Motivasi

Semusim Bersama Seabad Terasa

Jika yang datang itu bertujuan…..

Dia seringkali menepati apa yang kita cari. Dia akan membantu dalam susah dan senang, akan membimbing dan menyokong kita dari belakang. Dia di sisi sebagaimana yang kita inginkan. Kemudian, tanpa sebarang perselisihan faham atau mungkin kerana masa yang tidak mengizinkan, dia akan berkata atau melakukan sesuatu untuk meninggalkan kita. Mungkin kerana waktunya sudah sampai (mati), atau sekadar meninggalkan kita begitu saja. Atau mungkin juga meninggalkan kita untuk memberikan kita ruang untuk bertanya dan bermuhasabah diri setelah sesuatu perkara yang diperkatakannya memerlukan kita mengambil waktu untuk berfikir.

Jika yang datang itu bermusim…..

Dia tentunya hadir kerana giliran kita untuk berkongsi dan belajar sesuatu melaluinya telah tiba atau tertulis. Melaluinya, kita akan menikmati ketenangan. Kita akan terhibur dengan gelagat dan gurau-sendanya. Atau mungkin juga, dia akan mengajar kita tentang sesuatu yang tidak pernah seumur hidup kita lakukan (atau terfikir untuk lakukan!). Biasanya, orang yang datangnya bermusim ini akan memberikan sesuatu (kemeriahan/kesedihan/ketenangan) yang sungguh luar biasa! Namun cuma untuk semusim…atau mungkin untuk beberapa episod/musim dalam hidup kita.

Jika yang datang itu kekal sepanjang hayat…..

Dia akan hadir bersama pelajaran yang akan mendewasakan kita. Tugas kita ialah untuk menerima pelajaran yang dibawanya itu. Menghargainya dan mempraktiskan setiap apa yang dipelajari bersama kepada orang lain. Supaya kita boleh menjadi seseorang yang bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat untuk kehidupan seseorang. Ada juga orang berkata, cinta itu buta, namun persahabatan itu celik!

Yang pasti, apa pun yang datang tentunya ia menjadi sebahagian daripada kehidupan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari kehidupanku! Samada kalian dari kalangan bertujuan; bermusim atau sepanjang hayat!

will return

©Kujie – kalau entri mcm ni, tandanya saya berada berjauhan dari keyboard. Take care!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

25 thoughts on “Semusim Bersama Seabad Terasa

  1. Setiap yang hadir dalam hidup kita, pasti ada hikmah di sebaliknya.

    ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…

  2. Pernah terbaca kat mana ya..dia kata yg lebih kurang maksudnya
    “kenalilah sahabat pada setiap musim. Musim dingin, panas, luruh dan bunga……… err lepas tu apa ntah lupa :mrgreen:

  3. persahabatan akn kekal sampai ke akhir hayat. susah senang bersama. lain dgn cinta. cinta mendambakan kebahagiaan dan kasih sayang. kadang2 sangat rapuh

  4. yang datang somtimes akan pergi…people come and people go..
    so terpulang pada kita untuk cherish any moments yang datang..

    Nice post!

  5. dalam hidup saya,lebih banyak yang datang bermusim kerana situasi yang berlainan memerlukan kita memulakan sesuatu yang baru,..apapun, semuanya tetap dihargai kerana sekurang2nya ia pernah hadir bertandang dalam memori saye.. 😉

    nadinezuharras last blog post..:: Yang comel dan manja..

  6. Kak Jie pergi mana?
    takpe Kak Jie.. kalau dia datang bertujuan ke, bermusim atau berkekalan.. janji dia tak menyakitkan hati kan kan.. 😉

    1. @Neeza, Ada neeza
      jauh sikittttttttt je dr keyboard
      ada beberapa hal kt luar yg nk disettlekan.

      ia betul tu neeza..semua org berharap mcm tu
      :mrgreen:

  7. ni kalau teka teki saya pasti beri jawapan nya “DUIT”
    Pada hari ni hanya duit kerana

    Datang dan pergi itu bertujuan
    Datang juga bermusim
    Tapi Datang tidak berkekalan………..

    Dunia hari ini…………….

    hashims last blog post..Kelas Maki & Gaduh sessi 2009 telah dibuka

  8. mula2 kita mungkin rasa kehadiran seseorang itu bermusim…tapi bila fikir2 balik..hadirnya dengan satu tujuan..memberi impak dalam hidup kita yang akhirnya menjadi sebahagian dari kehidupan kita yang kita kenang sampai akhir hayat…
    Ada org yang memang hadirnya sangat memberi makna walaupun dia datang secara tidak sengaja..

    izzahs last blog post..a give..

Comments are closed.