Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14
Pengetahuan Am

Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja berkuatkuasa 13 Dis 2011 untuk tempoh lima tahun.

Inilah sultan saya sebelum saya berhijrah ke Selangor.

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia

Lagu Negeri Kedah yang saya nyanyikan setiap hari Ahad di perhimpunan sekolah selama 11 tahun.

Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dan  menaiki takhta pada 14 Julai, 1958.    Baginda lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.

Ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.  Kali pertama pada 21 Sept 1970 hingga 20 Sept 1975.

Pada masa pemerintahan baginda, berlaku pertukaran kali pertama ketua kerajaan, iaitu apabila  Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga ayahanda saudara baginda telah memyerahkankan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Sultan yang sama, Yang di-Pertuan Agong yang sama, tetapi dengan Raja Permaisuri Agong yang berbeza , Sultanah Tuanku Haminah Hamidun.

Tuanku Sultanah Haminah binti Hamidun, orang kebanyakan dari Perak dilahirkan pada 15 Julai 1953.  Baginda mendirikan rumahtangga bersama Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975.

Pada 9 Januari 2004 . baginda telah ditabalkan sebagai Tuanku Sultanah Kedah selepas kemangkatan al-Marhumah Tuanku Sultanah Hajjah Bahiyah pada 2003.

Daulat Tuanku.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

18 thoughts on “Sultanku Yang di-Pertuan Agong ke 14

  1. masa saya kecik2 selalu tgk gambar Tuanku kat dinding2 kedai dan pejabat..kini di umur 38thn saya bakal tgk lagi..Ampun Tuanku!

  2. Sekolah yang saya belajar dulu “Madrasah Taufikiah Khairiah Halimiah” Nama Halimiah tu sempena nama baginda sultan, Daulat tuanku.
    Ada lagi tempat sempena nama baginda …Hospital Sultan Abdul Halim…

  3. huiiii…dah lama tak balik kedah…teringat masa sekolah rendah dulu…

    sekolah kat sekolah rendah sultan abdul halim dekat kompleks jalan stadium tuh…orang pangge sekolah halim jer… syok…hehehehe

  4. dalam kesultanan waris sangat penting…

    klu sultan mangkat dan takde waris maka taktha kerajaan akan berpindah kepada memanda bendahara…a.k.a zaman sekarang nih menteri besar…

    dalam sejarah kesultanan melayu rasanya ada kot jadi kes nih…tak silap saya kesultanan johor..

  5. salam…

    aik…laaaaa…kak jie orang kedah rupanya…asai mana….

    saya orang seberang perak…orang kampung tun mahathir.. :mrgreen:

  6. Bagus gak bila ada Agong daripada negeri yg bukan di bawah pimpinan kerajaan pusat. At least Tuanku Sultan dapat membuat timbang tara yg seadilnya setelah mendengar pendapat bukan stkt drpd PM tetapi juga drpd MB Kedah. Bukan apa, 2 sumber yg berbeza mungkin memberi lebih byk gmbrn ttg senario yg dihadapi.

  7. Sultan K.Jie Sultan saya jgk… 🙂
    Cuma saya tak pernah nyanyi lagu negeri kedah sbb dulu membesar di Penang..

  8. isteri pertama dah meninggal kan kak, ada isteri kedua pun sebab sultan kedah tak da waris lelaki dario isteri pertama…takpe juga sultan saya sultan selangor ok je takda permaisuri…

  9. Pernah nyanyi lagu ni setiap hari isnin selama 2 tahun (Ting. 4-5)
    Lagu negeri Perlis 3 tahun..(Ting. 1 -3)
    Lagu negeri selangor 6tahun (Darjah 1-6)

    Tapi sekarang cuma ingat lagu negeri selangor je..Yang lain lupa habis dah 😆

Comments are closed.