Saya suka komen ini – mungkin jutawan itu frasa gurau senda tetapi ianya telah memberi inspirasi kepada seseorang yang tiba² singgah di laman blog saya.
Saya tak kenal beliau tetapi jika sesuatu yang saya kongsi secara santai boleh memberi cas positif dalam hidup seseorang, itulah kepuasan yang diperolehi.
Walaupun saya seorang blogger, entri saya bukan untuk blogger semata-mata.
April 2010 – Jutawan Getah Sekerap
Januari 2011 – Keluarga Saya Bela Anjing
Mungkin dengan kebun sekangkang kera itu saya tak jadi jutawan tetapi itu adalah sandaran masa tua. Waktu tu mungkin saya berulang alik balik Kedah tengok kebun getah atau Sabak Bernam tengok orang kait kelapa sawit.
Along pun masa tu mungkin dah beranak pinak… hehehe. Along dah tak balik rumah tiap hujung minggu lagi..dah kerja part time kat The Mines. Dari balik tidur membuta macam tak tidur seminggu baik kerja. Anak lelaki tak boleh manja².
” Jangan nak belanja ikut kawan² Along yang kaya² dapat loan MARA ke PTPTN tu…. yuran untuk satu semester pun dah 3-4K, belanja bulanan Along pun lebih RM 600.00 , belum kes kecemasan service motor dsbnya… itu pun nasib boleh minta top up dengan mama…bla…bla……” itulah nada berleter saya tiap minggu.
Terimakasih juga untuk pengunjung yang selalu klik iklan di blog ini. Payment yang saya dapat bulan dari jasa baik korang , saya bagi Along untuk beli helmet yang lebih baik.
Argghhhhh………… makcik² sungguh. Dok cerita pasal kebun getah boleh kelaut timbul cerita anak-anak. Mereka jiwa saya yang hidup di dalam blog ini – tengok header kujie2.com!
Selamat hari minggu ye kawan-kawan. Saya nak ke KLSentral beli tiket untuk Angah. Tiket balik semula ke asrama 17hb Mac.
Malam tadi mak mertua saya telefon …” Jadi ke balik.. mak tunggu sampai dah malam….ni mak nak sembahyang ni..takut nanti mak tengah sembahyang, Jie telefon mak ….”
Bertuahlah punya menantu….. memang saya janji nak balik kalau dot dot tu dapat tapi dot dot tu belum sampai. memang dah janji macam tu… saya anggap kalau tak balik tu mak fahamlah dot dot tu belum sampai.
Anak menantu ni dah jadi anak hantu!
Dah……… dah……… stop dulu. Dah sampai ke Lautan Atlantik dah ni! Chow…!
I see a lot of interesting articles on your website.
You have to spend a lot of time writing, i know how to save you a
lot of work, there is a tool that creates unique, SEO friendly posts in couple of minutes,
just type in google – k2 unlimited content
tertarik dgn tajuk
jangan pandang org yg nampak biasa2 tu takde ape2 tau..cuba tgk org cina..pakai baju pagoda je (rm10 boleh dpt 3 helai kot)..tapi bila pegi bank dia pegang duit note 100 tak muat nak letak kat dompet..sebab tu diorg suka pakai seluar byk poket..
bos saya melayu..baju pun biasa2 je..kdg2 tu ade lubang2 lagi..tapi saya uruskan akaun syarikat..mak datok..ada gaya jutawan..ada kawan saya gaya bukan main..baju top to toe mesti tiptop..kete pun nak tiptop..tapi selalu mengeluh soal duit..ukur baju di badan sendiri laa..
P/S: jangan pandang org sebelah mata. maaf komen pjg sangat. nak tulis blog malas la pulak 😎 ..
baru balik dari kg semalam.. sawit tengah mahal sekarang!
cakap dengan suami, “jom kita duduk kg nak?” 😆 😆
Yang seciput tu lah yang bermakna kak jie…lama2 jadi bukit lah tu nanti..mudah2an dimurahkan rezeki dari pelbagai sudut oleh Allah SWT…amiinnn… 😉
Tak semualah…kadang2 entri merapu meraban juga
10 tahun lagi, Insyaallah pokok2 tanam semula tu dah boleh keluarkan hasil… Kak Jie pun masa tu mungkin berbau pewangi mahal tu… 😆
hahahaha…………….. gimme five maksu!
hari minggu jadi surirumah ye…kain keliling pagar rumah
lagi 3-4 tahun, pokok getah kak jie tu dah boleh toreh kot
Kak Jie pun sama, bukan sentiasa berada dlm tip top. kadang2 kelaut entri merapu meraban juga.
Tapi….kak jie paling mengelak untuk menulis mengenai blogger lain, yang baik2 tak pa…. 😉
kete dah ade kat showroom, esok pagi baru nk ambil.
itulah jenis makcik2 menulis blog, tak ada draft
dia pegang keyboard, tulis je yg terlintas….akhirnya jadi macam2 ragam macam2 rojaknya.
hhehehe…………. 😆
Penulisan tu subjektif… tiap orang ada berbagai sudut pandangan yang berbeza, jadi apa yang kita nak sampaikan kadang2 belum dapat diterima oleh semua orang.
Alhamdulillah… moga2 dipermudahkan segalanya
W/salam
Betul….. itu adalah sandaran masa akan datang , untuk jangka panjang
silap tu…. hasil dari blogging kak jie seciput je….bukan usahawan. 😆
rumah kami dalam kebun getah….bila musim kemarau..daun bertukar merah…gugur…..
rasa bahang panas daun kering, harummmmmnya 😆
berlemoih bau getah…. kecik2 dulu main picit gelembong udara yg ada kat getah keping yang masih putih belum kering tu…
kemudian sidai getah keping….. bawa masuk dlm rumah asap…sebulan sekali lori besar datang bawa pergi jual
arghh..kenangan 😆
Waalaikumsalam
Berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian
Kak Jie orang kampung, memang tradisinya mencintai tanah.
He he he… mentari terik diperlukan untuk mengeringkan ikan yang dijemur 😆
Entri ni Kak Jie ambil masa setengah jam….tulis tanpa draft. Biasalah Kak Jie bila tulis membebel kelaut…. 😆
As salam..
Bila agaknya nak boleh ada tanah sendiri…Rumah pun masih tinggal di rumah sewa…
Entry kak jie mmg memberi inspirasi pada org lain..
Tahniah..
Tiba-tiba saja entry kak jie menjadi mentari yang menyinari kesuraman hati yang gundah dalam pencarian kerja ni. 😉
* Ke laut pun tak apalah kak jie, boleh sama-sama kita tangkap ikan 😉
kak jie kalau tulis pasal apa je pasti jadi. entah saya tak tahu nak describe apa tapi semua nampak segak je.
saya sendiri masih tercari-cari haluan. matlamat perlu ditetapkan agar ada fokus dalam hidup.
entri ini juga entri motivasi buat saya 😉
dari kecil memang maza di dedahkan dgn pokok getah, biji getah, susu getah, getah keping, segerap, lantun, pucuk getah dan sebagainya…. kata org dah naik cemuih!!!
tapi bila dapat RM dari hasil getah.. ahaks.. >>> >>>senyum sampai ijau mukanya…. hahahha
dari kecil memang maza di dedahkan dgn pokok getah, biji getah, susu getah, getah keping, segerap, lantun, pucuk getah dan sebagainya…. kata org dah naik cemuih!!!
tapi bila dapat RM dari hasil getah.. ahaks.. >>>
nak jadi usahawan blogger mcm kak jie… 😀
Salam Kak.
memang tidak rugi berbudi pada tanah:)
rasa puasnya semacam.
Saya nak jadi Jutawan Sawit…InsyaAllah…. 🙂 🙂
Sememangnya bidang pertanian bnyak menyumbang pendapatan.. hehe..
tapi penulisan yg boleh inspired orang lain,sutu yg susah nak buat.. berusaha ke arah itu ^_^
tak tau nak tangkap yg mana satu, hehe kebun getah? hasilnya luamayan skrg ni RM 11 lebih 1 kg, lepas tu keter belum dpt yer? hehe
betul2 puas jika penulisan kita mampu menaikan atau menjadi inspirasi pada org lain.
penulisan belalang belum sampai tahap tu. masih perlu banyak dibaiki. kena selalu membaca blog2 seperti kak jie.
hee…
usahakan kebun getah memang lumayan gak..mengalahkan gaji orang bekerja kerajaan…yang penting usaha tangga kejayaan…mcm kak jie juga…
mgkn mentari x jejak ke bumi, tp bahangnya terasa mengeringkan pakaian kita 🙂
kebun getah? mmg boleh jd jutawan..mak sy yg surirumah ada seekar tanah pokok getah..bolehlah cecah rm1000 sbulan dgn bergoyang kaki (upah pekerja)..alhamdulillah, kami anak2 slalu juga merasa duit getah lantun tu.. 😀
semoga ramai lagi yang dapat inspirasi hasil dari penulisan kak jie. semoga sukses selalu