assalamualaikum….saya ingin meminta nasihat daripada kak (kalu tak keberatan) sebagai seorang wanita, isteri dan ibu… sebelum ni ada minta nasihat daripada kawan-kawan, tetapi daripada view org lelaki, jadi saya nakminta pandangan dan pendapat kak…saya ni seorang yang memang pemalu, kurang bercakap, lebih2 lagi kalu dengan perempuan. memang fail..setakat tegur biasa-biasa tu bole lagi la, setakat hal-hal kerja boleh, tapi cerita2 lain tak reti…biasanya pun kalu bercerita dengan orang perempuan yang dah berkahwin, ok lagi, sebab saya rasa selamat, tak perlu risau apa2 hal…
saya rasa saya ni seorang yang takut atau rimas kalau terlalu rapat dengan orang… kawan2 pun camtu, tak tau kenapa…ok, itu serba sedikit tentang background saya, sekarang tentang masalah saya…
saya rasa saya ni pemilih kak, selektif…. kadang2 menyesal juga sebab saya tak boleh nak masuk je dengan sesiapa untuk berkawan, maknanya bukan seorang yang peramah la…
begitu juga halnya kalau saya nak berkawan dengan seorang perempuan yang saya rasa nak kenal lebih, masalahnya, bila saya nak kenal, bersungguh-sungguh saya nak kenal dia, tapi bila nampak macam tak boleh pergi, saya terburu-buru buat keputusan tinggalkan dia…
baru2 ni saya baru putuskan perkenalan dengan seorang perempuan yang saya kenal dalam 3 bulan… sekarang ni rasa menyesal betul, sebab dia memang baik….kenapa kak… kalau sudi bagilah pandangan kak @ nasihat pada saya, terima kasih…kalau kak tak berapa jelas, saya bole terangkan lagi…
MN
Sebenarnya lelaki tidak perlu memikirkan kalimat yang serius atau berat untuk diungkap sebagai bahan bicara, cukuplah dengan memulakan dengan bahan bualan ringan yang tak perlu memerah otak untuk menjawabnya.
Sifat pemalu itu bagus tapi biar kena pada tempatnya. Tetapi jangan jadi sampai tak tahu malu. Jika selama ini, agak pendiam cuba-cuba belajar senyum dan menegur orang lain dahulu.
Jangan bersikap terlalu cerewet. Cuba berkawan seramai mungkin untuk mengenal hati budi seseorang.
Lupakan kisah silam. Jika pernah dikecewakan sebelum ini, itu tidak bermaksud perkara tersebut akan berulang. Jika sentiasa menyimpan dendam, itu hanya menutup peluang untuk diri sendiri.
Memanglah no body perfect. Tetapi cuba kikis perlahan-lahan sikap negatif jika ada.
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya. Jangan tergopoh gapah untuk menjalinkan hubungan secara serius . Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta dan sayang.. Nampak macam penipu je kan…?
Jadi diri sendiri, jangan hipokrit! Tidak berahsia tentang pengenalan diri,tempat tinggal dan nombor telefon agar hubungan tidak berakhir di situ sahaja. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
©Kujie ~ kawan-kawan dan pengunjung, sudilah menurunkan ilmu dan kepakaran anda untuk menolong MN. Tak baik tau nk soroksorok ilmu dan petua
😉 terus terang aku ckp, aku seorg yg pemalu dgn wanita yang aku syg. belum smpt aku ungkapkan kata2 aku padanya. dye sudah tawar hati dgn aku. sedey juga.
pada aku dia lah orang yg aku syg xpy apakn daya takdir tlah menentukan bahawa hubungan aku dgn si dia
tiada jodoh.
aku redha dengan ketentuan jodoh yg telah ditetapkn
Yang Maha Esa untuk jodohku.
luahan dari seorang insan yang amat sayang pada
si dia.
~Mr.A~
kalau betul rasa perempuan tu baik..kenapa tinggalkan???tak salah memilih..yang salah..bila memilih dengan mata kasar..bukan mata hati..bila dah kehilangan baru rasa menyesal..tapi,tak salah minta maaf..dan nyatakan yang sebenar..
huhuhu..mcm cik sri tak? 😆
izzahs last blog post..Aku merinduimu…ting!tong!
lom jumpa org yg btol kot..
x pun jenis yg x percaya pada org len..
agak x leh pegi je..terus tinggal???
kalu camtu smpai bila..
hishh…kesian org yg kene tinggal tu..
hi hi bye bye semedang..
Wah.. baguslah kak jie.. ingat nanti bolehlah.. tulis surat pada kak jie juga.. cuma bukan surat cintalaa.. 🙂
nuaemans last blog post..Esok 10 Muharram kan..? Jom Puasa..
@nuaeman, surat hutang ade ke?
he he he
To nizam/jek.
(Men Are From Mars, Women Are From Venus)
Teringat yg buku ni ada tersusun kemas di rak.
tapi belum sempat pun nak baca betul2.. lepas ni mmg kena telaah buku tu..
buat Pn.Kujie, saya pun minat mengikuti blog saifulislam.com. Entry beliau sungguh bermotivasi dan membina minda..
p/s MN kena berfikiran positif terhadap ppn tu.. dia kena bagi ruang utk diri dia dan juga ppn tu.
@MM, terimakasih..sy juga pembaca blog saifulislam.com
ehem ehem errr errr … ish ish ish, tiba2 jadi kelu :D. Baca2 dah lah heheee
@iza, terkena batang idung sendiri ke…lama tak nmpk..bz ke?
line tenet kak jie down teruk…kadang2 nk reply msg pun berejam 🙁
yg tak pemalu dan peramah sgt2 pun kdg2 susah nk dapat jodoh…
pemalu bukan sebab utama, tp mungkin persepsi diri…
saye ngaku, mmg tak pernah bercinta…cume pernah ade perasaan dgn org kite suke tgk, suke nak berborak, suke berkongsi…etc…
kdg2 saye mcm nk biar je cinta tu dtg dgn sendiri, melalui perkenalan sesama kawan2, bile dah mesra..automatis cinta tu dtg…haha
akak dah amik alih cik suri ke?? 😆
ChekguBHs last blog post..W910i : A Reward for Myself…
@ChekguBH, apa2 pun selalunya org suruh kita berpada-pada..sedang2 gitu
tak aihhh….ada org yg sudi bertanya..mencurah perasaan
Salam kak jie…
Lama su tak tinggalkan komen kat sini, walaupun mmg jengok, paling tidak selang 2-3 hari.
Segan nak tinggalkan pandangan ttg masalah MN, sbb su bukan Cik Sri Siantan, tapi su menyahut seruan kak jie untuk berkongsi pandangan.
Buat MN,
Sifat malu memang seharusnya ada dlm diri kita sbb malu itulah yang menjaga perlakuan agar tidak keterlaluan. Jangan dikikis perasaan malu itu, kerana itu anugerah Tuhan. (tetiba terfikir, saya ni ada anugerah tu ke tak? huhu)
Setiap kali ada perasaan suka pada seorang perempuan, dan ada niat untuk menjalinkan hubungan yg lebih rapat, ada beberapa amalan yg anda boleh lakukan.
1. Amalkan membaca surah Al-Insyirah slps solat dan sblm berdoa. Sedikit terjemahan Ayat 5-8 “…. ~5~ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, ~6~(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. ~7~ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), ~8~ Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”
2. Berzikirlah dgn nama Allah Al-Waduud iaitu Yang Maha Menguasai cinta. Niatkan agar Allah berikan perasaan cinta dlm diri, andai jodoh harapan hati, orang yg diminati, baik utk dunia dan akhirat.
3. Dan sebaiknya dlm masa yg sama buatlah solat istikharah, mohon agar Allah berilah petunjuk. Adalah dia yang diminati baik untuk diri anda atau sebaliknya. Saya teringat kata-kata Dr Fadhilah Kamsah. Antaranya dia menyebut; “Berdoa dan mintalah petunjuk Allah untuk setiap pilihan (jodoh), kerana dia yang kita sukai itu walaupun baik, tapi mungkin bukan baik buat diri kita.”
Wallahualam.
suaras last blog post..Penyakit misteri: Sihirkah puncanya? (Kisah 3)
@suara, terimakasih su atas info berguna yg panjang lebar, semoga diapat dikongsi bersama
Malu tu biarlah bertempat. Tunjukkan laa kejantanan anda. Tapi jangan terlalu ego pulak. Kalau nak senang di dekati, try to be easy. Senang2 kan diri anda berbual dan bercampur dengan orang. Jangan memilih sangat kawan. Tak ke mana pun kita. Jujur dalam persahatan insyallah persahabatan tu di balas dengan baik juga.
chuckiesds last blog post..9 Tahun dah dapat Microsoft Professional Certificate.
@chuckiesd, 😆 terimakasih ye
Aduhai… cam tu punya lelaki pun ada ke?
Nasihat aku, pergi cari kawan lelaki yg betul2 dulu. Cari geng yang ok sikit. Berkawan dgn geng lelaki yang sedikit sosial Rasanya nanti mesti akan terhakis rasa ‘gementar’ depan pompuan.
Doods last blog post..Kekejaman di Palestine
@Dood, manusiakan berbagai2..kita tak jangkankan seperti kita….
saya ni pandai nak nasihat orang, lagipun takut org kata saya bizibodi (saya shy-shy cat juga, hahaha), tapi kalau lelaki pemalu gitu, mungkin sesuai mintak parents buat arrange marriage ler. who knows? mungkin bertepatan plaks, ek? 😀
Mak Sus last blog post..Tuan itu ADA
@Mak Su, selalunya pilihan keluarga, kita terima dgn redha , berusaha membina jambatan yg ada……..bahagia , kan
kena baca buku, “men are from mars, women are from venus.”
nizam/jeks last blog post..Kata-kata mengundang maki
@nizam/jek, pinjam , boleh?
mkananya dah terbekenan la tuh. kalau tak… takde la pk utk kali ke dua. pasnie cuba la cari peluang kali ke dua tuh.
🙂 🙂
Zanas last blog post..Saudara SeIslamku….
@Zana, berusaha kan zana…baru bertawakal
Petua dari den…
dolu2 den memang pemalu… nampak pompuan jo, muko den merah,
tapi entah macam manolah satu hari tu, kek raso nak berbini bonar agak eah! Tibo2 berani lak …
hahahahah
@maza, bila dah sampai masa ‘gatal’ tu dtg ye…hehehe 😛
Tumpang baca reply Kak Jie kpd MN…
🙂
intans last blog post..Hari Pertama Persekolahan 2009
@intan, 😆 tak pandai pun intan
Er.. nak bagi nasihat lebih2 tak layak la pulak. Cuma, semuanya bergantung kepada diri sendiri dan rezki dariNYA. Ekceli, jadi lelaki kene berani kan, kan, kan baru macho … Heheheeee…
DeeNs last blog post..aLa MeTRo FuLuS I
@DeeN, kalau dah diputuskan, itu pilihan hati…kena berani utk ambil langkah seterusnya…
hi akak jie ittewww.. chinta tak semestinyer bersatewwww.. kannns
@en_me, betullllllllll 😆
pada saya pula cinta yang sebenar datang dari hati..kalo betul dia dah bekenan/jatuh cinta ngan mana2 gadis – yang mana hadir dari pemerhatian dan kata hati; maka x perlu petua atau any special skill..kalo dah nak/suka pandai lah dia…
unless ni kalo kes..’macam suka je’/ ‘awek ni ok kut’
my 2 cent comment 🙂
muadzlifes last blog post..Adik2 Saya
@muadzlife, kadang2 suka bagai nak rak pun..kalo mmg bukan utk dia….tak jadi juga kan
teman rasa, MN ni selalu sangat dengar lagu Dato’ SM Salim…Apa nak jadi…ataupun lagu Ali Mamak…Apa dah jadi…kelakar tu kelakar gak, tapi kengkadang, kalu jodoh takda, apa nak di kato…coba lagi… susah sangat, tgk mana yg berkenan, suruh org tua pinangkan..haaa dah kawen, bercinta la puas2…
@U.N.C.L.E, ….. kadang2 dia rasa diri tak mcm org..tapi sebenarnya org lain tgok dah elok dah…
manusia mcm tu la uncle…
uncle..ari tu g Ipoh tapi tak cari uncle pun…rasa mcm tak sempat lama2..tu yg tak roger2 tu
adeh. mulanya diya ingatkan “surat” tu dari seorang perempuan yang dah berkeluarga. hihi. silap paham pulak.
diya tak nampak point dia yang kata terburu2 tinggalkan perempuan tu. memang terburu2 ke atau dia ada reason yang kukuh? diya bet ni mesti berkait dengan ego. laki ni, kalau yang ego, ya Rabbi … sabar jelah.
huhu, diya pun tak reti ngat bab2 gini ma =p
diyas last blog post..D243 : Banglo Mewah Tiger Woods
@diya, tapi bila nampak macam tak boleh pergi, saya terburu-buru buat keputusan tinggalkan dia…
tu ayat dia…
😆 kak jie, ni dah leh bukak ruangan curahan perasaan dah nih…
kims last blog post..It’s not too late to wish all of you Happy New Year!!
@kim, kadang2 minta pendapat org yg kita tak kenal, dah org tak kenal kita, best juga
saya tak reti la bab2 gini.. huhuhu~~~
nikillass last blog post..For MENS Only..
@nikillas, ele…tak nak ngaku…sebenarnya dia le boye penang 😆
tokleh share pendapat la pasal dia mintak pandangan kak jie ekekkeke…
Ajipps last blog post..Abil Dalam Kenangan…
@Ajipp, lama tak nampak ajipp
Err.. apapun biarlah ia dimulakan dengan persahabatan yang ikhlas. Dari situ lambat-laun secara tersendiri ia akan fasa seterusnya..
@Pok-Kam, tak boleh lompat kelas kan…
Tak faham, macam mana “perkenalan” boleh putus.
kalau “perkenalan” itu tidak berbentuk bejanji untuk kahwin, maka ianya kira 0.
Jadi dari 0 ke 0 .
@Hasbullah Pit, perkenalan utk menjadikan 1+1= 3
a’ahlah tijah..kalah cik sri siantan nih!!Anyway..mmg betul apa pendapat k.jie tu..
Pokok pangkalnya hati..tak perlu lari dari rindu kalau perasaan sayang dah berputik di hati. Sememangnya hati memerlukan cinta dan kasih sayang. Gunakanlah cinta untuk membina bahagia kerana kemuncak ketenangan ialah hati yang BAHAGIA!! 😀
lari topik ke nih??Bukan pe..bagi linda kalau matlamatnya BAHAGIA..InsyaAllah yang sukar menjadi mudah..kerisauan menjadi ketenangan, lidah yang kelu menjadi mudah untuk berbicara..hehe
Lindas last blog post..SATU kisah…SERIBU pengajaran!!!!
@Linda, biar proses berjalan secara perlahan dan teratur atau mungkin belum bertemu insan yang betul..kadang2 apa yg kita rancang kita plan tak menjadi..alih2…bila bertemu -ngam pula
MN tu masalah dia bukannya dia tak pandai berkata2 cuma terburu2 je kalau dia ingat orang tak minat. Cuba lah lama sikit. Selagi perempuan tu belum kata tak nak, maknanya ada peluang lah tu. Saya dulu orang kata tak nak pun still kejar. Ini pulak yang nak…
kruel74s last blog post..Favourite shirt
@kruel74, never give up! dengar tu…kejar jgn tak kejar..
wuish k.jie. cam cik sri siantan hah!
hehehe!!
@tijah, sebenarnya mmg selalu dpt email/privite message yang mcm gini…
aku pun pemalu amat kak. aku tak pandai ngorat. tp kawen le juga. sungguh kak jie. err.. bkn tak nak turun ilmu, tp sendiri pun tadek ilmu. ikut je le petua kak jie. hehe
@cikgu jawe, bertemu dgn org yang betul..hehehe
erk..cikgu dah beli tudung utk wife?