Hari ini saya nak cerita bab Kad Pengenalan Bermutu Tinggi atau lebih dikenali dengan nama MyKad. Ini pengalaman saya.
Tahun 2008 waktu usia Along 16 tahun saya buka akaun Maybank untuk dia. Akaun yang hanya mempunyai kad ATM tanpa buku. Mudah untuk anak² yang akan tinggal di asrama.
Sewaktu berurusan di kaunter Maybank, MyKad Along disahkan rosak. Cip rosak tak boleh baca data. Hari yang sama terus ke JPN untuk buat MyKad ganti. Kena bayar RM10.
Tahun 2011, sekali lagi saya menguruskan urusan yang sama untuk Angah. Kali ini kes agak berbeza. Kali pertama memohon, tiada masalah tetapi tak sampai setahun menggunakan kad ATM Maybank ( yang urusannya tak sampai pun 10 kali ) cip kad ATM juga rosak. Tak boleh berurusan MEPS. Hanya boleh digunakan pada ATM Maybank saja. Ini menimbulkan masalah kerana ATM Maybank jauh dari maktab dan asrama.
Minggu lepas sebelum balik ke asrama, sekali lagi kami ke Maybank untuk buat kad baru. Kali ini cip MyKad Angah pula rosak.
Keesokkannya pergi JPN untuk memohon penukaran MyKad baru dan kena bayar RM10. Kembali ke Maybank semula untuk proses membuat kad ATM baru dan kena bayar RM 13.
Anak saya tanya ” kenapa kena bayar, bukan salah kita pun… bukan kita sengaja bakar, rendam, koyakkan dengan niat merosakkan”
“Mama tatau nak jawaplah Angah… setahun kena tukar kad bank baru, 3 tahun kena tukar MyKad baru….barulah sebelum close account boleh canangkan keuntungan sebelum cukai meningkat”
Pengalaman saya, setiap usia anak 16 tahun juga tempoh luput MyKad dan bersedialah untuk permohonan baru.
Dalam perjalanan ke kereta selepas selesai urusan, bertembung dengan Cikgu Rose, guru Mathematik Along dan Angah dulu ( sekolah lama ), Saya memang kenal baik dan bersembanglah kami dari kisah anak masing² yang akan menduduki SPM tahun ini hingga kepada kes Kad Pengenalan Bermutu Tinggi.
“Nasib baik tahu dah rosak sekarang… anak saya yang sulung dulu masa proses mohon ke universiti… lagi susah. Kalut nak selesaikan macam² hal….”
Itu pengalaman kami yang ingin dikongsi. Kalau boleh kesan awal kerosakkan MyKad anak².
Sekarang dah boleh mohon gantian MyKad secara online di http://mykadganti.jpn.gov.my . Saya tak gunakan cara online , jadi tak dapatlah nak berkongsi info lanjut cara bagaimana proses ini berlaku. Sesiapa yang pernah berurusan dengan cara ini, boleh tak berkongsi pengalaman anda bersama kami?
Kenapa Kad Pengenalan Bermutu Tinggi mudah rosak sekarang ? MyKad saya dan suami dah bertahun² guna masih elok tetapi semua MyKad anak², tak sampai 3 tahun dah rosak.
Kalau tengok MyKad Along lagi sedih. Gambar kelabu , sampai pernah kena tanya dengan pihak universiti sewaktu buat salinan. Dia cakap gambar tak terang. Malas nak pergi buat baru sebab kad itu dikeluarkan secara sah oleh JPN, kiranya sah untuk digunakan. Kalau pergi tukar, kena bayar lagi.
RM 10 tu kita boleh bayar tapi kalau bayar bukan kerana kesalahan kita, memang terasa hati juga.
Saya ada pengalaman menarik juga untuk dikongsi..maklum kali pertama, mesti terujakan.
Waktu check in kat First World Hotel , Genting baru², cuma perlu guna kiosk dan masukkan MyKad. Saya dah buat tempahan online dan pembayaran, tak perlu nak isi form apa lagi.
Dua kali mencuba, MyKad tak boleh dibaca. Saya gosok² kat bahagian cip baru boleh. Senangnya check in macam tu, Kalau nak kunci lebih, gunakan MyKad orang lain, contoh anak² atau MyKad suami.
Bila nak check out, guna kiosk juga. Masukkan saja kad kunci, selesai. Tak perlu berurusan dengan kaunter dan isi borang segala bagai. Apa² masalah kemudian hari, mereka boleh contact melalui maklumat dari MyKad.
check purse…. ada berapa kad?
tu yang malas nak tukar mykad, tetapi sekarang segala urusan perbankan semua kena guna mykad, jika tidak tak boleh keluarkan duit dan macam-macam hal lagi.
Pergi EPF pun kena guna mykad, kalau tidak susah nak gunakan perkhidmatan dorang….so realitinya tukarnya mykad RM 10 lagi dan lagi dan lagi……keluar.
Gvt tak der terfikir ker macam mana nak buat….menyusahkan rakyat.
Senang-senang simpan mykad dlm almari dan copy jer dibawa ke mana-mana (tapi tak boleh laks) panjangnya story saya…..
semakin memudahkan pemohon mykad baru 🙂
Amat bermanfaat maklumat ini.
Kak Jie purse saya penuh denga kad. Bila nak jalan2 duit letak satu beg lain, kalau dak terpaksa keluarkan purse yg gedabak tu.
Tak pernah pulak saya guna permohonan kad pengenalan on line. Rasanya lebih yakin pergi kaunter terus.
Biasanya bab gambar tu bila dah siap snap depa akan tunjuk kat kita tanya ok tak, agaknya masa print kot gambar jadi kelabu.
Salam kak jie.. susah betul nak berurusan kalau adik rosak. lagi2 bila ATM jauh..
anyways, ini ada tips utk elak dari cip ic dan maybank cepat rosak.. elakkan dari
meletak hp berdekatan dgn kedua2 kad.. kalau simpan dlm hand bag, pastikan
hp letak dlm kocek hand bag atas.. jauh sedikit saja.. bila dah pulang ke bilik, keluarkan
hp.. tips dari kawan yg beri..
rasanya hujung bulan februari baru boleh buat mykad yang terbaru.. harap kualiti tahan lebih baik dari yang sebelum ni..
salm n selamt petang..saya nak tanye menganai isu my kad…adakah setiap kali my kad rosak atau cip didlmnye… tidak boleh proses……..jika ingin membuiat pembaharuan perlu bayar lagi…dan berapa lame jangka hayat sesebuah my kad dapat bertahan adakah tempoh setiap tahun……dan macam mana kalau didatahan pihak berkuasa terutama jpj atau polis yang selalu membuat sekatan jalan….walhal;…..driving lesen semuanya didalm mykad?saya terkilang dengn sikap polis……dia tidak percaya…….saya mempunyai driving lesen…sekarng jari siape yang patut ditunjingjpn?jpj?pdrm? sila mesej saya secepat mungkin
Selamat ka cucuk MyKad tu merata-rata. Mana tau tiba-tiba ada klon pulak nanti…
1. itu adalah plugin commentluv yang dipasang pada blog wordpress selfhosted.
2. blogspot pun ada dipanggil Intense Debate – http://comluv.com/download/commentluv-blogger/ atau cara memasangnya di sini – http://www.giglogo.com/2011/05/03/how-to-get-commentluv-on-blogger/
Baca juga entri ini – http://www.kujie2.com/blog-tutorial/memastikan-backlink-dari-blog-commentluv.html
3. tentang gambar pasa setiap kotak komen – itu adalah dari gravatar.com – entri di sini – http://www.kujie2.com/blogger/gravatar.html
moga membantu
tumpang tanya sikit la, psal apa hampir stiap komen tu sy nmpk di bwhnya ada tulis: Jom terjah post menarik dari [nama pengkomen] ..[tajuk post dgn blog beserta link]?? N gambar tu pulak ambil mana? sy tgk mcm dri wordpress ja?? kt cni xda pn ruang upload gambar?? sy ada akaun wordpress.. 😕 kliru ni?? klu yg sy ni pn ada mcm “jom terjah..” tu, ntahla apa nk buat… = = ”
Salam, biasanya kalau mykad atau apa juga kad yang ada chip micro tidak boleh dibaca oleh system komputer ia akan di anggap rosak, cara terbaik dan paling mudahnialah, gisokkan chip di atas kad tersebut dengan getah pemadam. Dan selepas itu ia akan boleh digunakan semla. Boleh dicuba.
baru je dpt mykad baru lastweek…photo update…huhu..yg dulu muka darjah 6 kaka…lawak.. 😆
bisnes2 macam ni memang untung atas angin je. hahaha bijak orang berniaga sekarang ni
kalo kerajaan buat myjad yg bermutu tinggi cmne kerajaan nak dpt untung?? sbb tu mykad ni x tahan lama agar semua rakyat harus tukar mykad setiap beberapa tahun..cuba anda kira, kalo sorg ganti mykad RM10,kalo sejuta org??? dr situ je kerajaan dah boleh cari untung..fikir-fikirkan..
cip mykad saya pun pernah rosak. maybe ada hikmahnya. dapat la saya tukar mykad baru.
setakat ni..alhamdulillah…mykad masih lagi tahan…tak tahulah lepas ni..hehe
pssst…jgn cap ibu jari haus sudahlah..hehehe
hebat first world.. first time dgr hotel guna mykad ni.. hehe.. mykad saya pun yg lama, sampai skg ok.. ala, tak nak cakap la, takut tiba2 jadi tak ok.. hehhee
syukur dgn infonya…mykad nda tau hilang kat ne dah..br beberapa hari ni br perasan mykad takda dlm wallet…bolehlah sy cuba apply on9 ni…thanks kak jie.. 😀
saya pun pernah ada pengalaman masalah dengan chip kat mykad. Last week pergi buat baru kat JPN sebab nak tukar alamat. Lepas ni kalau rosak bolehlah cuba guna yang kat online pulak.
Pengalaman saya pun sama macam kak jie.Nak buka akaun Maybank,tapi bila masukkan Mykad,tak boleh baca data,katanya cip dah rosak.
Nak kena pergi ke JPN untuk mohon kad baru,tapi sampai sekarang tak pergi sebab macam renyah kerja tu.Hairan juga,kata kad pengenalan bermutu tinggi,tapi senang benar rosaknya.
Keinginan untuk buka akaun di Maybank pun tertangguh hingga sekarang.
Setakat baru dua kali buat mykad itu pun kerana mesti ditukar bukan kerana hilang atau rosak.
kak jie…
nak beli wallet baru kena fikir berjuta kali (if mampu lain citer..huhuhuhuhuh)
tibe masanya utk penyusunan kad atm lebih teratur…
kad lain yg tiada cip leh ditindan-tindankan…
hope leh membantu… 😆
Ganti MyKad online. Bagus info ni. Tapi kena hati-hati masa menekan butang-butang. Sama macam isi physical form juga.
Cip senang rosak? Ada masalah kuliti ke? Siapa nak jawab tu?
cek purse ade banyaaaaakkk kad.. tapi tiga perempat daripadanya cuma kad keahlian nak kutip mata ganjaran saje.. hikhik
mykad saya buat tahun 2002 kot. time mula2 dia suruh tukar mykad dulula sampai sekarang alhamdulillah takda masalah pada cip. suami pun sama walaupun pat lima kali saya ‘ter’basuh dalam washing machine 😆
saya dulu tukar mykad masa tgh bljr dkt U, tu pun sbb patah dan salah sendiri, hoho kn bayar rm10 dan sampai skrg masih lagi elok…skrg ni mykad dah letak dalam plastik yg beli kat jpn, rm 2 satu…sbb tak nak dia rosak lagi cip
Saya pernah terkena kes macam ni. Apa yang saya buat, atas cip mykad saya tu saya lekat dengan saletip. Alhamdulillah boleh guna. Maklumlah, my kad dari masa zaman study dulu. Nasib baik belum tukar warna lagi macam anak kak jie….heheheheh
terimakasih kerana berkongsi….
mykad tu direject dikaunter bank..dia dah cuba banyak kali, dah gosok berkali2…. mungkin sedaya upaya nak cuba bagi boleh.
bab tak boleh tindan dgn kad lain tu…masalah besar ni sbb kita biasa ada banyak kad. kad ATM je dua tiga, kad kredit lagi, kad promosi diskaun itu ni..kena cipta beg duit baru lah ni..hehe
btw terimakasih berkongsi info 😆
salam…
kak jie..kebiasaanya kalu kad yag ada cip jgn ditindankan dihadapannya kad’permukaan yg keras (kad lain)…
alasan biase yg digunakan utk pertukaran kad bila berlaku kerosakan padanya..
cuba cara bergini..
seandainya berlaku kad tidak boleh di baca,
cuba gosok bah cip berkenaan dgn pemadam or kain pengelap mata (correct me)
if masih berlaku kesulitan, then nak x nak terpaksa jg tukar..
just somethin to share from me…
lov to read ur blog
ramai yang pernah alami pengalaman macam tu….nak berurusan tiba2 tak boleh sebab cip rosak… mana kita tau sebab fizikal kad tu masih elok….
Kak Jie pun baru tau gak….rasanya ni perkhidmatan terbaru kat JPN
Jumpa ramai yang ada pengalaman kad rosak tapi tak tahu….bentuk fizikal elok tapi ‘isi’ dah ditebuk tupai..hehehe
tapi tak tahu macam mana proses pertukaran tu berlaku, macam mana pulangkan kad lama, macam mana dapatkan kad pengenalan gantian sementara…. tunggu ada orang share…
tapi macam mana proses beronline tu kak jie tak tahu… belum ada pengalaman.
Waalaikumsalam
Kalau kena reject waktu tak terdesak, bolehlah kita senang2 hati buat baru tapi kalau masa tu kecemasan, keperluan mendesak memang panas hati jugalah….. perancangan tergendala.
Kak Jie pun tak tau nak check MayKad kita tu macam mana…. bawa dalam beg duit bertahun2. Urusan di bank pun guna online
baru tukar mykad baru sebab mykad terbelah…mmg tak tahan..
samalah dengan anak² kak jie…ada 3 org anak, 2 kena buat baru sebab nak buat kad ATM Maybank……….berapa peratus tu?
tak pasti tang mana silap, kad dikeluarkan JPN atau sistem keselamatan Maybnak..tapi yang pasti KITA yang kena tanggung.
lepas ni kalau nak tukar tak perlu lagi beratur lama. thanks for the info kak kujie 😉
Wah,sekarang macam-macam dah boleh buat secara online,bagus ye~ 🙄
Assalamualaikum Kak Jie,
Saya pun baru tahu boleh guna online.
Tak pernah pulak check Kak Jie, saya punya MyKad tu cip dia ok ke tak sejak duduk luar Malaysia ni. Huhuhu.
saya terpaksa buat mykad baru sebab nak buat kad maybank!!siyes!
sbb maybank tak boleh baca mykad..=(
Insya Allah
nanti saya sharing kalau dah berjaya ek
baru tahu boleh guna on9.thanksss kakjie. ;))
kalau dah cuba online, buat entri sharing tau
kak jie pun nak tau… tak kan nak tunggu cip MyKad kak Jie rosak pula..hihi
elok je kalau kad lama2 ni..kualiti lebih baik dr kad yg baru2 ni
itula..tapi aritu dah buat baru dah, tapi nak wat camana, cip dia memang senang rosak, nak amik penyata kwsp guna mesin takleh, nak buat akaun bank sekarang ni kena ada ic yang cip nya boleh guna..susah tu..
Thanks kak jie untuk info ganti MyKad secara online ni
nak cuba guna la sebab mykad dah teruk skit ni
Masa kita tak guna, tak apalah
tiba2 perlu utk sesuatu urusan penting, masa tu lah baru nak ganti…. susah juga.
Buat je permohonan online….
setakat ni tak pnah ganti mykad lg.. teman kwn pnah la.. dulu dah 4 kali hilang kena byr rm100 kot..
lepas ni memang nak ganti la..sebab cip rosak..susah nak selesaikan masalah kalau ci rosak ni..
kak jie kena tukar sebab anak2 dok asrama, jauh
tiap bulan nak kena bank in duit utk anak²
kiranya keperluan tu…terpaksa.
mudah sungguh rosaknya………..
kiranya tak bermutu tinggi sangat le kot…
Mykad saya asyik tak boleh baca je cip kat bank.. malas plak nak tukar,,