Peribadi

Selamat bertugas cikgu

1.00 petang hari pertama sesi persekolahan.  Di kantin sebuah SJK(c) saya melihat seorang ibu muda yang pada anggapan saya pertama kali menghantar anak Tahun 1.

( Memandangkan tahun-tahun terdahulu murid Melayu berapa kerat saja, saya mengenali ibubapa mereka )

Rasa diri  lebih tua senior, saya menghulur tangan bersalam .

” Anak tahun berapa?”

” Saya guru kat sini”

” Oh..cikgu baru berpindah ye ”

( Memandangkan saya ke sekolah sama banyak harinya dengan anak dan guru sekolah, saya mengenali guru-guru sekolah tersebut.  Yang istimewanya sekolah ini, kalaulah 10 kali datang, 8 kali sudah pasti melihat Guru Besarnya melilau ( kelitin ) dengan rotan…he he he  betul² macam Puan Yu dalam Kampung Boy )

” Dari mana dulu”

” Sekolah kebangsaan ”

p/s – Hanya 0.5 KM dari SJK (c)

” Saya bertukar sebab anak saya masuk Tahun 1 di sini, susah pula dia nanti nak makan ”

( Owh….  saya tidak pernah melihat ibubapa Melayu lain  berkhemah depan sekolah untuk bagi makan anak-anak mereka  )

” Anak -anak kami tiada masalah cikgu, pagi bawa bekal, tenghari ibubapa datang hantar nasi ”

p/s – KAMI – kerana waktu itu seorang lagi ibu datang merapati saya.

” Tiap hari kami hantar nasi waktu rehat tengahari sebab murid Tahun 3 hingga Tahun 6 balik 3.30 petang”

” Pukul 2 petang, kan?”

” Pukul 3.30, cikgu ”

” Saya rasa pukul 2″ sambil membelek jam di tangan.

” Dari hari Isnin hari pertama sekolah sehinggalah hari Khamis hari terakhir sekolah ,kelas berakhir sampai 3.30 , cikgu .  Hari Jumaat saja balik 1.30, itu pun murid Tahun 6 tetap balik 3.30 ”

Air mukanya masih tidak berpuashati dengan penerangan saya.  Cepat-cepar saya minta diri .

NOTA : Sepanjang berkomunikasi, tiada segaris senyum pun disedekahkan untuk saya.  Selamat bertugas di sekolah baru cikgu, suasana baru, jadual baru dan persekitaran yang baru dan semoga cikgu cepat menyesuaikan diri.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

48 thoughts on “Selamat bertugas cikgu

  1. mungkin cikgu tu tension… lum mampu sesuaikan diri… teringat masa adik nur mula2 posting … pastu ditempatkan di sekolah tamil… 6 bulan muka nya tak pernah senyum… masam n kelat je muka nya…. :mrgreen:

  2. kesian cikgu tu..
    mungkin dia lom dapat abis bt homework pasal sekolah tu..ingat student je kene bt homework??huhuhu..mama heppy holiday…kirim bunga rose bley?? hehehhe..

  3. Erm salam kembali 😉
    takdelah Pn Kujie.. pada saya masing2 ada skill mereka yg tersendiri, jadi masing2 akan memberi idea mengikut kepakaran atau bidang yg ada.. Blog Pn ni pun tidak kurang hebatnya.Tp mmg hsbd and wife tu dua-dua hebat kan? ustaz dan doktor. dua bidang yg cukup jauh berbeza ttp di sulami dgn keserasian yg baik (“,)

    p/s – bagaimana cara sy nak menghubungi Pn Kujie? mkgn boleh saya dptkan alamat email? (selain menggunakan link yg diberi..) sekadar bertanya.

    1. @MM, bahagian atas blog ini ada Hubungi Saya, klik dan hantar email . Terimakasih MM dari Selatan Semenanjung 😆

      Terimakasih juga kerana luangkan masa 1jam 44 minit dengan 20 actions di blog peribadi saya yang tak seberapa ini.

      * Saya hanyalah suri rumah sepenuh masa, blog ini tidak mungkin menepati piawaian tinggi yang diletakkan.

  4. Salam Pn. Kujie,

    sekadar membaca entry blog dan komen2 hari ni dan memerhati sambil membuat tafsiran sendiri 😉 semua orang ada pandangan masing-masing tp di harapnya selalu didorong fikiran itu ke arah yg positif..

    p/s-selain Saifulislam.com saya pun selalu view blog zaujah ustaz Hasrizal, ummusaif.com. Bagus entry yg ditulis terutama ttg isu kesihatan.

    Yup Selamat Bertugas utk cikgu2 😉

    1. @MM, Terimakasih kerana memberi link yang hebat2 itu di sini….. saya cuma membaca blog tersebut. Tidak dinafikan mereka adalah blogawan yang menulis dengan baik..tidakllah seperti saya..hihi…macam karangan murid Tahun 4.

  5. untung gak anak2 kujie…d bekal..ms lady D bljr kat srjk(c) dulu,org tua keje,x ms nak anta bekal so djh 1-6 dok mkn roti & kek yg dijual d kantin jela…

    lady Ds last blog post..HAPPY BIRTHDAY to somebody special – 07.01.09

    1. @lady D, kadang2 anak2 cuma beli air mineral saja
      sebab tu selalu bawa nasi lebih, dia boleh kongsi dengan kawan2 lain yang ibu berkerja…. anak2 tu macam anak2 kita juga

    1. @arnamee, Salam arnamee,

      Kalau sebagai ibu yg mengajar dgn anak kat sekolah yg sama pun boleh risau/ tensen mcm tu…..perasaan ibu lain yang tinggalkan anak2 kat sekolah laggiiiiiilah…

      selalunya utk anak tahun 1 lah.. 😆

    1. @arin, Intan tu dah Thn 4, kak jie berulang alik ke sekolah cina dah lebih 10 tahun..sejak Along lagi.

      Kalau kat bilik guru, sunyi sepi….huhuhu..tak de gossip2…. sepupu kak jie juga mengajar di sjk(c) tapi bukan di sini…di Seremban

      1. Di sjkc tak ada gossip? Dia orang punya gossip lagi hebat, pasal negara, pasal bangsa, pasal ramai anak melayu masuk skeolah cina, pasal anak cina tak ramai dapat biasiswa dan macam2 lagi. Sekolah kebangsaan abis kuat gossip pasal artis kawin lari heh-heh. Pada pandangan saya, sjkc, sjkt, sk sama saja. Semuanya menuju kepada kecemerlangan pendidikan. Karenah guru tu biasalah. Mereka bukan robot, kerja macam orang gila tanpa tengok dunia. Kena jugak lepas tension. Murid sekarang ni sukar di ramal. Termasuk ibu bapa mereka yang terlebih belajar agaknya. Sekadar pandangan.

  6. macam sombong aje gayanya.. tapi berfikiran positif, mungkin dia tengah sakit perut kot.. kak Jie nak berborak sedangkan dia nak gi toilet hehehehe…

    adik neeza pun hantar anak sekolah cina. Hari2 dia hantar bekal untuk anak dia..

    Neezas last blog post..Gain knowledge while munching

    1. @Neeza, he he he…. positif neeza tu ingat kat perut je…

      waktu persekolahan di sjk(c) tak sama…masuk 7.15 kena beratur kat penghipunan bersenam robit….cikgu dan murid2 semua kena.

      Rehat tenghari, kemudian sambut kelas tusyen PIBG sampai 3.30ptg. Ada kelas komputar 1 jam seminggu yang di ajar oleh pengajar dari luar.

  7. Isk, mengalahkan anak murid stress nak masuk sekolah baru jek. Hehe … Dulu kalo zaman saya jadik student, memang cikgu2 yg pe’el camtuh dah saya ‘pangkah’ awal2. Hua hua hua.. nakal kan saya? .. :mrgreen:

    DeeNs last blog post..aLa MeTRo FuLuS I

    1. @DeeN, Urusan dia dengan murid2 kak jie tak ambil kisah, mereka guru2 pergi belajar tinggi2 3 tahun peringkat diploma untuk mengajar, tentu mereka ada kepakaran berhubung dgn murid2 tetapi bila urusan dengan orang dewasa, jangan samakan……. berbeza mengajar dalam kelas dengan bergaul dengan masyarakat.

      Sebenarnya bukan guru saja, sesiapa pun… kerani pejabat pos ke, kerani kaunter bank ke…sapa2 je la..baca entri ini dengan berlapang dada ye…huwaaa 😀

  8. masih ada lagi pemikiran yang macam tu!? mungkin ada perkara lain yang lebih merungsingkan atau disembunyikan.

    apa pun harap yang baik saja berlaku ke atas cikgu tersebut.

    megats last blog post..Tahun Baru, Bersihkan Minda Dan Hati!

    1. @megat, inilah cabaran hidup….dia beruntung kerana berada bersama2 anak di sekolah, kami serahkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak sekolah

  9. Lorr… patutnya cikgu tu kaji semua pro & cons sebelum bertukar / hantar anak ke sekolah tu. Intan respek betul dgn parents yg hantar anak sekolah di sekolah cina, byk cabaran & dugaan.

    😀

    intans last blog post..Celaru, Buntu & Keliru

    1. @intan, entahlah intan, kalau orang mcm kak jie ni…mungkin kena kejutan budayalah juga…tapi rasanya kalau memang dalam pendidikan , cuma bertukar aliran/bahasa pertuturan….dah dpt dijangka dari awal-awal kot.

      Sebenarnya sekarang ni tak teruk sangat macam dulu sebab persekitaran di sekolah tersebut ‘mesra’ dan guru ramai yang faham dan menghormati pelajar islam – contoh macam bulan Ramadhan.

  10. hehe. cikgu tu agak tak peramah. maybe cikgu baru kot. kak jie kasi la dia peluang. approach her always. hehe. saya terpaksa pertahankan cikgu. (ade sbb ni…) :mrgreen: :mrgreen:

    ubeys last blog post..Antara artis, kita dan gambar kantoi

    1. @ubey, awak pun sorang lagi, tak boleh menyokong atas sebab dia siapa siapa…hehehehe

      mentaliti kena betul kan tu :mrgreen:

      isu di sini kita pandang bukan hanya semata2 untuk guru…kita baca secara umum…siapa pun dia,siapa pun kita……… beradaplah dengan orang .

  11. adoi..
    cikgu yu kg boy +_+
    pening yonna tgk cite tu.
    naseb baik suara comel hahhaa..

    ishh sombongnya cikgu tu!
    kalau rasa susah nak makan,xyh anta anak skolah cina.
    haih,buat la bekal ke ape,kan senang :p
    hishh..
    pelik betul la

    yonnas last blog post..from her to me 🙂

    1. @yonna, ingat…rambut sama hijau
      tudung lain2 warna… 😆
      mungkin lebih baik bagi alasan lain yang nampak lebih educate

      sek.jenis keb.(c) di sini – meja makan untuk murid Islam di asingkan..
      murid2 Islam tidak beli makanan di kantin dan pernah terdengar peniaga kantin itu sendiri yang tidak mahu jual kepada murid Islam.

      Ramai yang tidak tahu, mata pelajaran pendidikan Islam juga ada di sini.

  12. simpati nye la kat cikgu baru tu. tension tak kena tempat. hueheuhuehue… tak salah pun senyum pada sesama saudara. (mcm leh byg la camne dia masuk ngajar kat dlm kelas. sure anak murid dia tunjuk muka boring. hihihih)

    Zanas last blog post..Wallah!!

    1. @Zana, dia mengajar Tahun 1. itu urusan dia dalam kelas , zana . selalunya kalau hntr anak ke sekolah, awal2 tahun dah pesan dengan cikgu…”cikgu , saya serah anak saaya , cikgu tegurlah cikgu ajarlah..kalau salah cikgu rotanlah…”

      tapi bila berhubung dgn ibubapa murid, kita pun kena jadi dewasa . Layan mereka sebagai orang dewasa.

      kak jie buat entri ini bukan semata-mata untuk guru tersebut…tetapi untuk kita…kita yang selalu berada di dalam komuniti.

      Kita sebagai orang dewasa mengajar anak-anak tetang pendidikan moral dan lebih elok kalau kita sendiri yang mempraktiknya.

    1. @kruel74, itu juga yang saya fikirkan…sepatutnya kena cari info ttg sekolah tersebut…kerani sekolah ini pun ramah tamah, senang kalau berhubung melalui telefon.

      Kebiasaannya ibubapa yang merancang menghantar anak ke sekolah jenis kebangsaan cina hantar anak mereka ke tadika cina juga selama 2 tahun, kalau tidak tahun 1 mesti ketinggalan…

  13. senyuman tu dapat m’gurangkan sedikit tekanan..
    myb cikgu tu t’tekan dgn p’sekitaran baru kot..

    wanies last blog post..TEN THINGS

    1. @wanie, bukan cikgu baru….sebab dulu dia mengajar sekolah lain hanya 0.5 km dari situ..masih tempat yang sama…cuma dia ibu baru yang punya anak baru masuk sekolah… 😆

  14. hi beb lame aku tak singgah sbb aku mmg off jap.. 😉

    pekabo??

    aku ade lalu serendah otw gi kuala kubu tp malas nak kaco hang.. 🙄

    takpe nx time aku roger2 ekk 😀

    boh laa msjbox weii..senang aku nak tenggek :p

    combis last blog post..melaka bandaraya bersejarah..

    1. @combi, msj aku dah xpired, tak hidupkan lagi
      entah lah combi….kedekut pasai rm 10 kot
      tgok2lah nnt aku boh 😆

  15. mungkin cikgu tu ingat kak jie pegawai dr JPN nk dtg memantau kot. tu yg dia tensen smcm jek. =P

    1. @cikgu jawe, Pegai JPN ape..dok usung bekal , berselipar saja.

      Kak Jie nampak dia terjengok sana terjengok sini, sebab tu la tegur, manalah tau..dalam komuniti kita menjadi minoriti, lebih baik bersatu teguh, kan? 😆

Comments are closed.