Bosan dengan semua rutin hidup? Saya kerap melihat perkataan bosan ini ditulis di timeline Twitter. Mungkin sebab Twitter berguna untuk orang yang bosan sehingga melimpah ruah tweet yang membosankan. hihi…
Jangan biarkan rasa bosan itu menyerang rutin kehidupan, melakukan sesuatu yang berbeza supaya kehidupan lebih berwarna warni dan otak menjadi lebih cergas. Tukar mood anda sekarang.
Diambil daripada jurnal Health, Jumaat (14/8/2009), terdapat beberapa perkara kecil yang kita boleh lakukan untuk mengubah rutin hidup yang membosankan. Mari kita mulakan.
- Bertukar tangan
Gunakan tangan yang tidak dominan untuk melaksanakan aktiviti harian seperti memberus gigi atau mengklik tetikus pada komputer. Kalau biasa gunakan tangan kanan, cuba gunakan tangan kiri.
Ini adalah perubahan kecil yang akan mengaktifkan dan membangunkan saraf di dalam otak. Aktiviti ini akan memberi peluang kepada sel-sel otak untuk terus bekerja dan akan akan menajamkan memori dan juga memecahkan rutin harian.
- Gunakan perasaan
Cuba memakai baju dengan mata yang ditutup, makan malam tanpa komunikasi, tanpa ada perbualan atau perkataan, dan aktiviti-aktiviti lain tanpa menggunakan sebarang deria.
Dengan melakukan sesuatu tanpa menggunakan deria tetapi perasaan, kita akan merangsang lebih banyak saraf di dalam otak dan akan menjadi lebih kreatif.
- Cuba sesuatu yang baru
Tidak perlu untuk melakukan sesuatu yang besar dan rumit. Mencuba resipi baru juga sesuatu yang menarik.
Berfikir bahawa kita boleh melakukannya. Apabila kita mencuba kemahiran baru, otak akan membina sebuah litar baru dalam sistemnya.
Latihkan diri untuk melihat segalannya dari sudut yang positif, melihat perkara-perkara dalam kehidupan ini dari sisi cerah berbanding dengan sisi gelap.
Sebagai contoh, sekarang ini musim hujan, ramai yang mengalami tekanan kerana jemuran basah, tak dapat keluar, tersangkut dalam perjalanan ke tempat kerja jadi latihalah diri untuk menerima keadaan itu sebagai rutin hidup. Maukah kamu kalau bumi tidak mengalami hujan? Hujan itulah yang membentuk keseimbangan bumi untuk proses kehidupan isi alamnya.
Seseorang yang melihat perkara dengan lebih optimistik akan melalui semua halangan hidup. Believe.
Bosan dengan entri ini? Klik Kenangan Lalu dan cari sesuatu yang menarik…….. hiks! Selamat bercuti hujung minggu! Jangan bosan²
Apa2 kalau tidak dikerjakan dengan perasaaan dan sepenuh hati akan sangat berat dan bahkan bisa membebani
terima kasih atas saran2nya
Menambah hoby lain sepertinya juga bagus untuk menghapus kebosanan kita ni..
sebab yang kedua iaitu menggunakan perasaan…tertarik dengan kenyataan itu….
Mesti ada cara untuk menghiburkan hati kalau tidak kehidupan seharian menjadi bosan.
banyak benda leh buat. baca Quran pun ok apa..
maza fikir, maza perlu rangsang hobi baru.. huhuhu
tapi apa ek?
ahaks!
… saya pula jarang rasa boring, sebab setiap hari ada saja ‘misi’ dan matlamat perlu dicapai. No life.
Aha! tips yang berguna sekali. Kata kuncinya ialah MAHU. Diamana ada kemahuan di situ ada jalan.
selalu buat yg 2 & 3 shj. yg 1 tu pernah buat tapi tak cukup kesabaran, memang tak jd keje dibuatnya. huhu
sy suka tuka menulis guna tangan kanan ke tangan kiri bila rs bosan…hehe
kalau sungguh dah bosan sangat dyh pilih utk tidur hehe..
sungguh dah takde apa nak buat la…
Hurmmm…..idea yang sungguh menarik…. nak praktis jadi kidal la pulak….hehehehe