Motivasi

Musibah itu mengangkat darjat

Hi ! I’m back! Jangan pernah lupakan aku!

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang ku rindukan

would it be nice to hold you
would it be nice to take you home
would it be nice to kiss you

– Jangan Lupakan ( Nidji)

Sebenarnya saya tidak ke mana-mana pun , dalam atau pun luar liputan. Ada kat rumah cuma AFK! ( Away From Keyword ) Jadual harian agak padat dan sendat. ( macam ayat biasa je.. )

Kat rumah saya ada ramai tetamu. Ada mak, ada adik suami isteri dan adik ipar – anak saudara saya dan anak saudara suami. Sebelah saya panggilan Mak Long, sebelah suami panggilan Mak Uda. Saya yang pening kejap-kejap tersasul Mak Long, kejap-kejap jadi Mak Uda.

Anak jiran saya , Nurul Munirah pun masih lagi ada kat rumah saya. Bapa dia dimasukkan ke hospital dan ibunya terpaksa tinggal menjaga suami di hospital. Dah 3 malam dia bersama kami. Ini bukan kali pertama sebenarnya, sejak 2 tahun lalu dia memang sering ditinggalkan di rumah saya setiap kali bapa dan ibunya terpaksa ke hospital. Paling kurang sebulan sekali, dia datang bawa beg sekolah dan uniform. Tidur di rumah saya dan ke sekolah esoknya dengan anak-anak saya. Kadang-kadang sedih juga tengok dia tetapi Nurul seorang anak yang tabah walaupun usianya baru 10 tahun. Dia memahami keadaan bapa yang kerap sakit dan ibu yang berkorban untuk menjaga suami. Dia tak pernah merungut.

Kadang-kadang berlaku konflik juga. Maklumlah Intan dan Nurul kedua-duanya anak bongsu. Masing-masing sering menang dengan adik beradik dan sentiasa dimenangkan…he he he. Sedaya upaya saya berpesan dengan Intan untuk mengalah dan jaga percakapan. Takutlah juga budak-budak. Kadang-kadang cakap tak bertapis-tapis.

Kalau kita rasa kita dalam kesusahan, dalan kesempitan, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih susah, lebih menderita dari kita.

**************** kisah anak- anak lagi ******************

Pagi Jumaat lepas Along telefon, cermin mata dia skru tercabut. Alahai… nak balik sendiri naik komuter takut salah tren. Alasan…. tak bley blah! Dari Bangi tu mana ada tren ke tempat lain, semua tren komuter dari Seremban – Rawang. Itulah anak yang tak pernah susah mak layan berlebihan

Lepas balik dari kelas Jumaat saya terus ke Sepang. Singgah seksyen 6 Bukit Mahkota rumah kakak ipar sulung tapi Aki saja yang ada. Kakak saya masih di sekolah, dia mengajar petang.

Kalau dah sampai Bukit Mahkota tak singgah Nilai 3 tu macam hilang akal lah pula…hehehehe. Bawa mak ke Nilai 3. Sempat sms Iza dan dia mengular ikut kami merayap dari satu kedai ke satu kedai. Bukan cuti hujung minggu, orang tak ramai dan harga lebih murah. Nasib baik hujan lebat, aktiviti menjamu mata dan meraba kain itu kain ini berlangsung sekejap saja.

Cik Kiah sungguhlah saya , kan?

Perjalanan balik disimbah hujan petang dalam kesesakan jalanraya.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Musibah itu mengangkat darjat

  1. Anak bungsu selalu dimenangkan? Masa arwah mak ada dulu ye la… Sekarang ni, Su asyik mengalah je… huhu…
    Mengalah sbb sayang, bukan sebab ditindas dan menindas. 🙂
    .-= suara´s last blog ..Doa Hati – Kisah 1 =-.

  2. wahh manja nya along sampai suruh mama ke Sepang! hahaha.kalau lah yonna suruh ayah yonna amek, mau nye dia pelangkung yonna :p skolah dia ke ktm bangi tu jauh x ma? err mcm jauh je.dulu time yonna duduk sepang, yonna naik kat stesen Nilai. hari2 lah masuk Negeri Sembilan! hahaha :mrgreen:
    .-= yonna´s last blog ..Y573 : Over Excited :p =-.

    1. @cheryna, wahhhhhhhhh…lagi glemer ibu sha 😆

      sebenarnya kt rumah kak jie skrg ni ada 3 budak perempuan berumur 10thn anak bongsu.

      Intan
      Nurul – anak jiran
      Wani – anak saudara

      Setakat hari ini, alhamdulillah…tak de lah pula dia orang gaduh2

  3. hahaha..teringat zaman dedulu spek mata cabot skru memang seksa tak leh idop tanpanye.. hehe

  4. nama Along..Tapi macam anak bongsu je..kih3..memang hidup ni kene mula dari susah dulu baru boleh rase senang baru la kiter tak lupa apa itu erti kesusahan..Betul ke kak??hehe

  5. assalamualaikum kak jie..
    ape khabar.. lame jg saye menghilangkan diri,mungkin kak jie tak perasan..heheh :mrgreen:
    tp selalu teringat ‘Ruang Rindu’ Kak Jie ni.. 😀
    mm.. betul kate kak jie;Kalau kita rasa kita dalam kesusahan, dalam kesempitan, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih susah, lebih menderita dari kita.
    -same2lah kita berbuat baik sesame manusia,sbb kita takkan rugi sedikitpun.. 😉
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: Inginku kembali.. =-.

  6. dok fikir perangai bebudak ni boleh pening kepala (ha3). yalah nama pun bebudak yang berfikir seusia mereka. kang fikir macam orang tua payah pula (kah3).

    lama akak gi jenjalan eh? mesti syok kan. saya dah lama tak pegi jenjalan (hu3)

    1. @megat, risau juga…Intan tu takut dia ckp lepas…nnt kecik hati pula budak tu
      dah le mak bapa si Nurul tu dlm kesusahan

      adalah bawa mak g sana sini…actually jln rumah sedara mara

Comments are closed.