Mengembalikan Aura Positif Dalam Hidup
Motivasi

Mengembalikan Aura Positif Dalam Hidup

Cuaca baik sangat hari ini. Mentari bersinar terik dan angin bertiup lembut. Setelah hampir seminggu rumah diselubungi virus selesema dan cas-cas negatif, saya ambil kesempatan hujung minggu yang cerah ini untuk mengembalikan aura-aura positif dalam persekitaran.

Saya buka semua pintu dan tingkap seluasnya,tukar cadar , jemur bantal , vacum setiap bilik sambil menyusun atur buku majalah, berpuluh-puluh CD game di bawah katil anak-anak bujang.

Saya suka rumah yang terang disimbah cahaya matahari dan menikmati gerakan alunan langsir apabila dibuai tiupan angin.

taman yang sedang dibaikpulih , tapi tukangnya nun jauh kat Tasik Kenyir …balik sebulan sekali dan mungkin projek baikpulih ini memakan masa berbulan-bulan hikhik…

Kemudian saya clean up almari. Masukkan baju-baju yang masih elok tetapi dah lama tak pakai dalam plastik Self Adhesives untuk didermakan.

Ini kali ke 2 saya hantar baju lama kepada pusat pengumpulan. En. Zaki yang mengutip pakaian lama dan diagihkan ke rumah orang tua dan anak yatim beritahu cara saya mengasingkan dan menyusun tiap pakaian di dalam plastik seperti ini memudahkan kerja-kerja pengasihan.

Saya masukkan dua pasang baju kurung dalam setiap beg plastik dan kalau blouse, saya akan masukkan padanan sesuai pakaian tersebut sama ada seluar panjang atau skirt.

Saya juga hantar tudung yang tidak dipakai lagi.

Posted with WordPress for BlackBerry.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Mengembalikan Aura Positif Dalam Hidup

  1. bestnya kalau duduk kg, dapat udara segar.. kt sini dapat habuk je.. huhu..

    susah saya nak mengemas macam kak jie, nanti kemas, bersepah, sebab de 2 askar kecik yg tolong, tolong menyepahkan barang.. ahah.. tak pun sibuk nak tolong, last kali malas nak kemas..
    Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!My Profile

Comments are closed.