Sembang² pagi , ramai kawan² yang tweet tentang gegaran yang mereka rasa. Katanya kakitangan kerajaan di Putrajaya keluar dari pejabat dan berkumpul di padang.
Ada juga tweet yang merasa gegaran di sekitar Bangsar dan Damansara. Korang rasa tak?
Moga gegaran kecil yang tidak melibatkan malapetaka lebih buruk. Amin.
Maklumat terkini gempa bumi di http://earthquake.usgs.gov , melapurkan terdapat laporan gegaran gempa bumi berlaku di Sumatera Utara 5.3 Magnitude pada skala Richer berlaku pagi ini Selasa, 14hb June 2011 jam 08:08:33 am waktu Malaysia.
Sebelum gempa yang berlaku pagi ini, semalam pun ada juga gempa bumi di Indonesia. Sehari sebelum itu gempa bumi berlaku di Christchurch , New Zealand .
Gempa Kuat Gegar Laut Maluku
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Laut Maluku pada 10.55 malam Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, berkata gempa itu berpusat 210 km dari timur laut Manado, Indonesia dan 932 km tenggara Kunak, Sabah.
Gempa itu tidak menyebabkan ancaman tsunami. BERNAMA
Kebiasaannya gegaran berlaku dalam rangkaian atau susulan . Berhati² dan berdoalah semoga kita semua selamat.
sumber : www. angkasa.gov.my
Agensi Angkasa Negara ada mengeluarkan maklumat bahawa gerhana bulan penuh akan berlaku pada 16hb Jun 2011 diantara pukul 1-7 pagi. IKut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan lurus ( selari ).
Inilah tanda kekuasaan Allah Yang Maha Berkuasa tentang alam dan kejadiannya.
Tentatif Program Gerhana Bulan Penuh
1:00 a.m. – 7:00 a.m. –
Total Lunar Eclipse Observation
Jupiter, Mars and Venus Observation
Eclipse Talk
Quiz
3:00 a.m. – 4:00 a.m – Solat Sunat Gerhana Berjemaah.
Cara solat sunat gerhana di sini > Solat Sunat Gerhana Matahari/Bulan Ustaz Rasul Dahri
Bacaan lain yang menarik – Kajian Al-Biruni, Al-Battani dan Abu ‘l-Wafa al-Buzjani ke atas fenomena Gerhana Bulan
EDIT : Jam 11.00 pagi tadi, sedang Gtalk dengan @azmanishak, tetiba dia cakap tempat dia gempa bumi di Sungai Buloh. Dalam masa yang sama di tempat saya pun boleh rasa sedikit gegaran. Terus rasa pening². Cepat² panggil Along, kami isi air dalam bekas. Mak kata kalau nak tengok gegaran, boleh kesan dari air yang berkocak.
Pertama kali saya rasa gegaran sewaktu kejadian Tsunami 2004. Masa tu kami ramai² lari turun dari rumah sebab rumah bergegar dan tengok air dalam tempayang yang berkocak.
Malam tadi tengok filem 2012 – masih terbayang ngeri dan pilu di depan mata.
solat itu adalah tiang agama..
manusia sekarg bayak melakukan dosa 👿
lupa nak tengok gerhana semalam. rugi rasanya 😐
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Teknik Jualan Berpengaruh
wha… seram pula… tapi apa2 pun…. Indah sungguh ciptaan Tuhan…. cantik gerhana awal pagi tadi..
Jom terjah post menarik dari Junaidiey ..Mirror Piratebay.org
kita org msia kuat sembayang
dok kt gombak ni tak rasa pun.. tak tau le sbb duduk bangunan tingkat bawah.. huhu.. moga2 semua beransur pulih, terutamanya tmpat gempa..
bersyukur sbb msia bebas gempa, itu pun masih de rasa2 bila jiran sebelah kena..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Tertekan? Apa Nak Buat Ek?
Ini adalah salah satu sebab utama saya suka baca blog Kakjie. Bukan saje hal kekeluargaan, isu alam semesta pun ada.. teruskan usaha murnimu… 🙂
takut betol lah.. 😥
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?
shay pun pernah rasa sekali… masa tu shay mengantungkan aimi…
Jom terjah post menarik dari shay ..Boring Ni…
makcik yg pandai hack hari tu ke? 😛
Jom terjah post menarik dari zaryl ..Tutorial: Masukkan Video Dalam WordPress Text/HTML Widget Tanpa Plugin
gerhana bulan penuh!ready camera…
betul le, musim menukar header, background bagai
kat PJ biasa je. huhuuh
gerhana bulan masa malam Jumaat. nak pergi tengok la 😀
maza melaporkan dari Bangsar – jam 10.00 pagi tadi tak rasa gegaran pulak… mungkin dah biasa dgn gegaran hasil hentakan org bikin bangunan kat sebelah kot menyebabkan maza sudah lali atau tidak perasan… huhuhu
Itu semua menyerlahkan bunga-bunga Fenomena Alam di hujung kehidupan. Memang kita tidak dapat meramal apa yang akan terjadi. Namun mustahil semua itu tidak sedikit pun menyentuh naluri kehambaan kita tentang kuasa dan kekuasaan Pencipta Alam. Sedikit demi sedikit peringatan itu dihantar. Mohon perlindungan dan keselamatan dariNya…..
Kita tidak patut dan bukan berniat menakutkan diri sendiri, namun wajar mengingatkan diri sendiri dan orang yang disayangi.
dunia macam makcik tua yang dah berkerepot, tapi cuba ditegangkan dan diratakan muka oleh anak anaknya dengan botox dan juga facelift. lansung terkejut pipinya.
makcik tua tu tahu, dia dah nak mati.
Dalam maksud yang tersirat tu.Semoga kita semua sedar bahawa tidak lama lagi alam ini akan sampai ke penghujungnya dan kita yang menumpang di dalamnya ni pun akan turut musnah.
Gempa kat sini pon dah ok… Tahniah admin
Erkk… Pakai cf ke tak dah ni?
Send via mobile
mudah2an tiada mangsa bencana.. amein.. 😕
Saya tak rasa ada gegaran kak jie tapikan semua frame gambar kat office saya senget..Adakah itu petandanya?
Jom terjah post menarik dari Nazzue ..Rahsia Seorang Otai Blogger Terdedah
jam 8 tadi rasa, sekejap tadi jam 11am pun ada rasa gak, saya kat Port klang. lagi dekat…. 🙂
Jom terjah post menarik dari Sabahan Bloggers Club ..Ultrasurf anti-censorship software
Innalillahiwainnailaihirojiun…
semoga Allah masih sayang pada hamba-Nya
sama2 kita doakan agar semuanya
selamat dari kejadian gempa bumi
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Wordless Sunday Nite : Miracle
Dunia semakin di penghujungnya…cuma manusia sahaja yg masih terkejar-kejar dunia terutama kuasa politik
Jom terjah post menarik dari denaihati ..iPad 2 atau Samsung Galaxy S II
fuyyoh….seramnye…tapi kat sini, tak rase pulak. tapi member rasa gegaran tuh…
dunia dah tak kuat da
mendalam maksud bro tu….
sekarng ni macam² bencana berlaku…
kan akak jie…