17 Β Sifat keperibadian seorang usahawan
1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
2. Memandang masa hadapan dengan jelas . Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran.
3. Berkeupayaan untuk bekerja keras – Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau ‘workaholic’ . Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
4. Berfikiran positif – Seperti sikap hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
5. Berani membuat keputusan – Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan dengan kadar segera. Β Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
6. Bersikap optimistik – Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah ” Masa kini ialah masa yang terbaik” dan ” Semua perkara boleh dilakukan”
7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
8. Berani mengabil risiko secara berhemah – Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza.
9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah
10. Bekerja sendiri – Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapatkan pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidamtan buat suatu jangka masa yag pendek.
11 – 17 – kena beli buku sendirilah dan terokai berbagai ilmu yang dikongsi di dalam buku ini. Buku ‘Langkah Bijak Usahawan Terbilang ‘ terbitan Telaga Biru Sdn Bhd adalah hasil tulisan Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.
Dalam buku ini dinyatakan sifat 1-6 dikenali sebagai sifat semula jadi yang dimiliki ketika lahir atau daripada susur galur keluarga. Sifat ini timbul dan berkembang kesan gabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual yang tidak dapat dirangsang secara dibuat-buat.
Sifat 7-17 adalah sifat yang dapat diperolehi atau dipelajari melalui latihan dan kemahiran.
Buku menarik menggunakan pendekatan yang santai, bahasa yang mudah, gambar, foto, ilustrasi dan kartun, isi dalam bentuk carta dan jadual akan sangat menarik untuk bacaan setiap orang yang ingin bermotivasi sebagai usahawan berjaya.
Boleh juga dijadikan hadiah. Cenderahari yang tidak mungkin mencederakan hati
Harijadi suami pun tak lama lagi , kan…
salam..saja blogwalking n cari ilmu…
… best.. Insyaallah boleh sambar satu.. memang teruja nak beli!
.-= samdaddycool´s last blog ..Buat duit online dengan ‘search’? =-.
Saya percaya sikap positif dan optimistik adalah yang terpenting. Kerana sikap inilah yang mendorong seseorang itu untuk terus mara walaupun telah kecundang dan tersungkur banyak kali. π
@tekkaus, wah….saya semakin kagum dengan tatabahasa awak sekarang… itu adalah sikap semulajadi yang perlu dikembangkan…
Thanks kak kujie π Jumpe lagi nanti yerks!
.-= Malaysian Bloggers´s last blog ..: When will it stops? =-.
@Malaysian Bloggers, sama-sama π
Selama jadi usahawan 10 tahun lepas, pada saya 3 dan 8 tu paling penting. Yang lain secondary
.-= kruel74´s last blog ..I am a sell-out =-.
@kruel74, Berkeupayaan untuk bekerja keras & Berani mengambil risiko – kena dtg dari otak yang sihat π
salam ziarah kembali.. err.. sy uat umah baru takde pulut kuninglah.. ongkosnya nggak ada.. huhuhu… dah lame saya tak bace buku yg berunsurkan motivasi ni.. π
.-= Faarihin´s last blog ..Dari Jauh Ku Pohon Maaf =-.
@Faarihin, org muda2 mudi mesti baca buku novel cinta π
Salam kujie π
Meh la promote blog nie kat http://www.imcurtain.com Percuma je
.-= Malaysian´s last blog ..Selepas InfoMalaya, Kini Negaraku Pula? | aMaNz =-.
@Malaysian, dah pergi hari tu, tak sempat nak register….ok ok..kak jie pergi sekarang
Bagus membaca ni.. dpt byk ilmu…
n boleh dijadikan panduan.. kena carik kat kedai buku ni
@zool, membaca mmg elok… dan kita pun kena pandai2 pilih bahan yg sesuai utk dibaca
menarik tuu..err kak jie nak bagi hadiah buku ni kat iza ka
melawak ja no.
.-= iza´s last blog ..Tanpa Tajuk… =-.
@iza, hehehe…awak kena bagi buku jenis lain…huhuh
dah balik ke?
@Kujie, aaa buku lain… huhuhu.
Malam esok malam baru balik sebab tadi habis kerja pun dah lambat. So esok siang boleh lah putaQ2 di Bandar Seri Begawan ni.hehehe.
@iza, oooo..masih di sana ye…. besok boleh raund2…jgn lupa snap2 byk2 π
buku ini menjadi rujukan saya sejak 2 tahun lalu…mesti baca untuk menjadi ushawan berjaya …bagi yg banyak ketakutan mesti baca buku menerobos sempadan diri.
.-= denaihati´s last blog ..Contest Weblog Popular 1Malaysia =-.
@denaihati, buku ini dapat masa pergi seminar usahawan 3 hari lepas. leka membaca…. banyak isi menarik
Jie ..
kadang2 bila akak tengok orang2 ni jadi usahawan dan berjaya
tingin gak ..
tapi, akak ni nak jual petai pon cuak
takut orang takmo beli
(nilah dia … blom apa-apa dah pesimis π )
.-= uji6june´s last blog ..aku bukanlah … =-.
@uji6june, kena belu buku ni…baca ciri-ciri sifat yang ke 11-17 tu..eheheh
sapa lagi sorang tuh k jie eh ?
@MakanMalaya, Haji Muhammad Zakaria ke? seorang fasilitator, pakar kaunseling, motivasi dan penulis buku
@Kujie, owh ya ke. hehe thanks π
.-= KNizam´s last blog ..Message from Noktah Hitam β Please Deactivate Your Negaraku.net Plug-In, Negaraku.net Is Having Problem Right Now ! =-.
bab berani mengambil risiko yang neeza agak lemah banyak.. neeza pernah bukak restoran tau kak Jie.. tapi tak sanggup… heheh.. takleh cerita lebih2.. nanti jadi entry pulak hahahaha!!!
.-= Neeza´s last blog ..Uhuk! Uhuk! =-.
@Neeza, owh….neeza dah ada pengalaman tu… restoran tu perniagaan runcit..dpt cash…erkk..seronoknya π
balik ke Malaysia nnt , ajak lah kita potong reben buka restoran baru..hehehe π
Terima kasih kerana berkongsi Kak Jie..Saya dah lama tak baca buku-buku motivasi ni..Saya paling suka buku The Magic Of Thinking Big, David J Schwartz.
.-= Bb Hussain´s last blog ..Second semester has begun =-.
@Bb Hussain, buku ini lebih kepada amalan perniagaan yang beretika, ciriciri kepemimpinan seorang usahawan juga langkah awal untuk membina diri ke arah usahawan terbilang.
kak jie dah melepasi zaman baca novel cinta… π
Sempat singgah di kedai buku tadi, tapi taklah beli buku tu.
Mungkin lain kali.
.-= Kak Long´s last blog ..Ah ngerinya, mereka kini menghampiriβ¦ =-.
@Kak Long, mungkin kak long boleh beli sebagai hadiah…. jadikan budaya memberi buku sebagai hadiah π
Menarik sangat tapi buku ditangan ada yang belum habis dibaca.. apapun buku-buku motivasi camni memang tak rugi kalau belipun..
@nuaeman, buku ini mmg bagus untuk menjadi menambah ilmu keusahawanan. Takmahal pun, sebab apa bagus sangat kandungannya
slah nombor. bukan 4 tapi 3 … hihihiiii β β
@BDewa, tak pa…. setakat 1, 2, 3, tu semua org boleh kenal lagi…BD
syarat no 4: berkeupayaan untuk bekerja keras. BD ada satu cerita mengenai kerja keras. Seorang isteri mengomel pada suaminya…”sebab abang suka bekerja keraslah saya beranak setahun dua kali….”
@BDewa, hehehe…BD ni, setahun 2 kali tu…tapi semuanya boleh jadi kalau
k~e~r~j~a~s~a~m~a…!!!!