Selamat bertugas cikgu

1.00 petang hari pertama sesi persekolahan.  Di kantin sebuah SJK(c) saya melihat seorang ibu muda yang pada anggapan saya pertama kali menghantar anak Tahun 1. ( Memandangkan tahun-tahun terdahulu murid Melayu berapa kerat saja, saya mengenali ibubapa mereka ) Rasa diri  lebih tua senior, saya menghulur tangan bersalam . ” Anak tahun berapa?” ” Saya guru kat sini” ” Oh..cikgu baru berpindah ye ”

Berdoalah untuk Palestin

Kredit gambar : Kosmo Saya tidak terfikir akan melihat gambar seperti ini di akhbar . Kanak-kanak ini seusia anak gadis saya. Hari demi hari Palestin dibanjiri darah, air mata tangisan ibu yang kehilangan anak dan tangisan anak yang kehilangan ibu bapa. Kita mungkin tidak berkemampuan seperti penyumbang misteri yang menderma AS$6.7juta ini, tetapi bagi kita yang tak mampu untuk menjadi tentera, mengangkat senjata marilah kita berdoa agar Allah memberi bantuan…

Laksa dari Penang, mee dari Bandung Muar

mee bandung muar Menu petang tadi – Mee Bandung Muar. Pergi Bandung hari tu, cari tak jumpa. Tengah bersilat di dapur, Angah menjenguk, ” mama masak ape tu…bau macam laksa” Sadis sungguh anak bujangku , laksa dari Penang, mee dari Bandung Muar.  Jauh sangat bau dan rasa. ehhh…apasal ramai yang basah keyboard tu? lap cepat!

Tuhan tolonglah ku cinta dia

assalamualaikum…. saya ingin meminta nasihat daripada kak (kalu tak keberatan) sebagai seorang wanita, isteri dan ibu… sebelum ni ada minta nasihat daripada kawan-kawan, tetapi daripada view org lelaki, jadi saya nakminta pandangan dan pendapat kak… saya ni seorang yang memang pemalu, kurang bercakap, lebih2 lagi kalu dengan perempuan. memang fail..setakat tegur biasa-biasa tu bole lagi la, setakat hal-hal kerja boleh, tapi cerita2 lain tak reti…biasanya pun kalu bercerita dengan orang…