Lubangkan Saja
Lokasi : Somewhere in Kelantan sewaktu bercuti baru-baru ini.
Lokasi : Somewhere in Kelantan sewaktu bercuti baru-baru ini.
18-09-1991 – Tarikh perkahwinan dan hari ini syukur Alhamdulillah kerana kami masih dapat menyambut ulangtahun perkahwinan ke 21 walaupun secara jarak jauh. Kalau merendam biji selasih, Minum mari dalam cawan; Sudah jodoh bertemu kasih, Laksana paku lekat di papan. Semoaga Allah kekalkan cinta hati kami dan bahagia #TillJannah. p/s – till jannah tu trend muda mudi kat Twitter. Keluarga kami selepas 21 tahun hidup bersama. Sempena ulangtahun perkahwinan ke 21…
Hujung minggu ini suami saya balik bercuti, jadi agak kuranglah masa untuk beronline. Kehidupan luar talian saya adalah keutamaan. Dia balik dari Hulu Terengganu petang Sabtu dan tiba di rumah selepas maghrib. Esoknya sepanjang hari habiskan masa bersama dan menerima tetamu dari Terengganu. Petangnya kami keluar ke Rawang. Main bowling anak beranak. Pertama kali ke pusat bowling yang terletak di atas bangunan pasar Rawang. Tak sangka tempatnya besar dan cantik…
Saya tak ada niat pun nak menulis isu ini di blog walaupun perkara yang berlaku membabitkan diri sendiri sebagai penduduk. Tetapi selepas saluran yang digunakan tidak mendapat tindak balas, ambil juga peluang sebagai blogger untuk menyuarakan aduan. Kalau kita sendiri tak pernah mencuba sistem canggih yang disediakan untuk penduduk, macam mana kita nak tau keberkesanannya, kan? Dengar orang besar-besar bercakap memanglah sedap dan lunak. Sebagai warga penduduk yang celik kemudahan…