Saya dapat panggilan dari adik ipar yang anak pertamanya baru lepas SPM, jadi ini pengalaman pertama dia berurusan dengan UPU. Saya dah ada 2 kali ada pengalaman mengisi borang UPU, bolehlah berkongsi dengan adik beradik.
2 orang anak, 2 cara berbeza dan nampaknya tahun ini tak banyak perubahan cuma perubahan paling penting – boleh kemaskini tanpa had. Dulu kemaskini cuma 3 kali sahaja dan inilah yang banyak memberi masalah.
Payah nak terang melalui telefon , maklum adik saya di Pulau Pinang. Dia minta saya update blog dan tulis mengenai cara membuat permohonan UPU . nanti dia baca blog untuk panduan, katanya. Kalau nak diikutkan, saya ni dah berzaman tak udpate blog…macam dah menopause pun.
Entri ini khas untuk anak saudara saya Ku Mira – moga berjaya dalam permohonan…juga untuk anak-anak yang singgah mencari maklumat di blog ini.
Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf dibuka dari 19 Januari 2015 hingga 6 April 2015 jam 4.00 petang
Permohonan online UPU boleh dibuat bila-bila masa dari tarikh 19 Januari 2015 hingga jam 4 petang 6 April 2015.
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No.KP/MyKad sahaja.
Beli No Unik ID ( No Pin UPU ) di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ), ATM BSN atau perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan disiarkan.
Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :
- Kategori A RM15.60 : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA ,
- Kategori B RM15.60 : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf,Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi
Dah dapat No Unik ID UPU tu, klik ke Permohonan Online UPU , baca maklumat penting sebelum mengisi borang. Baca syarat permohonan, panduan memohon dan soalan lazim yang terdapat di situ.
Cara Isi Borang UPU Online SPM 2014
Klik sini -> Permohonan Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Primier Sesi Akademik 2015/2016
Masukkan butiran berikut (muka depan):
- Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
- Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
- Nombor Unik ID; yang dibeli awal-awal tadi di BSN
- Nama Ibu
- Kategori Permohonan; dan
- Kod Imej.
Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA
Kategori permohonan
- Kategori A – Pemohon menggunakan SPM 2014
- Kategori B – Pemohon Lepasan SPM tahun 2013 atau 2012
- Kategori C – Pemohon Lepasan SPM tahun 2011 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
- Kategori D
Pemohon menggunakan keputusan
SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau,
SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau,
SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
Isilah maklumat yang dikehendaki. Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT
- Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
- Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem dan maklumat keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
- Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan TIADA HAD bagi proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
Pmohon tidak perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C.
Kalau ada apa-apa pertanyaa, sila hubungi UPU di 03-88706767/6777
Nota : Baca manual yang disediakan dengan jelas – Panduan Isi Borang UPU Online
kenape saya punya keluar lain daripada gambar di atas. Dia suruh masukkan jenis permohonan dengan program pengajian sahaja. Tiada butang untuk langkah seterusnya walaupun dah isi kedua dua maklumat tersebut.
Assalamualaikum… macam mana nak save borang upu yg kita dah isi jadikan Adobe Reader? harap mmbantu
assalamualaikum.
boleh tak bagi tahu kenapa hanya ada ruangan keputusan akademik spm sahaja?bagaimana saya ingin menggunakan keputusan akademik stam bagi memohon pengajian islam.Adakah pemilihan di buat berdasarkan keputusan spm sahaja? atau ada kehilangan ruangan bagi keputusan stam dalam sistem permohonan online ini.
harap dapat memberi maklum balas secepat mungkin…sebab belum ada jawapan bagi masalah ini…sekian terima kasih
Bagaimana nak print selepas selesai mengisi borang permohonan ini?
salam.matrikulasi ada kaitan dengan asasi ke.kalau dpt matrik tak dapat asasi
matrik dan asasi berlaku dlm masa yang sama..dua perkara berbeza
permohonan pun berbeza
matrik mohon KPM, asasi kita mohon direct dengan universiti yang kita mahu dan selepas habis perlu teruskan pengajian di tempat yang sama
sijil asasi tu tak layak utk ke tempat lain ( melainkan dinyatakan sebaliknya )
salam nak tanya yg pasal kemaskini tue mmng semua peringkat kea x dea had, maksudnya spm, stpm dan stam semuanya blh kemaskini tanpa had kea? tq.
Jom terjah post menarik dari che nur amalina ..Ujian PISA 2015
Kenapa yee time sy kemaskini upu dekat pilihan program tuu hanya keluar pilihan 1&2 ? Tlg bantu sy 🙁
Assalamualaikum Kak, saya nak tanya, saya dah isi borang sampai page yang minta saya untuk isi bidang2 dan jenis2 course. Tapi, lepas selesai saya isi semua tu, tiada button ‘seterusnya’ etc untuk saya terus isi borang tersebut. Kenapa ya ?
Jom terjah post menarik dari Amir Syafiq ..Ujian PISA 2015
waalaikumsalam… cuba login semula
mgkn masalah capaian internet
Akak kenapa ramai cakap kemaskini boleh buat 3 kali, padahal saya kemaskini dah lebih dari 3 kali
dia orang tak update dengan maklumat terkini la tu…. lebih percaya message berantai kat Whatsapp dari orang tak kenal daripada dia percaya maklumat yang diupdate kat laman web rasmi.
Assalamualaikum,,nk tnya knpa sya x bleh nk kemaskini upu..padahal sya tlah memohon.tpy dya kta sya Blum memohon.. Apa yg sya bleh lakukan skrang?adakah sya perlu isi permohonan semula?
akk..knp sy x boleyh nk print sy punya maklumat kt borg yg sy dh kemaskini tu??permohonanberjaya dihantar..tp x leh nk print pulak..hurmmm…sy nk kna buat ap ea??
cuba guna browser IE ( Internet Explorer ) atau memang sistem ada masalah kot
kat page UPU-KPM ada notis gangguna rangkaian
saya dah cuba nak print tp saya x fhm still how to print the form out??
kalau saya print pada hari lain masih boleh ke??
saya nak kemaskini borang upu, tapi dye kata saya belum memohon. padahal saya sudah memohon. kemudian saya pergi laman permohonan untuk memohon lagi sekali, apabila saya tekan ‘seterusnya’ , dye kata saya telah memohon.
jadi, apa cara yang betul untuk kemaskini borang upu ?
terima kasih.
buka laman web ada msg mcm ni
Dimaklumkan bahawa terdapat sedikit gangguan rangkaian bagi calon-calon yang ingin mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA
Kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pemohon yang terlibat
Mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi
hari ni saya cuba kemaskini maklumat, tapi tak dapat buka pun laman web permohanan tu. dia kata, “sila tunggu, maklumat sedang disimpan” . Kenapa ya ?
server tengah sibuk sgt sekarang ni sebab result baru keluar, ramai yang login
mungkin boleh semak kemudian
saya dah isi semua kecuali kata laluan dan pengesahan kata laluan tetapi kenapa bila saya tekan seterusnya ada paparan ralat suruh letak kata laluan..bukan perlu pilih salah satu ke antara nama ibu dan kata laluan
kena letak dua dua…ada tanda * warna merah tu maksudnya wajib isi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ujian PISA 2015
Haa… result SPM pun dah keluar nih… kompem JEM aaa website UPU nih nnt…
Jom terjah post menarik dari SuperNifz ..Isteri Lebih Power Daripada Suami
Nk tanye klu mendpat resulf spm sekadar cukup makan dpat tak memohon belajar?
cuba ke Kolej Komuniti atau cuba Akademi Binaan Malaysia
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ujian PISA 2015
Trima ksih !
assalamualaikum , borang upu tahun nie memang
tak ada bahagian kokurikulum ke ??
Jom terjah post menarik dari Amira ..Ujian PISA 2015
assalamualaikum . sya nak bertanya , dalam borang upu tahun nie bhgian kokurikulum memang tak ade ke ?? sbb sya buka borang tu tp bhgian kokum x ade.
Jom terjah post menarik dari Amira ..Ujian PISA 2015
waalaikumsalam, cuba baca entri tu betul betul
saya tulis – Pmohon tidak perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C.
Terima kasih
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ujian PISA 2015
helo,
pin unik upu, kategori A, spm 2015 sja ke dpat beli? atau spm sbelum itu jga ble beli? hrap dpt bantu, sy confius skit. Thank Q…
spm 2015 belum kan….spm 2014 ke maksudnya
tak semestinya kategori A saja, kategori lain pun boleh beli
helo.. pin unik upu, kategori A, lepasan spm 2015 sja ke? atau lepasan spm sebelum tu jga bole beli? hrap ble bantu, sya confius… thank Q…
Maklumat yang sangat bagus, terima kasih kak
Jom terjah post menarik dari kedaibaru ..Jom Aktifkan Mykad
Assalamualaikum….sy nk tnya sket..nape wkto sy nk isi borang upu tak semua ipta ada sperti UTHM dan UNISZA..adakah ini kerana permohonan utk ipta trsebut blum dbuka lgi???
Untuk anak2 zaman la nih… semuanya di hujung jari ajer… Isi cecepat k adeq2.. jangan lepaskan peluang yang ada…
Jom terjah post menarik dari SuperNifz ..Kekal Bertenaga Walaupun Sibuk Seharian
Salam. Saya sempat isi bahagian biodata je, lepas tu saya tekan butang log out. Macam mana nak sambung isi balik? Log out tu kira dah submit ke apa? Tolong 🙁
wsalam
login semula, isi je mcm biasa
Kak , betul ke boleh kemaskini tanpa had ? Tak kan 3 kli je erk..
Jom terjah post menarik dari wan atikah ..Status Terkini Jalan Felda Aring – Tasik Kenyir FT 185
terbaik kak jie. banyak pertanyaan dari adik2 ni.
zaman saya dulu, mohon guna borang manual, lepas tu cek keputusan dekat upu hotline. memang syok gile bila dengar keputusan “Anda berjaya” tu..he he. memori..
Jom terjah post menarik dari ctfand ..Rumah Pakcik Di Kampung Terbakar..
Dulu isi borang manual ja, takde online camni. Semakin memudahkan calon.
Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Denggi Dan Rawatan Yang berkesan
KENAPA LEPAS KITA DAH CLICK SAH DAN HANTAR TP XKELUAR MANA2 UTK DICETAK PUN…NAK PRINT CAMANA NIII T_T
Assalamualaikum.. Nak tnya,sy lepasan stam. Smsa sy isi upu kat bhagian keputusan akademik tu,yg rsult spm tu dah mmg automatik ada dah d isi smua..Tp yg kat rsult stam tu just ada thn dan angka gliran je siap d isi. Rsult stam xde pla. Knp tu ek?
Assalamualaikum.. Nak tnya,sy lepasan stam. Smsa sy isi upu kat bhagian keputusan akademik tu,yg rsult spm tu dah mmg automatik ada dah d isi smua..Tp yg kat rsult stam tu just ada thn dan angka gliran je siap d isi. Rsult stam xde pla. Knp tu ek?
all the best adik-adik lepasan SPM/STPM dll. selamat melangkah kedunia baru.
Jom terjah post menarik dari Nazlin Decenza ..Blouse Cotton Labuh Zafira
Nampaknya dunia ICT semakin pesat dan banyak membantu khususnya para pelajar. Borang UPU online antara kemudahan yang disediakan. Tahniah buat semua pelajar.
Jom terjah post menarik dari Inspirasi Huda ..Aku Tanya Apa Khabar Promosi Shaklee Februari 2015
haa..
yang ni memang ramai gak budak-budak tak tahu rasanya.
Jom terjah post menarik dari hannan rifqi ..Pengalaman menghadapi Peperiksaan MUET
Semoga Berjaya dan dapat apa Ku Mira inginkan Amin 😀
Jom terjah post menarik dari Ani Haryani ..Perbezaan Ubat Dan Supplement
Rajin kak jie update maklumat camni. Untung adik-adik lepasan spm ni.
Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Testimoni Glucos Cut
terimakasih atas informasi nya, sangat bermanfaat sekali juga untuk orang lain yang bersangkutan
Jom terjah post menarik dari Taruna Psikologi ..Inilah Hebatnya Kekuatan Pikiran
adik yg taman ilmu ni ke kakjie?
Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie @ Nis Azmier ..Pindah rumah & komisen JDR lagi
markah koku direct dr kpm kan? mcm takde je ruangan soh isi…
Jom terjah post menarik dari haziroh ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
saya dah tulis kat atas tu
Pmohon tidak perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
Kak nk tnya kalau kita dh sah Dan hntr prmohonan tu dikira 1 kmskini dah ke
saya dah tulis kat atas tu
Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan TIADA HAD bagi proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
nk tanya klau sya trlupa tulis kod sekolah xpa ka?
boleh kemaskini lps result kan..
saya dah tulis kat entri tu :
Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan TIADA HAD bagi proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
dah hampir 12 tahun tak sebut UPU nie…hu3..semoga berjaya kepada semua adik-adik kita pilih yang tepat
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Malaysia Best Blog 2015
Itu lahnya, rase lamaaa sangat tak dengar 2 huruf tuh. Good Luck ya adik2…
Jom terjah post menarik dari SuperNifz ..Isteri Lebih Power Daripada Suami
Kak.. mcm mana isi upu ni sebelum keputusan keluar atau selepas spm keluar..??
bila bila masa dari tarikh 19 Jan – 6 April
keputusan tak perlu diisi sebab UPU akan dpt keputusan SPM direct dari KPM
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
Terima Kasih Kak Kujie… banyak sungguh info2 yang leh sayan dapat melalui blog akak nih… tqtqtq sesgt ya….
Jom terjah post menarik dari SuperNifz ..Memelihara Kulit kekal Remaja
harap-harap server tak sesak semasa calon-calon mendaftar di UPU online.
sekarang banyak urusan dijalankan secara online, mudah dan cepat.
Jom terjah post menarik dari Ikhwan Fahmi ..Kerja Kerajaan Sebagai Pembantu Tadbir
sebenarnya dari rekod yang diterima , pelbagai pertanyaan dari anak-anak
masih ramai yang tidak tahu mengisi borang online
mereka tidak mempunyai talian internet yang cukup utk membaca semua arahan atau mereka was-was dan perlu bertanya kepada pihak ketiga sedangkan dalam urusan online, tiada sesiapa yang boleh dirujuk
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
Di sini Mama Jie mengisi lompang2 utk anak2 lbih yakin mengisi borang UPU.
terima kasih kak jie! walaupun saya belum ada anak yg mengisi..paling tidak, dapat pencerahan jika ada yang bertanya =)
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jom Aktifkan Mykad | Contest SEO Jom Aktifkan Mykad
kak jie yang kena lebih membaca utk up to date sebab nak menjawap email anak-anak ni….he he he
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
Assalamualaikum, tumpang tanya. Kalau kita dah klik ‘SAH dan HANTAR’ tu kan, lepas dapat result, kalau nak kemaskini balik boleh ke tak?
Waalaikumsalam… saya tulis dgn bold dan warna merah part tu
Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan TIADA HAD bagi proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.
good info, kita yang dah tua ni jugak yg nak tolong anak muda isi borang…itu lah anak2 saya..
Jom terjah post menarik dari PCL ..Bukan cakap kosong ; mamaD .
sama lah….. dua dua anak yang dah lepas tu, mak dia juga yang google mencari info
dah siap bagitau je anak2 perlu buat apa
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cara Isi Borang UPU Online 2015
dah lama betul saya tinggalkan dunia universiti, so memang x ingat dah caranya, thanks diatas perkongsian ni
Jom terjah post menarik dari eBook Bisnes Online ..Review Ecommerce Hosting Plans EasyStore Malaysia
Terima kasih kerana sudi berkongsi 🙂
Jom terjah post menarik dari Zura ..Senarai Peserta Giveaway Lepas Exam
Kakjie..kategori D hanya mnawarkan upm shaja atau terdapat ganguan pada intrnet sy?
oooh acikkkk hebatnyeee
Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia Original ..Pastikan Vimax Malaysia Original 100% dari kami
Thank you for your information.
Jom terjah post menarik dari Muhammad Nizar ..Daftar Direct Backlink .GOV dan .EDU Dofollow Terbaru 2015