Akhirnya Raya Juga!

Akhirnya Raya Juga!

Assalamualaikum dan Salam Aidil Fitri. Akhirnya selepas menempuh perjalanan raya hampir 1020 KM, saya kembali ke rumah. Hari raya pertama saya berada di Baling, Kedah, hari raya kedua di Sabak Bernam dan hari ketiga kembali ke rumah di Serendah. Kami bergerak di waktu malam, lalulintas tiada masalah, lancar. Main dengan pet salah seorang cucu embah Pagi hari raya ketiga, ahli keluarga kami adakan perlawanan persahabatan futsal seawal jam 7 pagi.…

Kos Ditawarkan Di UniKL BMI Gombak

Kos Ditawarkan Di UniKL BMI Gombak

1 September 2013 nanti, Angah akan mendaftar secara rasmi di UniKL BMI Gombak untuk kos program Bachelor of Engineering Technology ( Hons.) in Data Communication selepas menghabiskan 1 tahun  FIST (Foundation in Science and Technology) di Kolej MARA Kuala Nerang. Sebenarnya dia telah pun mendaftar masuk ke UniKL BMI untuk latihan teknikal 8 minggu untuk program FIST ( semester akhir ) Mei lepas. Baca entri dan gambar UniKL BMI Gombak…

Duit Raya

Duit Raya

Saya tak pasti di tempat lain ada atau tidak tradisi memberi duit raya di masjid kepada kanak-kanak selepas solat Aidil Fitri. Ada tabung khas yang disediakan untuk menyumbang dan kemudiannya akan diagih-agihkan kepada kanak-kanak. Bezanya zaman saya kami dapat 20 sen atau paling mewah 50 sen. Zaman sekarang semua dapat seorang seringgit. Nota : saya tertinggal beg duit dan sampul raya… “mak long tak ada duit raya tahun ni…” di…

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar Walillahilhamdu Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah rahmat dan hidayat-Nya kita sekali lagi dapat bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434 Hijriah. Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya mewakili seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi blog kujie2.com. Semoga Allah menerima amalan-amalan kita di sepanjang bulan Ramadan…