Belumlah terlambat untuk mengerti
Terimakasih kerana hubungi saya. Mungkin apa yang dikehendaki tidak sepenuh dapat melegakan tetapi saya berharap Farah pandanglah semua ini dari sudut yang positif. Andai ada terguris hati , maaf saya pinta. Jemu, itu tabiat manusia. Manusia akan jemu dengan perkara yang sama. Tiada yang kekal. Cinta yang pernah terasa membara itu pun tidak kekal. Akan ada habisnya. Tiba-tiba perasaan cinta itu semakin menipis. Apa nak buat?