Entri ini adalah lanjutan dari entri terdahulu – untuk lebih memahami sila baca – Perlukan Maklumat Mengenai Aircraft Maintenance Engineering.
Saya menerima banyak feedback yang berguna dari pembaca blog. Ada yang menghantar email secara personal dan ramai juga yang berkongsi maklumat di ruangan komen. Entri seperti inilah yang memberi kepuasan kerana feedback yang diterima saling membantu bukan saja kepada diri saya tetapi kepada pengunjung lain yang mencari maklumat yang sama.
Demi untuk masa depan Angah dan mempastikan dia memilih tempat yang sesuai dan berbaloi dari segi kos pengajian, tempoh pengajian juga masa depan selepas pengajian dalam bidang Aircraft Maintenance Engineering , saya telah berhubung melalui telefon secara personal dengan 3 tempat yang menawarkan kursus tersebut untuk mendapatkan maklumat lengkap.
Saya perlu berterimakasih kepasa Saudara Asri Ramadhani dari AirAsri.com yang sudi meluangkan masa membalas email saya dengan penerangan panjang lebar. Mungkin ada infomasi yang tidak boleh kita tulis secara terbuka di laman web yang hanya boleh dikongsi melalui email peribadi.
Menurut beliau , setakat kini hanya 5 buah DCA Approve Training Organization (ATO) di Malaysia iaitu: (mengikut susunan nombor pengiktirafan)
- UniKL MIAT (ATO/0001/08)
- METC (MAS) (ATO/0002/09)
- APR-ATC (ATO/0003/09)
- DILOG-ATC (ATO/0004/09)
- MATA Aviation (ATO/0005/10)
Saya sendiri menelefon Department of Civil Aviation Malaysia (Jabatan Penerbangan Awam Malaysia di talian 03 – 88714000 untuk mengesahkan maklumat ini.
Dalam kesemua tempat di atas, hanya Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) sahaja sebuah universiti kejuruteraan penerbangan yang melahirkan License Aircraft Engineer (LAE) dan pada masa yang sama mempunyai Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda yang tidak ditawarkan pada mana-mana ‘Aviation School’ yang lain.
Terdapat dua jenis Diploma di UniKL MIAT iaitu Diploma lama yang berlandaskan lesen LWTR dan Diploma baru untuk lesen DCAM Part-66.
Diploma baru mempunyai ‘Engineering Technology'(MQA) kerana MIAT adalah sebuah universiti iaitu UniKL MIAT, manakala yang lama adalah sebelum MIAT bergabung dengan UniKL.
Untuk kemasukan pelajar ke UniKL MIAT pada Januari 2011 lalu, UniKL MIAT menawarkan
3 Program Diploma
- Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance
- Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
- Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance
3 Program Sarjana Muda
- Bachelor of Aircraft Engineering Technology (Hons) – Mechanical
- Bachelor of Aviation Management (Hons)
- Bachelor of Aircraft Engineering Technology(Hons) – Avionic
Kepada anak² yang berminat untuk belajar dalam bidang Penyenggaraan Pesawat , baca maklumat yang anda perlu tahu di airasri.com
NOTA : SELEPAS MEMBUAT BEBERAPA KAJIAN, ANAK SAYA TIDAK MENGAMBIL KOS INI, BELIAU MENGAMBIL Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Data Communications Universiti Kuala Lumpur
masukla metc.
sbb lepas abeskan 3 taun solid untuk theory dlm kelas dan kene 2 taun praktikal,then terus boleh prepare untuk siapkan workschedule dgn assessment untuk basic license. metc ni training centre bawah MAS yg dikendalikan oleh Dilog punye syarikat ni. Benefit nye compared to miat,untuk dapatkan basic license tu dah ade guide,kire tak payah merangkak sndiri la,sbnrnye mcm spoonfeed tapi kene rajin berusaha la jugak bace buku sume tu, ala sume bende pon macam tu kan. Nak dapat basic license tu kene buat assessment kits,. Ia proses oral interview 1 to 1 between candidates dgn assessor. Untuk avionics, ade 47@48 tasks. Setiap satu task tu dah ade set soalan yg kite kene cari jwpn dulu sblm pegi. Tapi kene banyak bace la sbb biasenye assessor akan tanye bende yg takde dlm soalan. jadi kene tanye member yg dah pegi b4 tu. Dah completekan semua tasks tu.nti metc akan uruskan proses documentation untuk anta kat dca bagi dapatkan basic license. senangkan. tu je. dah ade basic license boleh apply mane2 company pun. time nak masuk company ni baru kite kene amek type kapal yg kite nak keje. kat situ kene tempuh satu lagi proses kelas, exam dan interview oleh QA company. Mas punye Qa interview quite harder tapi tulah,mmg kene rajin pasti boleh pass punye. biase company helicopter,airasia dll bayar lagi mahal compared to MAS. kat situ lain pulak ceritanya. Keje kat airasia memang keje giler2 punye,tak menang tgn,sbb tu mahal compared mas,byk relaks. Tapi murah2 Mas un,standard engineer,basic rm2600 tambah tecnical allowance dll dah rm4k, tu belom ot lagi. dan mas ni, jtuh macam mane pon kerajaan akan tolong jugak, utk long term punye keje,Mas company yg bagus. Tapi kalo berani,suke travel, pegi cari duit byk2 kat tmp lain, cari experience kat bumi Allah ni then masuk mas haha. Skrg yg ade basic license dah rmai,mungkin january2013 dah cecah 4ribu kot pasal taun lps dah 3 ribu lbey. Grab dis opportunity! InsyaAllah Allah akan tolong. 🙂
blog wowterbaik.com nie bukan aq punye ae.tapi mmber aq.aq letak coz aq xda website..alang2 promote la blog tu..haha..n then sapa2 yg minat n nak tau byk sal LAE nie..pi lah bukak flylah.com section engineers and groundcrew talk..byk yg korang boleh tahu dari situ..dari soalan semudah ABC sehingga soalan sesusah thesis PHD ada kat situ.rajin2 kan lah diri.trimas
Hi,
pada sesiapa yang mengambil bidang penyelenggaraan pesawat,semoga berjaya saya ucapkan.di sini aq ada sedikit maklumat yang aq boleh kongsi.mungkin sama sahaja dengan yang ada tetapi mungkin juga berguna.
aq mulakan dengan Unikl Miat.
Ok,tentang miat,xbanyak yang aq boleh cerita,aq xtahu byk tapi sbb awek aq kat miat so aq citela sket2.hehe.kat miat korg sume ambil diploma or degree or whatever yg based on modul2 exam tuk LAE nie lah.life memg sama mcm u,seronok lah.ok,exam yg dikendalikan oleh MIAT adalah exam tuk korang dpt dip or degree tuh,tp after that korang kene amek exam yg dikendalikan oleh DCA,haa tu paper DCA.itu cite theory lah..then tuk qualify korang tuk di issued kan buku merah tue,korang kenela OJT aq pun xtahula but aq pernah dgr at least 2 years or 2400Hrs gitula.but at miat,to be an LAE u must go by ur own..miat sediakan jalan so korang kenela jalan atas jalan tu..samada nak berlari or merangkak based on ur own..paham kan..
ok aq cite sal metc,dilog apr mata plak.
kat sini korang memg di train to be an LAE,life pun x lah free mcm kat miat.always busy dgn mcm2 task.kat sini pun hanya buat lisence sahaja.tapi,kat sini kalo korang amek TAME(trainee engineer) pun korang akan mula dengan english 3bulan kowt,well aviation kan mestila nak kene brush up english dulu.then korang proceed ke cat A,iaitu lisence technician(purple book)..then baru korang gi cat B(engineer phase/redbook).korang akan blaja la dlm 3tahun kat sini dan xdpt lagi lesen sebnarnye.nak dpt lesen merah korang akan OJT lah dalam 1.5 to blablabla..same je mcm miat,korg pilihla nak berlari ke nak merangkak.nak abes cpat kenela berlari ye dak,maksud aq perform very well.
ok yg aq cite kat nie adalah untuk dapat redbook atau nama lain lesen merah dan nama lain LWTR(Lisence without type rating)
dah ade lesen nie,tahniah la coz da ade lesen kan..bukan snang nak dpat.tapi ini hanyalah tiket korang tuk jadi engineer,means u r a pre engineer,u will work under authorised personnel and cant sign any type of aircraft yet.means korang xley certify aircraft tu tuk fly la.
ok aq cite type rating plak.
korang dah faham ae lesen merah tu DCA yg beri(kalau korang amek modul DCA la)..type rating plak,bukan DCA yg beri tapi QA office kat MRO.faham?…korang akan di train tuk type2 aircraft cntohnye B737-800,then bila dpt type nie,korang hanya bole sign tuk B737-800 only,nak sign laen jenis,kenela amek type yg laen.tapi bukan mudah,ade gak exam2 dan oral2 yg dikendalikan oleh QA office.byk tol exam kan..
orait,nie lagi satu aq nak cite,korg dapat passion nak jadi LAE mesti sbb nampk aircraft besa2 kan.korg kene igt,xsemua LAE adalah LAE tuk pesawat besa mcm b737,b747,a320 and laen2 lah..kalo korang keje airlines adela can nak wat those kinds of type rating.but it is not easy to get into airlines.tp jgn sedih.ade je tmpt laen mcm SAE,Airod tuh,haa ni cmpany MRO tp maintain pesawat2 besa juga(peluang cerah gak la)..and the last adalah LAE2 yg sign kapal2 kecik mcm kapal flying skul,flying klub haa mcm tue la..aq beritahu ni bukan sbb ape,sume org cita2 nak maintain kapal besa kan..aq pun same,tp x sume akan dpt pluang tu..mcm engineer kat skul aq nie,berlambak je ade buku merah tapi maintain kapal kecik mcm diamond tue.so after grad korang jgnla choosy ye nak maintain kapal ape pun,jgn risau..even maintain kapal kecik pun,gaji bolela tahan wlaupun xsebesa engineer kat airlines@MRO mcm SAE.selagi halal,its okla.ok cukupla,aq pun cuak korang xfaham ngan komen aq yg pnjg bebenor nie.kalo ade silap soryla,coz aq x amek engineering nie,aq just a part of aviation,aq slalu tgok la technician n engineer ni wat keje..pnuh dgn minyak tp syokla..
Ada kesilapan sedikit..
UniKL MIAT (ATO/0001/08)
METC (MAS) (ATO/0002/09)
APR-ATC (ATO/0003/09)
DILOG-ATC (ATO/0004/09)
MATA Aviation (ATO/0005/10)
METC dan Dilog adalah sama.. MAS adalah MAS sendiri.. MIAT mungkin universiti, tetapi pelajar perlu berusaha untuk menjadi LAE selepas habis belajar.. Kena collect work schedule dll.
Tq for the info.
uthm is not recognize under DCA.
SYARAT KEMASUKAN KE UNIKL MIAT BAGI LEPASAN SPM?
kak,uthm pun ada offer kos aeronautik untuk pilot and engineer..kalau akak datang LIMA nanti boleh r singgah booth kami =)
Dapat pergi interviu,tapi malas sebab da dapat apa yang saya nak dalam UPU.
wahh. beruntungnya anak akak. saya doakan keputusan yang cemerlang untuk spm dia. 😀
ariff kata, kalau boleh jangan datang rusia 🙁
belum…calon spm 2011
sedang mencari maklumat
anak akak da masuk miat ke?
semoga di permudahkan urusan….jika anak akak ni advance (bijak),masuk foundation rusia di miat, then boleh sambung belajar di rusia macam ariffshah tu…~
dulu mmg salah satu cita2 saya utk masuk dlm bidang penerbangan. pernah dpt interview pilot tp saya tolak atas alasan dah setahun buat persediaan utk ke luar negara.
sblm tu pon mmg teringin nk masuk MIAT bahagian penyelenggaraan ni. tp bila tgk Majalah 3 psl kehidupan engineer ni, mcm xde life plak. schedule mmg tight gile. huhu
Bagi saya pemilihan penganjian kejuruteraan perlu berhati-hati kerana apabila tamat pengajian belum tentu berpendapatan yang memuaskan.
Rata-rata majikan akan mengaji graduan kejuruteraan(secara am) yang fresh didalam linkungan RM1500 – RM1800 gaji. Belajar punyalah susah dengan subjek kejuruteraan tetapi tidak setimpal berbanding bidang pengajian lain. Sebagai contoh pekerja berkemahiran terdiri daripada berpendidikan kejuruteraan dan bahagian pentadbiran biasanya terdiri dari berpendidikan pentadbiran perniagaan dan akaun. Apabila bercakap masalah kejuruteraan pihak pentadbiran hanya melihat kos.
Kalau boleh cari pengajian yang mempunyai ciri-ciri kompeten kerana ia lebih digemari oleh majikan kerana gred atas kertas belum cukup lagi boleh menawan hati majikan.
kalaulah aku tak mengantuk dah tentu akau tak tulis “aku” jadi “aka”
Kalaulah kujie tulis entry ni masa aku tingkat 5, dah tentu aka jadi dereba kapalterbang….
Kalau ada rezeki,nnti kena panggil temuduga..familiar kn dgn pkataan2 avionics,Bernouli Principle..Insya Allah kalau dh kena intvw tu,pluang nk msuk tu mmg dh 80 prcent la..
kalau orang tua dulu2 mana ada nak carikan maklumat2 macam ni untuk anak dia sambung belajar.sekarang ni mak ayah pun dah terer pasal IT ni.boleh cari kat internet je 😀
owh…yeke.tapi saya dah study kat matrikulasi.
doakan saya kak jie supaya dapat result cemerlang.
saya nak jadi pilot suatu hari nanti
suami saya graduan MIAT… Alhamdulillah keputusan cemerlang dapat bekerja di sebuah company yang besar…
betul.. ini info paling penting sebelum memilih tempat untuk belajar
hehehehe… semalam Angah call, Kak Jie bagitau dia semua info ni dan cakap dah bookmark beberapa web untuk dia baca bila balik / lepas spm nanti.
hehehe……dia ckp ” wahhh….hebatnya mama” 😆
mama dia dah kembang macam telan ibu roti 😆
airasri.com ye? hehe. lupa lak nak suggest die haritu, die kawan nursyafiq (wootwoot)
ps: ni mak budak ke anak die yg nak sambung belajar ni? hahah
syarat kemasukkan tak menyebut tentang bentuk fizikal atau masalah mata. Anak Kak Jie juga bercermin mata 😆
Kak Jie cuma boleh komen untuk course ini sahaja kerana Kak Jie cari maklumat untuk bidang ini. Program lain Kak Jie tak boleh komen, tak adil untuk universiti lain.
Betul-betul, 5 tempat nilah yang menjamin untuk kerja di MAS, Terima kasih bagi info ini.
aviation sekarng adlah antara bidang yang paling luas belum diterokai…
lebih2 lagi dalam bidang maintenance kapal terbang….
UNIKL-Miat memang pilihan terbaik
salam kak. setahu saya unikl miat memang terbaik dlam maintenance kapal terbang..bukan sahaja miat, malah bnyak program bawah unikl, micet, bmi etc, coursenya memang kualiti.
Assalamualaikum,
Sokong dan setuju dengan pendapat Kak Jie. Bila minat, gunung pung sanggup daki. Paling utama, mereka ada matlamat dan tahu arah tuju. Kalau tanya pelajar U sekarang dengan soalan “apa awak cari dalam hidup ni?” semua ternganga kemudian jawab merapu meraban.
Bila tak dapat kerja menarik dah keluar U, silibus jugak yang disalahkan. Padahal…result tak cukup nak makan tidak dikaji semula 😉
Kak Jie call tadi, staff lelaki yang jawap…suara agak2 semacho orangnya kot..hehehe
Belajar mesti ada minat – itu yang penting. Budak2 muda kena belajar yang susah2.. berani menyahut cabaran..jgn lembik fikir nak hidup senang je… 😉
kita merancang, berusaha dan berdoa – selebihnya urusan Allah.
Perkongsian ini juga mungkin boleh membantu orang lain
typo..harap maaf kalau tidak difahami.
kak jie pun tatau kos ni…bila Angah mention baru kalut cari info
entri ini untuk lepasan SPM mencari ruang untuk melanjutkan pelajaran, bukan untuk level UPSR.
Abaikan entri ini…. 🙂
saya ni kalau x rabun nak sangat apply..tapi apa kan daya mata rabun semestinya kena reject nnti.
alamak tak paham lerr..hehehe
tq atas post yg penuh info
kwn sy dulu blajar di MATA
dh grad bulan 2 aritu 😛
Peluang pekerjaan yang besar. Ditambah lagi dengan Air Asia yang semakin expanding…Why not?
wife saya kerja kat DCA putrajaya tu..ehehe
bidang ni memang memerlukan ramai tenaga kerja..tak rugi kalau amik..
Aku adalah salah seorang penah belajar dalam Bachelor Aerospace Engineering….bidang nie bukan sesuatu yang senang…..susah seh!!! course yang amat mencabar minda….dalam Malaysia bidang nie masih baru lagi…di luar negara bidang nie adalah bidang yang amat penting terutama negara maju spt USA, UK, Russia, Jepun, France, Germany dan lain-lain lagi…..semoga anak kujie berjaya dalam bidang Aviation….
Maklumat yang menarik
Satu perkongsian yang menarik akak,tak ramai anak Melayu yang mahu mengikuti kursus nie. Bidang kejuruteraan AirCraf memang mencabar,semoga akak dan Angah dapat bersama-sama membuat keputusan yang bijak. Selamat Berjaya Angah. 😎
‘perguna’ tu maksud dia apa kak?
wah.. course yang menarik dan mencabar bagi saya.. semoga Angah berjaya dalam bidang yang diceburi.. 😀
kalau la masa zaman saya ada course ni,nak jugak try apply.ni umur dah lanjut,mata pun dah semakin menebal,takde harapan nak ikuti course macam ni :p