Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Walau jarak 10,500 kilometer, kami masih dapat meraikan ulangtahun bersama seperti tahun² lepas. Apa yang termampu walaupun hanya di depan skrin komputer.  Untuk seorang suami tercinta. Yang tulus ikhlas Ingin sekali sekala dirinya dibalas Walau hanya dengan dakapan di angin lalu Yang selalu memberi Ingin sekali sekala jadi penerima Cukup dengan salam dan manis doa

Ulangtahun di Constantine

Ulangtahun di Constantine

Hari ini 4hb Ogos 2010 hari ulangtahun kelahiran suami, Saipul Anwar. Pertama kali berpisah jarak jauh bercinta di hujung benua. Saya pun tak pasti nak hantar ucapan  ikut waktu Malaysia atau waktu Algeria .  Kita sudah masuk hari baru 12.01 pagi, dia masih kebelakang 7 jam – 5.01 petang. Hari ini kita jalan kenali Algeria melalui  gambar-gambar yang dikirimkan . Mandi di Laut Mediterranean , Skidda utara Algeria Suami bersama…

Kren Tumbang- Komuter Tak Jalan – Tak Pergi Kerja

Kren Tumbang- Komuter Tak Jalan – Tak Pergi Kerja

Adik perempuan bongsu saya dah pindah tinggal bersama. Sebelum ini dia tinggal dengan adik lelaki saya di Tanjung Malim. Hari ini untuk kali pertama dia akan pergi kerja dari rumah saya dengan komuter Serendah – Tanjong Malim. Awal dia keluar pagi tadi dengan Shrek.  IKut jadual perjalanan, komuter tiba 7.10 pagi.  Tak sampai setengah jam saya dengar bunyi Shrek .  Apasal pula ni?

Misteri Kes Bunuh Bekas Adun

Misteri Kes Bunuh Bekas Adun

Saya check keyword dan ternampak pengunjung dari Jepun ini mencari kes bunuh terbaru di Malaysia. Dari sumber ondscene ( rujukan kes jenayah dan kemalangan) , kes bunuh yang misteri baru berlaku pagi ini 3hb Ogos 2010 jam 11 pagi di KM455-7 , Lebuhraya Plus arah Utara selepas Restoran Jejantas Sg Buloh . Kes membabitkan bekas Adun Permatang, Kuala Selangor Dato Abdul Aziz Mohd Nor , yang ditemui maut dengan kesan…