care for a crime or two, anyone?
Blogger-blogger senior di tahun 2008 boleh mengimbas tagline ini. Ini adalah tagline blog Kamal Affendi Hashim atau nama blogger – kamal fnd hashim. Blog beliau sudah tidak diupdate sejak setahun yang lalu. Mungkin facebook telah membunuh minat menulis blog seperti beberapa rakan blogger saya yang lain. Saya mengikut blog ini sejak tahun 2008 sezaman dengan blog saya yang ini. ( Blog saya yang terdahulu dihasilkan pada tahun 2005 )
Kamal Affendi Hashim adalah seorang penganalisis jenayah yang terkenal di negara kita. Kerap melihat beliau menjadi jemputan beberapa rancangan televisyen dan membaca penulisan beliau di dalam akhbar mengenai tips dan panduan pencegahan jenayah.
Saya masih ingat beberapa gerakkan mempertahankan diri bagi seorang wanita jika berlaku serangan oleh penjenayah.
Berita sedih yang saya ikuti sejak semalam dari blog saudara Mazidul Akmal Sidik mengenai Kamal Affendi Hashim yang sedang sakit. Menurut cataran blog, Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM).
AVM disebabkan oleh urat ekstra yang berada di dalam kepala dan urat tersebut akan mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak beliau dilahir tetapi tidak disedari. Sekali sekala, akibat AVM ini , beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan dan selalu berasa sakit kepala.
AVM adalah penyakit konginental iaitu ada sejak ejak lahir dan semua syarikat insurans tidak membuat tanggungang kepada rawatan penyakit ini.
Beliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40.000 . Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas. Ini adalah nombor akaun Kamal Affendi Hashim – Public Bank 4007 85 2927. Facebook Kamal Affendi
Kamal Affendi adalah seorang individu yang yang banyak jasa dan pengorbanannya pada masyarakat dan negara. Beliau sering memberi ceramah kesedaran yang sangat berguna dan membuka minda kepada masyarakat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatannya dan sembuhkan beliau dengan segera.
Allaahumma irzuqhu assyifaa’ al-‘aajil inkaana khoiran lah.. Ya Allah kurniakan kesembuhan segera baginya, andai ada kebaikan buatnya
Gambar dan rujukan – SOS! SOS! JOM MEMBANTU KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP
Semoga banyak yang memberikan bantuan finansial dan juga doa demi kesembuhan beliau..
Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta Depok
Semoga beliau cepat sembuh, dana yang dikumpul pun dah nak cukup..
p/s: 1st time dengar nama penyakit ni
Jom terjah post menarik dari Myra Jay ..Dah Confirm 🙂
insyaAllah sama samalah kita saling membantu
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Wordless Wednesday – Pintu ke mana saja
Turut sedih, semoga lekas sembuh
Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Manfaat Memasang / Menampilkan Author Blog Dalam SEO
semoga beliau cepat sembuh..sama² kita bantu sedikit sorg
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..‘Last Minute Study’ Membantu Dapat 8A Dalam PMR?
sedih bila dapat pasal penyakit dia ni..semoga ramai yang tampil untuk membantu..
Jom terjah post menarik dari Puan Bardboo ..Tiga Tahun Dari Sekarang
Sepatutnya syarikat insuran tanggung…bukan mahal pun kos perubatan nya…bawah 50k….sumbangan yg dia dapat baru 2k lebih jer…jom sama2 kita bantu.
sehari dua lagi mungkin ramai lagi akan menderma,rakyat Malaysia kan ramai yang pemurah.
Jom terjah post menarik dari Syahera ..Flora By Gucci
moga mendapat kesembuhan yang total
Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..ujian memantapkan hati
Salam,
Semoga cepat sembuh, dan dipermudahkan segalanya buat beliau, insyaallah akan bantu setakat yang mampu.
Jom terjah post menarik dari yanmie ..Jalan-jalan Ke Makam Mahsuri Langkawi Kedah
Semuga Allah sembuhkan penyakit beliau
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..5 Hakikat Perit dan Pahit yang Ditanggung Oleh Blogger
Terkejut mendengar berita ini. 🙁
beliau banyak menyumbangkan pengalaman dan ilmu beliau kepada masyarakat..
terfikir juga tiadakah badan-badan NGO atau pihak kerajaan yang tampil membantu beliau, atas jasa-jasa beliau..
Jom terjah post menarik dari Melastik Bintang ..5 Perbezaan Dulu dan Sekarang
tadi dayah terbaca kat satu blog pasal cerita nih..
sedih rasanya…
harap2 dia cepat sembuh dan ramai yg membantu.
setakat yang termampu.
Jom terjah post menarik dari hidayah ..Nik Hasnah Ismail, IKIM FM