Belajar Kejuruteraan Penerbangan UniKL MIAT
Pengetahuan Am

Belajar Kejuruteraan Penerbangan UniKL MIAT

Entri ini adalah lanjutan dari entri terdahulu – untuk lebih memahami sila baca – Perlukan Maklumat Mengenai Aircraft Maintenance Engineering.

Saya menerima banyak feedback yang berguna dari pembaca blog. Ada yang menghantar email secara personal dan ramai juga yang berkongsi maklumat di ruangan komen. Entri seperti inilah yang memberi kepuasan kerana feedback yang diterima saling membantu bukan saja kepada diri saya tetapi kepada pengunjung lain yang mencari maklumat  yang sama.

Demi untuk masa depan Angah dan mempastikan dia memilih tempat yang sesuai dan berbaloi dari segi kos pengajian, tempoh pengajian juga masa depan selepas pengajian dalam bidang  Aircraft Maintenance Engineering , saya telah berhubung melalui telefon secara personal dengan 3 tempat yang menawarkan kursus tersebut untuk mendapatkan maklumat lengkap.

Saya perlu berterimakasih kepasa Saudara Asri Ramadhani dari AirAsri.com yang sudi meluangkan masa membalas email saya dengan penerangan panjang lebar.  Mungkin ada infomasi yang tidak boleh kita tulis secara terbuka di laman web yang hanya boleh dikongsi melalui email peribadi.

Menurut beliau , setakat kini hanya 5 buah  DCA Approve Training Organization (ATO) di Malaysia iaitu: (mengikut susunan nombor pengiktirafan)

  1. UniKL MIAT (ATO/0001/08)
  2. METC (MAS) (ATO/0002/09)
  3. APR-ATC (ATO/0003/09)
  4. DILOG-ATC (ATO/0004/09)
  5. MATA Aviation (ATO/0005/10)

Saya sendiri menelefon Department of Civil Aviation Malaysia (Jabatan Penerbangan Awam Malaysia di talian 03 – 88714000 untuk mengesahkan maklumat ini.

Dalam kesemua tempat di atas, hanya Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)   sahaja sebuah universiti kejuruteraan penerbangan yang melahirkan License Aircraft Engineer (LAE) dan pada masa yang sama mempunyai Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda yang tidak ditawarkan pada mana-mana ‘Aviation School’ yang lain.

Terdapat dua jenis Diploma di UniKL MIAT iaitu Diploma lama yang berlandaskan lesen LWTR dan Diploma baru untuk lesen DCAM Part-66.

Diploma baru mempunyai ‘Engineering Technology'(MQA) kerana MIAT adalah sebuah universiti iaitu UniKL MIAT, manakala yang lama adalah sebelum MIAT bergabung dengan UniKL.

Untuk kemasukan pelajar ke UniKL MIAT pada Januari 2011 lalu, UniKL MIAT menawarkan

3 Program Diploma

  1. Diploma of Engineering Technology in Avionics Maintenance
  2. Diploma of Engineering Technology in Helicopter Maintenance
  3. Diploma of Engineering Technology in Aeroplane Maintenance

3  Program Sarjana Muda

  1. Bachelor of Aircraft Engineering Technology (Hons) – Mechanical
  2. Bachelor of Aviation Management (Hons)
  3. Bachelor of Aircraft Engineering Technology(Hons) – Avionic

 

Kepada anak² yang berminat untuk belajar dalam bidang Penyenggaraan Pesawat , baca maklumat yang anda perlu tahu di airasri.com

 

NOTA :  SELEPAS MEMBUAT BEBERAPA KAJIAN, ANAK SAYA TIDAK MENGAMBIL KOS INI, BELIAU MENGAMBIL Bachelor of Engineering Technology (Hons.) in Data Communications Universiti Kuala Lumpur

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

58 thoughts on “Belajar Kejuruteraan Penerbangan UniKL MIAT

  1. Assalamualaikum, saya nak tanye lebih lanjut tentang Aviation Management … boleh email saya tak ..? ASAP

  2. salam…adik sy amik bidang elektrik di sekolah menengah teknik…adakah dia layak meneruskan pelajran dlm bidang penyenggaraan pesawat dan boleh terang detail mengenai cara permohonan, loan pengajian dan kelulusan spm yg melayakkan seseorang pelajar memohon jurusan terseb

  3. salam…adik sy amik bidang elektrik di sekolah menengah teknik…adakah dia layak meneruskan pelajran dlm bidang penyenggaraan pesawat dan boleh terang detail mengenai cara permohonan, loan pengajian dan kelulusan spm yg melayakkan seseorang pelajar memohon jurusan tersebut

  4. assalamualaikum ..
    saya ni minat nak jadi engineer dari kecil lagi . tapi yang jadi masalahnya saya tak tahu nak pilih jurusan apa .. nampak macam susah je silibus dalam bidang engineering.. saya ni bukan lar budak yang genius .. harap akak dapat berikan pandangan ..

    1. sy lepasan jurusan multimedia U Limkokwing(diploma) tapi agak berminat untuk menceburi bidang penyelenggaraan pesawat ,admin boleh terangkan schelude course die lebih kepada teori atau praktikel ,dan mcm mane dengan lecture adakah semuanya datang dari industri .@#%$%^& mohon bincangkan saudara kujie ^^ hohohooho sdak lgu tema blog ni …

Comments are closed.