktober 2013 (Selasa) – Semua negeri
  11. Hari Raya Qurban (Hari Kedua) – 16 Oktober 2012 (Rabu) – Kelantan & Terengganu sahaja
  12. Hari Deepavali – 2 November 2013 (Sabtu) – kecuali W.P Labuan & Sarawak
  13. Awal Muharam (Maal Hijrah) – 5 November 2013 (Selasa) – Semua negeri
  14. Hari Krismas – 25 Disember 2013 (Rabu) – Semua negeri

 

Terimakasih untuk encik pemilik blog untuk orang dewasa sahaja kerana buatkan table ni.  Klik untuk zoom in atau klik sini untuk pdf – Hari Pelepasan Am 2013

 

bercuti di gunung kinabalu
Kinabalu Pine Resort., Kundasang

JADUAL HARI KELEPASAN AM NEGERI 2013

  1. Tahun Baru 2013 – 1 Januari 2013 (Selasa) – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor sahaja.
  2. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan – 14 Januari 2013 (Isnin) – Negeri Sembilan sahaja
  3. Hari Keputeraan Sultan Kedah – 20 Januari 2013 (Ahad) – Kedah sahaja
  4. Hari Thaipusam – 27 Januari 2013 (Ahad) – W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya,Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor sahaja
  5. Hari Wilayah Persekutuan – 1 Februari 2013 (Jumaat) – W.P Kuala Lumpur, W.P Labuan, W.P Putrajaya sahaja
  6. Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – 11 Februari 2013 (Isnin) – Kelantan & Terengganu sahaja
  7. Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu – 4 Mac 2013 (Isnin) – Terengganu sahaja
  8. Good Friday – 29 Mac 2013 (Jumaat) – Sabah & Sarawak sahaja
  9. Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah – 15 April 2013 (Isnin) – Melaka sahaja
  10. Hari Keputeraan Sultan Perak – 19 April 2013 (Jumaat) – Perak sahaja
  11. Hari Keputeraan Sultan Terengganu – 26 April 2013 (Jumaat) – Terengganu sahaja
  12. Hari Hol – 7 Mei 2013 (Selasa) – Pahang sahaja
  13. Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – 17 Mei 2013 (Jumaat) – Perlis sahaja
  14. Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – 30 & 31 Mei 2013 (Khamis & Jumaat) – W.P Labuan & Sabah
  15. Perayaan Hari Gawai Dayak – 1 & 2 Jun 2013 (Sabtu & Ahad ) – Sarawak sahaja
  16. Israk dan Mikraj – 6 Jun 2013 (Khamis) – Kedah, Negeri Sembilan & Perlis sahaja
  17. Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia – 7 Julai 2013 (Ahad) – Pulau Pinang sahaja
  18. Awal Ramadan* – 10 Julai 2013 (Rabu) – Johor, Kedah & Melaka sahaja
  19. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang – 13 Julai 2013 (Sabtu) – Pulau Pinang sahaja
  20. Hari Nuzul Al-Quran – 26 Julai 2013 (Jumaat) – Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  21. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak – 14 September 2013 (Sabtu) – Sarawak sahaja
  22. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah – 5 Oktober 2013 (Sabtu) – Sabah sahaja
  23. Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka – 12 Oktober 2013 (Sabtu) – Melaka sahaja
  24. Hari Raya Qurban (Hari Kedua) *- 16 Oktober 2013 (Rabu) – Kedah & Perlis sahaja
  25. Hari Keputeraan Sultan Pahang – 24 Oktober 2013 (Khamis) – Pahang sahaja
  26. Hari Keputeraan Sultan Kelantan – 11 & 12 November 2013 (Isnin & Selasa ) – Kelantan sahaja
  27. Hari Keputeraan Sultan Johor – 22 November 2013 (Jumaat) – Johor sahaja
  28. Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – 9 Disember 2013 (Isnin) – Johor sahaja
  29. Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2013 (Rabu) – Selangor sahaja

 

EDIT :

  • * Pengumuman: Kerajaan Negeri Melaka telah meminda tarikh Hari Jadi TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka bagi tahun 2013 dari 12 Oktober 2013 (Sabtu) ke 11 Oktober 2013 (Jumaat).
  • * Pengumuman: Hari Deepavali bagi tahun 2013 telah ditetapkan pada 2 November 2013 (Sabtu) melalui Pemberitahuan Warta No. 36947 bertarikh 23 Oktober 2012.

Seksyen 8, Akta Cuti Kelepasan, 1951.  : Cuti kelepasan bergaji.

Sekurang-kurang 11 hari cuti kelepasan yang diwartakan (termasuk lima cuti awam wajib;  Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong, Hari Keputeraan Raja-raja/Hari Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia) dalam satu tahun kalendar dan pada mana-mana hari yang diisytiharkan cuti kelepasan am.  Sumber : www.mida.gov.my

pantai lido
Pantai Lido

Bila saya senaraikan cuti-cuti umum 2013 tersebut, barulah saya nampak beberapa perkara menarik yang selama ini saya tak tahu.  Kiranya berbaloi jugalah  saya copy paste edit semua senarai dari jadual pdf tersebut.  Selama ini cuma tahu tapi tak pasti. Sekarang bila diteliti jadual  seperti, barulah faham beberapa perkara.  Antaranya :

  • Tahun Baru Cina –  Kelantan & Terengganu hanya mendapat 1 hari cuti am persekutuan dan 1 hari lagi cuti sebagai cuti am negeri.
  • Bukan semua negeri yang bercuti pada 1hb Januari.  Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis tak cuti.
  • 5 hari cuti umum  wajib ialah :
  1. Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2013
  2. Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
  3. Hari Keputeraan Raja-raja/Hari Wilayah Persekutuan
  4. Hari Pekerja – 1 Mei
  5. Hari Malaysia – 16 September
  • Laman web Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia ( MADA ) mencatatkan minima cuti umum ialah 11 hari termasuk 5 hari  cuti awam yang wajib.  Laman web rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Manusia mencatatkan jumlah minima cuti umum yang diwartakan ialah 10 hari termasuk 4 hari cuti awam yang wajib.
  • Cuti umum untuk Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) & Perayaan Hari Gawai Dayak ialah 2 hari.
  • Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan ialah 2 hari
  • Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Dalam keadaan nama untuk cuti umum, perisytiharan adalah yang lebih tepat.

* Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan.

bot ke pulau kapas
Pulau Kapas

Semakin banyak saya membuat rujukan/ crossreference, semakin banyak fakta menarik yang ditemui.    Saya ambil masa 3 hari untuk siapkan entri ini.    Rujukan ke beberapa laman web rasmi kerajaan juga Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

©kujie – seronok pula buka folder gambar bercuti bersama keluarga, sekarang anak² dah berbeza kolej dan universiti… nak dapatkan cuti yang serentak pun dah susah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013

  1. It’s a pity you don’t have a donate button! I’d most certainly donate to this brilliant blog! I guess for now i’ll settle
    for book-marking and adding your RSS feed to my Google account.

    I look forward to fresh updates and will share this
    blog with my Facebook group. Talk soon!
    Jom terjah post menarik dari kredit mobil ..kredit mobilMy Profile

  2. You truly produced many remarkable tips throughout your posting, “Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 | Hidup Biar Sedap”.
    I am going to possibly be coming back to your page soon. Thanks
    a lot -Sherlyn
    Jom terjah post menarik dari primeawnings.webs.com ..primeawnings.webs.comMy Profile

  3. sejak bertugas mendidik ni memang agak penting jugak jadual cuti camni..hehehe..senang nak booking tiket balik kampung..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..LigatMy Profile

    1. baca yang ni – Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Dalam keadaan nama untuk cuti umum, perisytiharan adalah yang lebih tepat.

      sambil hulur panadol
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013My Profile

Comments are closed.