Ayam Piru

Ayam Piru

Malam tadi, sebelum tidur ternampak keyword ‘Ayam Piru‘. Wahhhh…….. klasik sungguh sebab saya rasa tak ramai orang yang pernah mendengar perkataan ini. Saya tweet ‘ Sapa tau ayam piru? ” Rupa-rupanya ada generasi muda sekarang yang tahu ayam piru. Sesiapa lagi yang tau ayam piru tu apa? Saya pernah menulis entri mengenai persoalan yang ditanya Angah mengenai isu ini.  Klik untuk tahu ayam piru di entri Kenapa… tiba-tiba kau femes…

Perpustakaan Kanak-kanak di Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Kanak-kanak di Perpustakaan Negara Malaysia

Selepas berkali-kali diajak, semalam saya bawa Intan ke Perpustakaan Negara Malayaisia ( PNM),  Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pilihan tempat sesuai bawa anak bercuti di Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara dibuka setiap hari Selasa hingga Sabtu pada jam 10.00 pagi – 7.00 petang , Ahad 10.00 pagi – 6.00 petang dan ditutup pada hari Isnin dan cuti umum. Saya berada di Perpustakaan Kanak-kanak Aras Bawah bersebelahan kafeteria. 

Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14

Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja berkuatkuasa 13 Dis 2011 untuk tempoh lima tahun. Inilah sultan saya sebelum saya berhijrah ke Selangor. Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Lagu Negeri Kedah yang saya nyanyikan setiap hari Ahad di perhimpunan sekolah selama 11 tahun. Allah selamat Sultan Mahkota Berpanjangan usia di atas Takhta, Memelihara ugama Nabi kita, Negeri Kedah serata-rata

Tudung i-Nur Bidang 60 inci

Tudung i-Nur Bidang 60 inci

Mencari tudung berbidang besar? Memilih tudung yang berbidang besar di pasaran agak sukar memandangkan hanya kedai tertentu sahaja yang menyediakan tudung berbidang besar dalam kuantiti pilihan yang banyak. Untuk mendapatkan tudung bidang 60 inci sama ada bentuk  empat segi, bulat atau bundar,  saya mengesyorkan untuk mengunjungi i-Nur Muslim Fashion iaitu pengeluar utama tudung bidang 60.  i-Nur Muslim Fashion yang menyediakan bukan saja tudung berbidang besar malah berbagai lagi keluaran sesuai…