Malu Nak Buat Baik
“Kesiannya makan sampai licin” Pernah dengar orang cakap macam ni? Saya selalu sebab anak² saya akan makan bersih tanpa tinggalkan sisa yang boleh dimakan. Tetapi aneh kerana perlakuan ini selalunya menimbulkan simpati orang dengan gambaran anak² saya ini terlalu lapar atau pelahap. Dari kecil saya ajar mereka, makan sampai habis dan ambil makanan secukup apa yang boleh dimakan , jangan ambil disebabkan ada. Alhamdulillah, Intan pun dah boleh memahami.