Nilai estetik seorang isteri

Hujung minggu pertama di bulan Ramadan. Tentunya ramai yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu sehingga Isnin ( 31/8/09) untuk keluar membeli belah membuat persiapan menyambut hari raya. Semalam saya ke Komplek Shah Alam. Masyaallah……. sesaknya jalanraya . Itu baru pukul 3 petang. Ingat nak cepat, keluar dari GCE ikut Lebuhraya Persekutuan rupanya tersenggok-senggok di jalanraya . Kalau masak nasi pun dah jadi bubur. Sesiapa yang merancang untuk keluar membeli belah sempena…

Betul ke Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia?

Dari semalam,saya banyak menerima sms mengenai Ustaz Ismail Kamus telah meninggal dunia . Apa yang saya tahu, Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh yang meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Kuala Lumpur , bukan Ismail Kamus. Ustaz Ismail Kamus kini berada di Mekah mengerjakan umrah. Tadi di surau , masih ada kawan-kawan yang menerima sms yang didakwa diterima dari pelajar kita di Mesir malah ada…

Bagai tertimbun serbuk tidur di kamarku

Perkara yang benar tidak akan berdiri dengan sikap manusia yang mempertahankannya dengan cara yang tidak betul. Sering kali kecenderungan individu membesar-besarkan sesuatu perkara dengan kenyataan-kenyataan yang aneh dan ganjil untuk memenangkan pendapatnya. Bersikap sederhana dalam memberi pandangan dan katakanlah sesuatu yang tidak melampaui saranan al-Quran dan sunah. Meskipun individu tersebut tidak menerima pandangan anda, sekurang-kurangnya tindakan anda berkata benar akan menimbulkan rasa hormat dan akan membuatnya berfikir kelak. ©Kujie –…

Weblog Popular 1Malaysia – Udang Geragau

Semalam hujan lebat, guruh dan petir berdentum sejak jam 4 petang. Cuaca yang sesuai untuk ‘buat taik mata patlima kilo’ tapi sebagai surirumah Domestic Engineer , saya ada praktikal di dapur bersama senduk dan kuali. Talian streamyx yang manja terus merajuk macam anak kecil tak dapat jajan di pasar Ramadan. Talian semput macam siput puasa 24 jam! Bila dapat peluang, tiada tempat lain yang saya preview selain dari blog ‘Hidup Biar…