Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013
Pengetahuan Am

Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013

EDIT :

 

 

 

keadaan terjerebu terkini
Ini keadaan jerebu terkini di depan rumah saya – Hulu Selangor pada jam 11 pagi 24 Jun 2013. Keadaannya lebih teruk berbanding semalam.

Senarai sekolah yang bercuti kerana jerebu, klik sini – Jerebu – Senarai Sekolah Yang Cuti 

Jerebu berlaku apabila kualiti udara tidak baik kerana terdapat partikel yang mencemar udara dengan menyerap sinaran matahari di atmospera. Sebab itulah jarak penglihatan menjadi kurang.

Untuk mengukur status tahap kualiti udara, ada indek yang digunakan yang dikenali sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index ( API ) atau Pollutant Standards Index ( PSI ).

IPU diukur bersadarkan kepada bahan pencemaran udara seperti bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

Kadar bacaan IPU dikategorikan nilainya kepada status kualiti udara yang memberi kesan kesihatan kepada manusia.

 

NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )

NILAI IPUKUALITI UDARADISKRIPSI
0 hingga 50Baik
51 – 100Sederhana
101 – 200Tidak sihatKumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300Sangat tidak sihatOrang ramai terjejas
Lebih daripada 300BahayaOrang ramai terjejas

sumber : www.myhealth.gov.my

Status Bacaan Indek Pencemaran Terkini

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013

NEGERIKAWASAN7:00AM11:00AM5:00PM
JohorMuar148132125
JohorLarkin Lama111107108
MelakaBukit Rambai260170150
MelakaBandaraya Melaka182141128
Negeri SembilanPort Dickson335292193
Negeri SembilanSeremban153169171
SelangorPetaling Jaya198193196
SelangorShah Alam157162171
SelangorPelabuhan Kelang296288319
SelangorBanting178180209
W.PersekutuanKuala Lumpur191198189
W. PersekutuanPutrajaya155152153
PahangKuantan198191147
TerengganuKemaman249253197
TerengganuPaka159158151
KelantanKota Bharu108114114
KedahAlot Setar636464
Pulau PinangSeberang Jaya797988
PerakTanjung Malim128137152
PerakSeri Manjung141148171
SabahKota Kinbalu767573
SarawakKuching707275

sumber : Jabatan Alam Sekitar

Jerebu akan memberi kesan kesiharan paling teruk kepada golongan yang berisiko tinggi, iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma dan bronkitis.

Untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, beberapa langkah boleh diikuti seperti

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air
  • Selalu membasuh tangan dan muka
  • Gunakan topeng pernafasan
Cumulative Hotspot Count Chart Malaysia
Maklumat Titik Panas  – Cumulative Hotspot Count for Semenanjung Malaysia sumber weather.gov.sg

Fenomena jerebu yang berterusan bukan saja memberi kesan kesihatan malah memberi impak negatif kepada industri pelancongan dan ekonomi.

semak indeks jerebu di telefon
App Android PSI Malaysia

Ikuti status semasa bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU di telefon ( Android ) – PSI Malaysia – Haze

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013

    1. Tak semua Perak cuti, hanya daerah Manjung dgn Perak Hilir..hari ni je. Esok sekolah kot sebab kebanyakkan tempat bacaan IPU semakin turun.

    1. dah…………carta tu hanya terdapat dalam weather.gov.sg < Singapura! meraban kak jie cari info, klik sana sini.sekarang ibubapa lagi pening dok cari info tentang sekolah buka atau tutup laman web /facebook kementerian tak ada info nak tel pejabat pendidikan negeri/daerah - bukan waktu pejabat Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bacaan IPU Jerebu TerkiniMy Profile

  1. Nampaknya kawasan johor dah berkurangan masalah Jerebu ni. Kalau minggu lepas mmg teruk sungguh. Rasanya jarak penglihatan tinggal 100-200 meter aje. Harapnya minggu ni hujan le. Dah tak tahan bau udara terbakar nie.
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..5 Perkara Bawa Wanita Ke SyurgaMy Profile

Comments are closed.