Suara rindu

Anak² saya suka iklan ni,mungkin sebab mereka bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina, saya dapatkan video iklan ini dari blog Dina. Akhirnya……… semalam saya dapat bercakap dengan Along untuk pertama kalinya sejak dia di asrama. Luluh rasa hati, berbunga rasa bahagia bila dapat dengar suara…mungkin itulah rasa emak kat kampung tiap kali saya telefon. Jarak bukanlah penghalang, menjadi orang penting memang baik tetapi menjadi orang baik itu lebih penting! Edit…

140208

OD membebel merujuk kepada entri Heart Full Of Love Kawan… Aku sob sob bila baca entri mu Bukan aku nak ajak kau sob sob sama Tapi, kot ler kau boleh tolong belikan tisu paper Masa kau nak datang temankan aku yang tengah sob sob ini Kawan… Datangmu ke rumahku dengan lori ikan Buat sob sob ku bertambah kuat Bukan sahaja aku terharu dengan semangatmu Sehingga sanggup mencuri lori apek itu…

Jom Mengundi

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan. Jom kita belajar sikit tentang Pilihanraya di Malaysia. Elemen-elemen penting pilihan raya adalah:- * Bahagian Pilihan Raya* Pemilih* Calon* Proses Pilihan Raya Di Malaysia, seseorang itu layak untuk mendaftar jika dia: * warganegara Malaysia;* berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan;* seorang penduduk di…

Sekolah Menengah Teknik Sepang

Salam kawan² & pengunjung… kembali berblogging selepas bercuti dung dung ceng…!!! Maafkan saya kerana dalam minggu ini terlalu sibuk hingga mampu mengintai disebalik tirai blog tanpa sempat bersua kata. Saya cuma pemblog separuh masa, keutamaan saya tetap pada keluarga. Bila suami dan anak² bercuti , saya kembali menjadi seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Dunia saya bersama mereka bukan di dalam talian bermesra dengan Encik Streamyx atau Puan Blogger. Semalam saya…