6 murid Tingkatan 3A ponteng kelas.
Hari ini 5 orang kawan-kawan Angah – seorang pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan ponteng dengan izin ibubapa dan bersantai suka suki di rumah saya. Bukan setakat Pengawas Sekolah, salah seorangnya adalah Ketua Kelas.
Sebenarnya saya tak tahu pun perancangan mereka. Petang Rabu waktu jemput Angah di sekolah, dia beria-ia minta izin untuk ponteng sekolah hari Khamis. Dia berjanji dengan kawan-kawan untuk datang ke rumah main game.
Tentulah saya berat hati, tetapi dia cakap, dia dah berjanji dan orang yang mungkir janji orang munafik.
Glup! saya terperangkap di sini.
Seawal 9 pagi mereka dah sampai. ” Mak cik tak pergi masjid” Amboi, pandai budak-budak ni dah hafal jadual rutin saya. Sebenarnya salah seorang daripadanya anak kepada kawan sekelas saya.
Saya lebih suka kawan-kawan anak-anak saya datang ke rumah kerana kita secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa kita bukannya mengongkong dengan siapa mereka hendak berkawan. Sebaliknya, hanya ingin berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan mereka.
Balik dari kelas 10.45 pagi, saya goreng samosa, buat puding karemel dan masak kari ikan untuk makan tenghari.
Pukul 3.30 petang baru mereka bergerak pulang. Saya jengok ke dapur, semua pinggan, cawan siap di cuci tersusun kemas. Aduhai…untungnya kalau ada anak perempuan yang dah besar.
Lambat lagi nak bermenantu ni…
p/s – anak bujang saya pun balik dari asrama hari ini, esok cuti sekolah.
************************************************************
Saya berYm dengan seseorang.
Kita semua mengetahui bahawa apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara :
Doa anak yang soleh
Amal jariah
Ilmu yang boleh dimanfaatkan orang lain
” Saya dah lebih 2 tahun berkahwin, tetapi belum diberikan anak, nanti bila saya dah mati, siap yang nak mendoakan saya?”
Saya faham perasaannya, tetapi saya sendiri kelu untuk berkata-kata, risau apa yang ditulis akan menambah duka nestapa bukan menghilangkan beban didada.
Cuma satu yang ingin saya tambah, doa anak yang soleh itu adalah salah satunya bukan hanya satu-satunya. Jadi kalau tidak dapat buat semua jangan tinggal semua. Lebihkan dua perkara yang boleh dilakukan kerana itu adalah amal daripada diri kita sendiri .
mama.yonna nak dtg.nnt masak ayam merah ye,my fav tu! hahaha.tp yonna x bawak kawan2.yonna bawak diri sendiri je
.-= yonna´s last blog ..Y552 : Gadis Bertudung :p =-.
Mak borek anak rintik? :p Hahaha 😀 War…anak kak pandai pilih kawan kan? Tentu belajar dari ah kak!
.-= tekkaus´s last blog ..Had Charbroiled Burger At Carl’s Jr =-.
@tekkaus, zaman skrg ni, mak2 kena advance dr anak2…. kena tau tiap gerak
huhu.. pandai betul anak Kak Jie mengatur kata, mak borek anak rintik?
.-= zuls´s last blog ..Tentang MyBloglog… Lima Perkara Yang Saya Suka =-.
@zuls, mak kena jerat 😆
anak2 tu dah faham hati mak dia… 😆
lupe lak nak cakap. kucing tu comel! gebu!! 😉
.-= mrs azmi´s last blog ..…tanpa tajuk… =-.
@mrs azmi, hehehe..kak jie suka letak gambar kucing dgn ikan..
teringat zaman pas PMR dulu
sebulan punye xtvt sekolah dah aturkan. macam2 ade. segala macam jenis tournament yang ade name bola. dikir barat. nasyid. teater.
rase lunyai gakle! isk.. 🙄
tapi selalunye memonteng nyuruk dalam dorm! 😆 😆 sampai warden kejar!! hahaha
.-= mrs azmi´s last blog ..…tanpa tajuk… =-.
@mrs azmi, baru 2 hari abis peksa, cikgu belum susun program lagi kot..saja bagi budak2 ‘lenggang kangkong’ p sekolah.
tu zaman2 nakal mmg mcm tu 😆
kak jie..kalo sy lak nak bwk kenkwn dtg umah kak jie..boleh tak?tp sy x ponteng keje…hiks…
.-= kriesz´s last blog ..PAPADOM – Bila aura Mansor Puteh Meresap dalam Jiwa =-.
@kriesz, dtg hantar kad ye nnt 😆
masa kecik2 ni anak bawa balik ramai kawan. bila besar nanti, dia bawak balik sorang je….. yg paling special. masa tu mungkin ibu org yg paling berdebar-debar. hehehehe
.-= rumah kuning´s last blog ..Makin mengancam =-.
@rumah kuning, mmg budak2 perempuan senang berkawan dgn dia..dia bukan jenis kasar2..nk mengata2…jenis ia..ia. je 😆
yg tu bab lain dah kot cikgu
dari pegi tempat yg bukan2, lebih baik la kat rumah..
.-= Lan Bingka´s last blog ..Langkah bendul =-.
@Lan Bingka, depan mata, budak2 perempuan tu pun buat kuih ( samosa ) sama2…hehehe…
hehe..yelah jie..buku text dh pulang..tp anak jun pegi skolah lg..x bg ponteng..tp dia ckp..’mama, cikgu pesan ari isnin smpai rabu korang x payah datang skolahlah..’ hehe…apelah yek..abis peksa, merdeka abis…cikgu pon sama, ekeke
anak2 jun yg x pmr pon dh abis peksa pksr2..ujung bulan ni pulang buku..hmmm, ramai lglah ponteng padahal sebulan lg skolah..nak kena plan pelajaran bagus kt umah ni nampaknyer..hehe
.-= jun´s last blog ..Mango kerabu =-.
@jun, tu la Jun, buku teks dah kena kutip…dia org pun belum di susun aktiviti lagi.
emak yg bagus…ngeeee
.-= azizan4444´s last blog ..Pasangan Hidup : Pilihan Sendiri Lebih Cun Daripada Pilihan Mama Papa =-.
@azizan4444, anak zaman skrg, kita kena rapat dgn anak2…
ngehehehe! pandai je depa nak emmontengkan diri ek?? kat rumah ok lagi tuh. dr depa merayau kemana2. 😀
.-= Zana´s last blog ..Berjalan =-.
@Zana, buku teks dah dipungut utk form 3, dah merdeka abis PMR 😆
Wah..pandai anak Kujie memilih kawan….orang yang tahu bawa diri.
Aduhai, ada krim karamel kegemaran saya tu…boleh hulur sikit? 😀
.-= Kak Long´s last blog ..Bandar Tentera Darat =-.
@Kak Long, Angah tu budak perempuan suka kawan dgn dia..entah….
bukan semua jadi anak yang soleh, yang tak jadi anak yang soleh maka panaslah kubur ibubapanya atas segala perbuatan dosa anaknya … belum dapat anak juga adalah ujian dari Allah yang pasti ada HIKMAHnya kerana kalau ada belum tentu kita boleh jadikan mereka soleh dan soleha … teman saya dah 18 tahun kahwin belum dikurniakan anak dan dia pasrah pada ketentuan ALLah keran Allah juga tahu apa yang terbaik untuk kita …
@denaihati, iman tak boleh diwarisi. Anak yang hari ini baik belum tentu kesudahannya begitu
Saya harapkan anak kucing…
.-= kruel74´s last blog ..Tree planting for political mileage? =-.
@kruel74, betul tu, amal ibadat ada berbagai2 cabang
Salam Akak Jie….
Tajuk n3 kita ni nama buah je ekkkk….
Akak Jie : Kundur dan Labu
Sy : K*te Mamak dan Kerdas/Genuak/Geduak.
Boleh berniaga kat pasar tani la cenggini…..
🙂 Take care ye,Kak.
.-= Zymazara´s last blog ..Open Round Table – Comparison Between Buah K*te Mamak & Kerdas/Genuak =-.
@Zymazara, erk…. ada makna tersirat – kundur melata2 tu 😆
hmm..nasib baik pinggan berbasuh.
kadang2 pening juga bila dalam persimpangan.
contohnya: cikgu, ustazah mencarut tuh salah jugak kan?
adoii…tak keruan nak menjawab!
.-= cheryna´s last blog ..sha: ryan giggs is a ladybird =-.
@cheryna, anak kak jie no 1 & no 2 lelaki
sesekali tgok anak perempuan org , dah boleh buat kerja mcm tu…seronoknyalah
Betui tu bio deme kat ghomah kite, senang nak panto daghi meghayo menghate-ghate.
@Sharouk, budak baru lepas peksa, buku teks pun dah dihantar….
Fuyyooo tajuuuuuuuuuuk. Ingatkan ada resepi baru hari ni Kak Jie. Abang Karam Sigh pun makan hati kalau dia tengok tajuk entry ni
Alamak…kalau yg bujang ni kena fikir double triple dari kawan Kak Jie tu sebab cuma ada anak kucing sahaja sehingga kini 😐
@iza, ingat makan je erk 😆 eh..lama la tak nampak cik abg karam tu kat TV, dah abis ke ayat2 maut dia ,pergi menuntut lagi kt gua
itulah…ada lagi 2 😆
wahhh,nak kenal dgn anak dara yang besaw tu boley kakjie? ahahahaha
.-= blowie´s last blog ..Harta Pusaka : Orang Jadi Gila =-.
@blowie, mgkn dia org baca blog ni…tunggu je link di klik 😆