Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki diberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia akan melapangkan dadanya untuk Islam, sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (al-An’am:125)
Kelompok yang mendapat hidayah digambarkan hatinya lapang. Hatinya lapang untuk menerima nur (cahaya), menerima kebenaran dan nasihat.
Sedangkan kelompok yang tidak mendapat hidayah di umpamakan seperti orang yang sedang mendaki gunung, dadanya sesak dan hampir² tidak dapat bernafas.
Malah, semakin tinggi dia mendaki, semakin sulit dia bernafas. Semakin jauh dia daripada hidayah Allah, semakin susah dia menerima nur kebenaran dan nasihat berguna.
Hidup ini seperti sebuah pendakian. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengatakan orang hidup itu seperti sedang mendaki gunung, dia akan melalui bahagian² dalam hidupnya sepanjang pendakian.
Malah, dia akan menghadapi halangan, dugaan dan kesukaran pendakian. Bagaimana caranya kita tetap mendaki gunung kehidupan ini jika kehilangan bekalan oksigen?
Oksigen kehidupan bukan sekadar udara, tetapi bagaimana kita dapat menghadapi langkah demi langkah dalam pendakian kehidupan dunia ini.
Apa yang perlu ialah kekuatan dan iman, kompas hidup yang betul, landasan hidup yang betul dan teguh, ke bergantungan yang utuh kepada Allah serta kepatuhan hidup yang ditetapkan Yang Maha Pencipta.
Semoga Allah swt mempermudahkan jalan buat kita , terus dirahmati Allah dengan pemikiran yang benar. Kita ingin yang terbaik untuk kehidupan ini dan kita akan melakukan dan memberikan yang terbaik juga.
Joachim Löw! Sorrylah Luis Aragones,gambar anda tak sempat dicetak.. 😀
* Jerman akan bertemu Sepanyol di final Euro 2008!
Takut takut takut… pernah rasa masa menyalahkan ALLAH tentang malang yang menimpa suatu masa dulu. Lama daahhh… sekarang syukur, opah faham ALLAH nak ajar opah dan nak opah terus beriman dengan-NYA. 😳
ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…
Spain 2 – German 1 🙂
Kujie~ owhhhh..tidak!!! nehi…nehi…!! Kita tok ye May
@13may, Tak habis-habis dengan bola!!!
ODs last blog post..What Opah Did Last Summer… Ceh… Last 3 Days Laa…
hahaha…Ayat kat atas tu silibus pend islam spm.bagus..bagus… mungkin ramai yg dah lupa masa ustazah ajar dulu.
Kujie ~ bukan murid2 je yg lupa..mak bapa pun selalu gak lupa cikgu…
semoga skill pendakian kita bertambah ‘jie2’..wah2….
Kujie~uikkk…mendaki yg negara sejuk semput² tak?
wah wah.
sudah ada lamn web sendiri nampak.
ini sungguh impressive!!
:Dx
Kujie ~ Sayda…lama tak nampak… blk M’sia makin sibuk ye… 😆
baru nk bermula la sayda…
terima kasih Kak Jie.. memang betul kan.. kalau hidup kita selalu aje ditimpa masalah, mungkin boleh check balik level keimanan kita kan..
Kujie~ kadang2 kita lupa.. . sebagai hamba kita perlu memohon..bergantung pada Allah…
intipati di hari jumaat…
Kujie ~ utk kita sama² renungi
waah,bagus entry cenggini utk hari jumaat..oksigen masuk..karbon dioksida kuar..pastu tumbuhan lak dpt..oh,indahnye alam sejagat.. 😀
Kujie ~ cikgu sains dah datang… 😆
thanks for the tazkirah, mama… 🙂
Kujie ~ sama² Diya…muaahhhh..! 😉
nota kaki kat bawah yg tak tahan tu :)) ekekekeke
Kujie ~ tatahannnnn….. pakcik nk pindah maane lak… Rusia pn dah bungkus tu ❓
jgn lah segan..seat kosong lagi kt team jerman niiii..meh lahhh 😆
salam kak jie,thanks atas perkongsian nih… 😛
Kujie ~ sama² eira… sharing is caring 😀