Untuk kawan yang sering singgah ke blog ini…… sebagai panduan kita bersama. Semoga kita bersama mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu:
Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
Al malul halal, atau harta yang halal
Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.
Untuk seseorang yang dalam kekeliruan hidup
Kembalilah kepangkal jalan – ibubapamu. Setinggi manapun ilmu dan pendidikan juga kekayaan kita, melepasi cucur atap sekali pun, mereka adalah punca keberkatan.
Sekecil mana sekali pun saiz tapak kaki ibu , syurga diibarat dibawahnya.
Lihatlah ibumu……kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuhmu waktu bayi kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi anaknya. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluanmu. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Pandanglah ayahmu…. betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraanmu, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perutmu kenyang dan pendidikanmu lancar.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka orang-orang terkasih itu tak lagi membuka matanya, untuk selamanya …
Terima kasih atas info ni, Jie. Akan cuba mengingatinya kerana seboleh-bolehnya, (semakin tualah katakan) nak jadi manusia yang sentiasa menggembirakan ALLAH dan rasulullah saw.
ODs last blog post..Salam Sayang Cucu-Cicitku…
salam,
hampir menitik air mata tatkala membaca n3 k.jie ni,penuh pengertian…luhur dari hati tulus seorang ibu….semoga sy dapat jadi anak yg baik….
aka, entri akak menarik2 la..akak cari mana
huhuhu..sayu je baca..bergenang air mata..dahla time2 pregnant ni..tiap kali rasa sakit2..lenguh2..mula la nangis ingat mak kat kg..besarnya jasa dia kandungkan kita, melahirkan, membela, mendidik hingga kita besor camni..
dulu masa muda2 remaja selalu gak lawan cakap mak sbb mak suka bebel2..tapi skang bila dah masuk alam kawen, dan bakal ada anak ni…dah mula paham..dia bebel sbb sayangkan kita.. 😥
roses last blog post..Miss u Itam & Stokin
panduan yang sgt berguna. ayah dan ibu, mereka tak minta banyak daripada kita walaupun mereka dah terlalu banyak memberi untuk kita.
Kak Longs last blog post..Di mana Ali Baba Bujang Lapok?
Salam kak jie…
Erm… itulah yg sering disebut dalam doa-doa su. Rasanya pasti semua orang juga doa begitu.
Qalbun syakirun…. tak mudah memilikinya kerana kita manusia biasa yg penuh dengan keinginan…. moga ia mampu dimiliki oleh kita semua. InsyaAllah….
Pssttt… kak jie, jom datang Shah Alam, join Kursus Bimbingan Keluarga Bahagia
suaras last blog post..Anak… oh anak….
tq Jie 🙂
Hidup Malaysoa
mrozaidis last blog post..10 perkara wanita benci
selamat maju jaya for angah 🙂
muadzlifes last blog post..A short trip
sob-sob-sob..mlm kang nak baca yasin 😥
Salam,,kak, minta tolong ckit…saya ada masalah dengan google reader,,saya punya blog dah masukkan entry baru,tapi bila ada orang add blog saya,dan pamerkan dalam blog mereka,blog saya kelihatan macam x da entry baru,,contoh,,baru2 nie saya baru post entry baru,tp kt blog orang yang add saya,dia tetap pamerkan entry saya yang sebulan yang lalu,ianya kelihatan seolah-olah saya dah lama x post entry baru….kenape ye….harap mk boleh bantu…http://wirapendang.blogspot.com/
Bilo cakap sesi bertemu makpak utk pelajar PMR nie, teringat lak che masa che bayi comel dulu….
Biasanya, kami buat malam hari…
Buat sekali solat hajat, doa selamat, tahalil….dan qiamulail….heehh (tu dibuat sebagai usaha, doa dan tawakal bila dah dekat2 nak PMR)
Tapi kalau awal2 nie….hmm
erkk
eee….
tak der lah pulak…..hehehhehe
mazas last blog post..Usul Nasib Doktor dan Pesakit Kronik Ke Perhimpunan Agung Umno.
@maza, saya pergi utk program PENGISIAN ILMU
selalu sekolah anak saya, bila ada program mcm ni, dia jemput penceramah luar, dia akan jemput ibubapa pelajar sekali… serampang 3 mata. Ilmu di kongsi bersama pelajar, ibubapa dan guru kerana ketiga2 ini perlu bersama2..tak boleh satu pihak saja punya ada kesedaran , barulah berjaya apa yg kita rancangkan.
Program Muhasabah Ilmu , tentang fadilat menuntu ilmu, tak kita pelajar..ibu bapa juga perlu belajar.
Dlm keadaan ini, tak ada awal ke akhir..nak ambil PMR ke tidak, cuma cikgu fokuskan untuk penuntut Tingkatan 3, mingkin program lain kali utk penuntut tingkatan lain pula.
Jadi aktiviti guru, pelajar dan ibubapa berterus..tak de sekerat jalan saja
Peringatan di pagi Jumaat. Biatu ke baitu?
kruel74s last blog post..Surprise messages
terima kasih.
fiezabaiduris last blog post..Spa Q – TV3
udah dekat weekend..leh jumpe mak and ayah.. 🙂
selamat berhujung minggu kak jie..
Selamat hari jumaat Kak Jie,
Aduhai sayu lah pulak bila ingat pengorbanan mak dan abah pagi2 cam ni…sob..sob…sob…