Kes Buli Siber Di Facebook
Panduan

Kes Buli Siber Di Facebook

Selamat berhujung minggu semua. Hujung minggu yang aman damai dengan cuaca redup dan gerimis.

Dengan keadaan cuaca yang sedap-sedap mata memandang ini saya ambil kesempatan untuk bersihkan halaman taman sekangkang anak kera. Merumput, mencantas pokok-pokok dan membuang sisa taman. Anak-anak pun semuanya ada di rumah.

Awal pagi tadi saya dah mula menjerit bila nampak Intan LIKE satu page ‘anti’ di Facebook.  Page facebook yang dicreate oleh seseorang dengan tujuan membuli seorang rakan sekelas Intan yang saya kenal. Membina satu page ‘anti’ di Facebook bertujuan memalukan dan mengaibkan seseorang boleh dikategorikan sebagai kes membuli siber.

Penggunaan teknologi telekomunikasi dan internet yang serba canggih boleh melampaui batasan sempadan fizikal hingga mengancam keselesaan dalam kehidupan seharian. Sentiasa wujud pihak yang mahu mengambil kesempatan menganiaya orang lain.

Saya pasti ibubapa admin yang membina page tersebut tidak tahu aktiviti anak mereka. Ibubapa mana yang mahu anak mereka secara sengaja menyakitkan hati orang lain?

Budak-budak sekarang, nak bergaduh pun makin canggih.  Kita sebagai ibubapa pun kena lebih canggih untuk berada satu tahap dari mereka.

Bila saya sedar ada aktiviti membuli siber terhadap kawan baik Intan, saya suruh Angah buatkan sesuatu. Mereka anak-anak yang tidak matang, kalau api disiram api , tentu lagi marak jadinya. Nak bagi nasihat secara baik belum tentu berkesan kerana tujuan dan niat dia bukannya untuk berbuat baik tetapi memang sengaja untuk menyakitkan rakan sekolah.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menghantar keratan akhbar mengenai kes-kes terdahulu yang menjadi rekod polis. Mungkin cara ini akan membuatkan admin fage tersebut menjadi takut untuk meneruskan aktivitinya.

contoh kes buli siber

Hater kena hate!

Angah post keratan akhbar mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap pembuli siber mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) supaya dia sedar ada undang-undang di Malaysia. Kemudian post mengenai kes pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara) yang dihadapkan di mahkamah juga kerana kes di Facebook.

Saya berharap cara ini berkesan untuk mengawal aktiviti membuli siber terhadap kawan Intan.

Kita tak boleh mengawal orang lain dari membenci dan memcreate ‘page anti’ , jadi beringatlah dengan kehidupan dalam talian .  Jangan keterlaluan menaikturun gambar peribadi.  Jaga pertuturan dan jangan bercakap lepas sehingga menyakitkan hati orang lain.

Mungkin saya tidak dapat mengawal dan mengetahui dengan sepenuhnya aktiviti anak-anak di dalam talian, tetapi saya sering menyemak ( stalker ) akaun facebook atau twitter mereka….. saya akan tegur apa yang tidak kena.    Kami juga akan bercakap dan berbincang mengenai isu-isu dalam talian.

 

Edit : 21/10/2012 –  page tersebut telah dipadam

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

13 thoughts on “Kes Buli Siber Di Facebook

  1. Sebagai orang tua kita sendiri harus tetap mengawasi anak2 baik di dunia nyata dan maya agar mereka tidak tersesat dijalan yang salah
    Tetap semangat buu…

  2. Fb ternyata dah dekat banget dengan kehidupan anak anda ni, semoga bisa memanfaatkannya dengan baik dan tidak terbujuk hal2 negatif..

  3. .. buli siber dari dulu memang dah ada. Mulanya berlaku di sekitar blog sahaja, sekarang dah merebak ke laman sosial

  4. bila buli telah di mileniumkan inilah hasilnya, bagus cara mama kujie pantau anak2.
    zaman anak saya nanti entah apalah yang popular waktu itu yg saya juga perlu bersedia dan ambil tahu.

  5. Macam-macam masalah timbul jika akses kepada teknologi diberi tanpa disertai dengan pendidikan. Mak bapak nak kena kena terangkan Terms of Use dan Disclaimer gitu…

  6. Dah jadi budaya dah create page ‘anti’ skrng ni.
    Jangan heran kenapa budak2 pun terikut-ikut kalau dah dah besar panjang pun dok create page ‘anti2’

Comments are closed.