Mungkin ada hikmahnya mengikuti pesanan orang berilmu, ambil waktu untuk bertenang semoga tak silap dalam pertimbangan.
Orang-orang yang iri hati itu selamanya dirudung duka dan pilu. Sebab mereka bersedih hati bukan kerana malapetaka yang dideritanya saja, akan tetapi kerana menyaksikan orang lain mendapatkan kebaikan.
Credit: Darlyne A. Murawski
Teman begitu hangat
Mengalahkan sinar mentari
Berteman bagai ulat
Berharap jadi kupu-kupu
©kujie – motivasi untuk diri sendiri di pagi Khamis
biasa la kak jie, manusia ni kdg2 tak penah senang dgn kesenangan org lain..
** betul ke gambar ulat atas tu.. nape die cute sgt?
tarik nafas, hembus nafas..
tarikkk hemmbussss.. tarikk hembusss
ah! aku mampu bernafas lagi. syukur
ini bermakna aku masih hidup..
hidup mesti diteruskan…
huhuhu
kita melayu ni…memang ada yang suka irihati sesama sendiri 😉
ada juga yang iri hati ya…
harap-harap ia bukan penyakit berjangkit.
moga kita dijauhkan dari sifat yang memakan diri sendiri dalam diam
Bila baca sekali lalu terhidu satu metaphoric dibedak hati event rumit dilupai, mungkin senario sedih sebelum kecapi kejayaan disyukuri … well kita dianugerah ram & harddisk yang perlu diskan & cuci, 5 kali sari
Cuba membaca berulang kali entry ni untuk buat pemahaman… (maklomlah ngantuk.. blur sket)..
Tempoh bertenang tu yang terbaik, buat keputusan dan pertimbangan dengan waras.
tempoh bertenang a.k.a grace period..
mcm setenang lembu minum susu gak ler..
lepas minum boleh ler lepas tu bermain..
hehhehe
moTivasi diri… sifar iRi dibuang ketePi…jdkaN iri sbg smGt majUkaN diri…(^_^)
cemburu dlm istilah kebaikan membuatkan kita bersemangat utk perbaiki diri & beri peluang utk mencabar diri sendiri
Jeles itu biasa. cuma cara kita menyelesaikannya. dari sikap jeles kita akan bersaing untuk lebih pandai, lebih bijak dan lebih baik. kan?
kenapakah tiba2? hmm dengki2 ni mmg biasa lah. sometimes tk faham kenapa harus dengki? saya penah jugak org dengki dgn business2 ni la. tapi saya redah jer kak. hafto be strong.
btw, ada org dengki akak ker?
ada orang kedengki akak ke?
kita doakan smoga tobat cecepat
azab skrg Allah bayar cash
mungkin dia terlupa 💡
motivasi yang memberikan kesegaran di pagi hari..terima kasih kakjie
manusia tak boleh tengok orang lain lebih sedikit. Takpe kita teruskan kehidupan kita macam biasa. Kan itu nasihat kakJie pada kita… 🙂
Ye la kak jie…orang yang suka dengki, khianat kat orang memang hidupnya x tenang…air muka pown nampak kotor..biaq p la dia.
wow… Motivasi pagi! Segar otak. Dari tadi dok sangap. Makan pun tak lagi.
Anyway… Lawa template mobile ni. Cume, ada text image je tak tersusun sikit. Tapi dah ok kot. Dah cun dah ni. Bleh komen. Haha.
Seringkali mentor-mentor saya berpesan. Kita perlu bersikap baik untuk membolehkan perkara-perkara yang baik datang kepada kita. Perasaan iri hati ini adalah racun minda yang perlu kita elakkan.
betul tu kak jie..sama2 la kita muhasabah