Inilah kedudukan button reset alarm Proton Saga FL – sebelah button hazard light.
Dari semalam ( Isnin ) saya cari kunci kereta tak jumpa. Hujung minggu ramai yang pegang, ramai yang guna , entah mana disimpannya.
Ada kunci kedua tetapi kunci itu tak boleh guna secara automatik. Alarm dah rosak sebab termasuk dalam mesin basuh. Kalau saya buka kereta dengan kunci manual, mesti alarm berbunyi.
Saya tahu ada satu butang reset untuk alarm Proton Saga FL tetapi saya tak pasti dimana kedudukan butang tersebut. Tak nak lah dah buka, dah menjerit satu taman riuhnya baru terhegeh-hegeh nak mencari. Kalau dah tau kedudukan butang tu, buka saja terus boleh tekan.
Saya tinggalkan pertanyaan kat kelab proton di Facebook tak ada jawapan. Saya telefon Pusat Service Proton Rawang, dia yang beritahu kedudukan button reset alarm tersebut.
Butang reset alarm Proton Saga FL terletak di sebelah kiri butang hazard light dekat dashboard di atas radio. Bila saya tekan, alarm masih berbunyi. Bila saya hidupkan enjin dan matikan enjin, baru alarm berhenti.
Makcik² adik kakak, kalau ada masalah alarm berbunyi, tekan butang yang ada icon ‘titik’ sebelah butang hazard light tu ye…. ni hal kecik je tak perlu call suami …… sebab tak berbaloi dia nak balik dari Hulu Terengganu tuuu.. hiks!
Macam-macam dah pengalaman yang saya tempuh bersama Proton Saga FairLady ni, tiap masalah akan jumpa jalan penyelesaiannya dan menambah satu pengetahuan baru.
…. nak cari kunci…. nak cari kunci!
Nota : Kalau kunci auto tidak berbunyi, maksudnya kita dah kunci kereta tetapi alarm tak berbunyi…senang saja. Tekan kedua-dua butang yang terdapat pada kunci secara serentak. Tu macam kita reset semula.
dh 3 kali alarm sy bunyi mlm nih… setiap sejam berbunyi. nk keluar jenguk takut sbb xde asben… just tekan unlock n lock kembali… dh pening kepala sbb xboleh lena.. hopefully xberbunyi dh….kesian jiran2 xblh tdo lena mcm sy… esok siang br nk try reset..
sebantar tadi alarm kereta saya buat hal… tekan alarm tetapi alarm tidak berbunyi,.. mula-mula rasa pelik juga.. ingat rosak..saya try reset semula dengan menekan kedua-dua butang pada alarm… dan hasilnya … alarm saya dah okey seperti biasa.. tak perlu nak pergi kepusat servis… tq
Jom terjah post menarik dari mdrodz ..Instrumen untuk Program Bimbingan, Khidmat Bantu dan Galak Guna Bahan Digital dan Perisian Kandungan MBMMBI 2014
Terima kasih. Info sgt membantu. Dulu keta wira senang je reset. Ni persona dah 2 hr lampu berkelip, tak reti nak padamkan. Takut batt weak je. Terima kasih sesangat.
Melastik Bintang..
Masalah kita sama. Saya pelik alarm keta saya pandai bunyi sendiri..paling x suke klu dia bunyi pukul 2..3 pagi..huh..rase menggangu ketenteraman org lain pula pagi2 buta. i pernah cek masa die bunyi sendiri tu lampu kat butang *titik* tu berkelip2. nak kena unlock then lock sekali lagi baru dia x bunyi. saya dah hantar kat pusat service proton 2 kali tapi perangai alarm still sama, bunyi sendiri !!…apa nak buat ek???? share pls
Info yang sangat berguna
terima kasih..
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta Depok
er… er… lepas ni dah boleh servey kat mana butang reset alam kereta idaman… Harap-harap dapat membantu.. hehehe
Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..Jay
patut la diorang letak titik je..sebab nanti kalo pencuri kereta amatur tak la mudah sangat nak matikan alarm tu..hehehe..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – Pintu ke mana saja
la..nape tak tanya..same kereta apa..
Jom terjah post menarik dari titan ..Kena langgar dengan Keretapi Pink
hahahaha kereta saya tu, tadek plak button ni. ni kalau ganti bateri ke hape ke nanti… boleh menggagau jugak nanti ni. pandai ajar orang.. kereta sendiri pon tak tau…
p/s: maklum la.. orang tu Fairlady… kita Alphardza jer bhahaha~
Jom terjah post menarik dari Azman ..BigPicture: Samyang 35mm f1.4 Result
sepatutnya dekat butang alarm tu proton kena tulis ‘reset alarm’ baru senang sikit orng nk tahu.
Jom terjah post menarik dari Syahera ..Flora By Gucci
tak pernah tahu pon ade butang reset alarm dalam kereta…aduhai..
Jom terjah post menarik dari SR ..2 Nissan GTR vs pokok
dayah langsung tak tau yang alarm boleh reset..
suka la kak jie…rajin kongsi info berguna utk kita org perempuan nih…
😀
Jom terjah post menarik dari hidayah ..KAMU NAK APA ? nak gaduh..? BOLEH… blaa…
Owhh kat situ rupanya butang reset alarm saga FL.boleh la nanti beritahu kat kawan-kawan
Jom terjah post menarik dari wazy ..Hajat Untuk Memiliki Buku Mudahnya Menjemput Rezeki Termakbul
akak pun pengguna saga FL ke..samalah dengan saya…
alarm saga FL ni kadang-kadang dia buat perangai juga..
kadang-kadang boleh bunyi sendiri…macam 2hari lepas tengah tido dalam pukul 3pagi, tiba-tiba dengar bunyi alarm kereta yang kuat,isteri kejutkan bgtahu alarm kereta saya bunyi. Apalagi pergi off alarm balik.Kemudian terpikir kenapa kereta saya berbunyi..pelik..ramai pengguna saga FL mengalami masalah alarm ini….
Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Pameran Dinosour – Pusat Sains Negara
kak jie jarang alami masalah ni…tetapi sesekali lampu kat butang tu berkedip-kedip… puas dah belek semua pintu di tutup elok.
kata orang sebab bonet belakang yang sering bermasalah, walau pun ditutup kejap dan elok, dia masih detect tak berkunci.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM
owh lampu tu akak abaikan je..sumtimes die akan menyala2…nanti lama2 hilang..
ataupun ia berkelip sebab “salah laku” semasa membuka lock kereta..
contoh akak tutu pintu semua tapi x rapat, pastu tekan alarm lock kereta akan berbunyi..then lampu tu akan kelip-kelip..nak hilangkannya akak masuk kan kunci,switch ke “ON” then tekan button reset tu…Insyaallah hilang..lampu tu berkelip sebab ada “salah laku” kita pada sistem.
Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..Pameran Dinosour – Pusat Sains Negara
Ehhh ada butang reset ke??wahhh baru tahu ni..serius ke kak jie ada butang reset?untuk reset alarm ke mcm mana??
Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Desa Murni Batik Batu 6 Kuala Terengganu
yup…reset alarm yang menjerit satu taman dengar tu…hihi
kalau tekan sekali dia masih berbunyi, cuba hidupkan enjin…kemudian matikan enjin
alarm tu off. boleh start kereta dan gerak seperti biasa. kunci nanti guna manual kecuali kunci auto dah ada, boleh guna seperti biasa.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home
button reset proton persona pun “titik” macam tu juga..dulu saya pakai persona.
teringat kes semalam, dalam keadaan kereta berkunci..saja goyang2 kereta vios saya..tiba2 alarm berbunyi..panik jap cari kunci..hehehe..start dari situ baru tau, vios akan trigger alarm bila kereta bergegar atau bergoyang (jika kereta berkunci)
Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Majlis Aqiqah: Selesai Sudah
kuikuikui..
maza lak terlupa, kat manalah butang reset tu..
kana cari ni..
ahaks!
Jom terjah post menarik dari maza ..Kejar-mengejar Ambulan
maza nak cari butang, kak jie nak cari kunci…dah dua hari dua malam ni tak jumpa².. mana entah cik abg tu letak.
dia dah le balik ke t’ganu dah…takut terbawa sama aje…
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home
hehe..sy pun baru tahu..tapi tak semua kete ada tu..
Jom terjah post menarik dari wanmus ..Lagi Syarikat Pelaburan Diserbu Bank Negara
kete lain kena tuan kete tu cerita pengalaman dia
hah… kak jie ni dah rasa dah tempuh melilau cari kunci
dan tau dah pasal butang reset tu…sebelum ni ada sesekali nampak butang tu menyala..tatau pun apa fungsi dia. menyala tapi tak bunyi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Juru Sukat
Dulu pernah sekali alarm kunci rosak,bukak bonet depan cabut wire speaker alarm -settle,tapi lampu signal masih menyala,last cabut fius sebelah kanan dekat pedal minyak baru ok.Pergi kedai,tokey kata u reset button lah – adoii susah payah cabut fius 🙂
Jom terjah post menarik dari azman ..Cara Samak Peralatan Hotel
panjaaaaaaang kisahnya, padahal dengan sekali sentuh butang je boleh selesai.
tapi itu kan pengalaman kita, bila dah jadi bolehla cerita pada orang lain yang mengalaminya kemudian, kan.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Awak Pun Macam Ni, Kan…?
Dapat Ilmu lagi.. Tq Kak Kujie.. 🙂
Jom terjah post menarik dari Nurul ..Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party
benda yang kak jie sendiri tempuh… mungkin orang lain pun ada yang mencari info ni juga satu hari nanti…
dua hari kereta tu tak gerak… tau ada butang reset tapi risau nak mencuba. takut dia menjerit tak tau diam..hihihi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Juru Sukat
kak .. nak tanya pasal lampu butang reset tu… baru td dia menjerit… pastu dh buka n ttp semua pintu.. hmpir 10 kali buat.. baru ok… tp masalah sekarang lampu berkelip merah dalam keadaan kereta berkunci.. nak tanya macam mana nk padamkan lampu tu yer.. sbb setau sya sblum nie di x berkelip… minta penjelasan.. sbb dh puas searh entri berkaitan dgn butang nie.. tp xdpt…
cuba check bateri bateri, kalau bateri dah kong pun alarm akan bunyi tak menentu.
Akk sy dh cube smua cara.. bukak tutup pintu bonet smua.. Tp bila lock lampu alarm reset tu tetap kelip2… Akan kacau btri x…. Cmne nk ilangkn kelip2 lmpu tu
Rasanya bateri kong tu… baru ni jadi mcm tu. Tukar bateri baru
Sy bru lepas service kat pusat service proton..mgu lepas.. tnye pasal btri Sbb dh sthun pkai..org service ckp xde mslh lg..
Ooo… kena tanya mekanik lah tu
Kedudukan butang reset alarm lebih kurang sama kereta Proton Gen2.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Gempar Aaron Aziz langgar tiang
adik pakai Gen2 tapi tak pernah nak membelek…. terimakasih atas infonya.
sebab tadi google kedudukan butang ni tak jumpa, sebab tu buat entri
mgkn orang lain pula nak cari lain kali.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Yīn & Yáng Di Pusat Jagaan Kucing Omiey Home
Macam Gen2 saya adalah model lama mengunakan alarm sistem jenama Captor. Apa bila alarm berbunyi, lubang angin akan ditutup dan air cond pun off. Memang berpeluh kalau tak jumpa butang reset alarm. 🙂
Kebanyakkan aksesori Gen2, Persona dan BLM tidak banyak beza. Saya sendiri telah melakukan DIY menukar handle pintu dibahagian luar 2 kali dan power window regulator sekali. 🙂
semalam pkul 3 pg.kete sya alarm brbunyi..pkul 8 malam sya lock pintu semua tutup rapat.tp pkul 3 pg mnjerit2 plak…knapa ya??