Membebel Sebelum Mesyuarat
Esok ada Mesyuarat PIBG sekolah. Saya tak pernah ponteng sekali pun mesyuarat PIBG selama anak-anak bersekolah . Pergi awal dan dengar dengan tekun setiap penerangan dan ucapan dari Pengetua kerana itulah peluang untuk mengenali dan mengetahui perkembangan sekolah. Tahun 2005, sewaktu sekolah baru dibuka di tempat kami, suami saya adalah AJK Penaja PIBG. Mesyuarat lewat malam tu dah perkara biasa. Untuk mesyuarat esok, saya dah berkempen dengan rakan-rakan sejiran dan…