Hari ni nak membebel ringkas , maklumlah masih ada kesan² wordless semalam.
Dalam kehidupan online saya, sering saya membaca /terpandang komen dari seseorang yang berbunyi begini
“Tak jemput pun “ atau lebih menyusuk kalbu ” Sampai hati tak jemput “
Komen seperti ini kerapkali saya jumpa bila seorang itu membaca berita temannya telah melangsungkan perkahwinan atau menganjurkan sesuatu majlis yang membabitkan makan² – contoh open house Aidilfitri.
Pernah baca ayat tu? Pernah tulis macam tu?
Ini adalah ayat yang perlu kita elak apabila membabitkan skil membina persahabatan atau perhubungan. Bila kita menulis seperti itu di facebook atau ruangan komen , kita secara tidak langsung memyebabkan teman kita tersebut merasa serba salah atau rasa teruk.
Menjemput kita bukan kewajipan dia sebalik memenuhi jemputan orang tanpa alasan yang kukuh adalah satu kewajipan.
Kita kena lebih terbuka untuk menerima keadaan teman kita untuk saling menjadi seorang kawan yang baik bukan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri. Dia tak jemput kita mesti ada bersebab. Contohnya bajet yang terhad – ada sebungkus mehun tak kan nak jemput kawan sekampung. Buat kenduri semebelih ayam 50 ekor tak kan nak jemput kawan sefacebook.
Kalau majlis perkahwinan, ramai yang lupa atau tak sedar bahawa majlis tersebut dianjurkan oleh ibubapa pengantin. Cuba belek kad jemputan perkahwinan. Kebiasaannya akan dimulai dengan nama kedua ibubapa menjemput tetamu untuk meraikan perkahwinan anak mereka. Kita ni kawan/kenalan mak bapa pengantin kah?
Memang pengantin ada menjemput kawan² mereka tetapi kita juga perlu sedar majlis tersebut membabitkan keluarga, sudah tentu keutamaan akan diberikan kepada keluarga/ sahabat ibubapa pengantin. Jadi sekiranya kita mengetahui mengenai majlis seorang teman, janganlah terus berprasangka.
Kawan yang baik akan saling mendoakan dan menjaga tutur kata. Jangan gunakan alasan ‘kerana kami dah kenal lama’ kerana yang sering menyakitkan kita adalah seorang sahabat bukan seseorang yang kita tidak kenal.
Ucapkanlah sesuatu yang indah untuk seorang kawan yang melangsungkan perkahwinan ” Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan”
Sebenarnya dalam banyak konflik perhubungan atau persahabatan, masalah bukan datang dari pihak sahabat tetapi dari diri kita sendiri. Bagaimana kita menghadapi sesuatu dan cara kita menerima secara positif atau negatif. Seringkali kita menilai sesuatu mengikut kepentingan dan kehendak diri kita sendiri.
Fikirkan….
betul.yang penting cara kita menerima sesuatu perkara tu. kena selalu berfikir secara terbuka dan think positif. Kalau selalu serkap jarang jek, memang takkan tenang lah hati tu.
Jom terjah post menarik dari Nabiel ..Trip to Universal Studio Singapore ( PART 1 )
Betul tu ,akak,tak baik memalukan atau menimbul rasa bersalah…bayangkan kalau kita lalui perkara yang sama sepatutnya bertimbanr rasa sikit…letih tau buat kenduri…semua perkara nak kena fikir,lepas kenduri hal kendara lagi,nak mengemas,nak susun itu dan ini….
Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Macam Mana nak Buang Artikel yang diCopy di Enjin Search Google
biasa tak kisah sgt kalau tak jemput , cuma beri tahu hendak kahwin atau dah kahwin pun dah memadai kak kujie , sbb kadang2 kalau orang menjemput pun kita tak dapat pergi 🙂
Jom terjah post menarik dari puanbee ..A Solid Foundation Contest Hadiah utama melebihi RM600, 000! Untuk di menangi dari Mamil Gold.
cikgu bm saya dulu kata jemput – kita ambil dia, bawa ke tempat nak dituju. kalau tidak. gunakan undang. sebab undang tak perlu kita ambik dia. dia datang sediri
tapi kalau undang negeri sembilan tu rasanya kene jemput jugak kalau tak mana dia nak datang ke majlis – ok yang ni selingan ringkas
yang sebenarnya nak tulis ni je;
1. gurau
2. terasa
saya berat kepada #1 sebab saya suka buat gitu 😆 walhal kalau undang ke jemput ke ada je alasan tak boleh nak join 🙁
Jom terjah post menarik dari syafiq_lomotech ..Alpha, Beta, RC dan Final
dah lah tgh bergundah gulana sekarang ni, baca ayat mama “kerana yang sering menyakitkan kita adalah seorang sahabat bukan seseorang yang kita tidak kenal” ok terus nanges :((
kadang2 tak perasan ada jugak yang akan terlajak tulis komen macam tu.. “tak jemput pun” .. untuk ini lebih baik kita berpendirian lebih baik diam kalau tak ada benda lain yang lebih baik untuk di tuturkan
Jom terjah post menarik dari sabree hussin ..Apabila Terasa Beratnya Ujian Tuhan..Itu Tandanya?
diorang saje aje cakap macam tu. hehe..
Jom terjah post menarik dari titan ..Kenduri Gol Australia
Betul, ini semua main dengan bajet kita.
Kawan yang baik akan dapat memahami 😉
Jom terjah post menarik dari nizamghazi ..Mimpi Yang Insaf 071011
Saya pula jenis yang tak kisah nak jemput ke tak terpulang. Cuma kadang-kadang suka menyakat orang biar dia rasa bersalah tak jemput..hehehe..
Jom terjah post menarik dari Fazreen ..Tak Akan Hilang Bola Sepak Dalam Diri Ini
betul tul.kak..mmg kdg2 rs serba salah kan kalau kawan2 ckp gitu.. serba salah…kalau sy kengkawan x jemput sy x rs hati pun..sbb kalu jemput pun takut x dpt nak penuhi jemputan..
Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Pengasas Apple, Steve Jobs Meninggal Dunia
jujurnya pernah guna ayat ‘tak jemput pun’. tapi lebih kepada gurau.. yela mungkin diorang terasa.. kena elak ni
Dia nampak Ila sebagai ‘rakan sekerja’ saja le tu… 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
idea ini datang dari pemerhatian kat facebook.
inilah situasi dimana perpatah ‘ diam itu lebih baik’ digunakan dari kita menulis sesedap jari yang akhirnya melukakan satu pihak lain.
Bila kita tulis mcm tu, secara tak sedar kita sendiri telah mengjawap kenapa kita tak dijemput – semestinya dari sikap kita yang tak menjaga persahabatan tersebut. 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
sedih bila nampak orang sanggup tulis mcm tu kerana secara tak langsung dia telah membuat seorang yang lain ‘dimalukan’.
anggap saja orang tu buat majlis kecil kecilan, bajet terhad, kita pun akan atau pernah lalui situasi mcm tu.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
bhahaha… sekali sekala terlebih cili ape salahnye.
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Antara kesah gambar kelaut dan kesah mengamuk
entri ni cuma nak bagi kesedaran jangan lepas tangan nak tulis mcm tu kerana kesan pada kawan kita yang dimalukan dikhalayak ramai… dia pula terpaksa menebalkan muka nak menyusun ayat supaya keadaan tak jadi lebih rumit.
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
macaron tu tak sesuai dimakan waktu musim sejuk..hikhik
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cerita Dua Hari
eh… ni kisah lain
dia ckp ‘ tak ajak pun’
tu bkn utk kak jie..hehehe
sebenarnya isu ni dah lama nak sentuh, tapi itulah kak jie bukan suka sgt nak menulis hal2 mcm ni…risau terlebih hulur cili 😆
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kisah Chin Peng dan Askar Idaman Zaman Sunti
sokong dengan kak jie.Alhamdulillah setakat ni tak pernah rasanya menulis komen sebegitu.harap sama2 kita elakkan la yek 😀
Jom terjah post menarik dari Pacifista ..Seniman Menangis…
Jemput dan jemput-jemput 2 perkara berbeza 😆
Kak Jie,
Nak ngadu….
Bahasa tak paham
Hari2 makan kebab… balik sure debab
FB tak leh, blog tak leh, WP tak leh, banyak website tak leh… 👿
Ha ha ha (puas hati leh bebel sekejap kat sini)
hi. 😉
saya pernah dgr tp tak pernah rasa. for me, senang sj. org tak jemput, sebab ada sebab tersendiri. tapi knp orang lain dia tak jemput? may be sebab org lain pandai buat diorang rasa dihargai. jadi asalnya sbb kita sendiri tak menjadikan kita pntg sehingga perlu dijemput. tak pe lah. jgn susahkan hati dia..lain kali ada majlis lagi, mungkin dia jemput. jgn prasangka 😛
Jom terjah post menarik dari dr zatiel ..co-pilot salah tekan tombol, kapal terbang jadi terbang terbalik. ouch!
aik kak jie…kata membebel ringkas…hehehehe…jgn marah arrr….
Jom terjah post menarik dari Zainal ..Wordless Wednesday – Who Really Had Invented Stealth Technology?
saya setuju..kdg kala konflik dlm perhubungan ini juga berkait rapat dengan ego & menjadi dendam atau kebencian
Jom terjah post menarik dari ozzy ..SEKS SEBAGAI PELARIS
Nak buat camna..itulah lumrah kehidupan… 🙂
Jom terjah post menarik dari arena84 ..Gempar! Gambar Buaya Terbesar Dunia Ditangkap di Filipina
heheh.. x jemput pon xpe.. tpi kalau dh jmput, tp x dpt hdir,,lgi la rasa bersalah.. huhu
Jom terjah post menarik dari Fakarepain ..AIR ASIA : DI SEBALIK KE "MURAH" ANNYA
Tambah-tambah kalau kita ahli KBT (kelab bujang terlajak) hahaha…
Jom terjah post menarik dari Cenangau ..Jawapan JPN ni bagi aku lagi mushkil…
Aku selalunya lebih suka tak dijemput bab makan-makan ni, pasainya tak payah pening-pening kepala nak susun ayat bagi alasan kalau tak boleh pi. Silap ayat member sentap, tak pun kita pulak yang sentap bila member jawab balik.
Kalau takat nak jumpa, makan-makan dan bergambar, bila-bila pun boleh serbu pi rumah, kata member baik, tengah malam pun takdak masalah la…
Jom terjah post menarik dari Cenangau ..Muhyiddin mengakui polis sebelum merdeka sebagai talibarut penjajah?
sy rs sedih bila bc ayat yg kujie bold kan..sebab itu mmg yg selalu terjadi..
Jom terjah post menarik dari bardboo ..Mengidam Makanan Manis
setuju dengan entri nih. tak menjemput bukan sebab orang tuh melupakan kawan tapi mesti ada sebab disebaliknya. tapi kan perkataan tak jemput pun bila dilafazkan lebih makan dalam daripada perkataan bila, tak tau pun.
salam kak jie..
sebelum majlis berlangsung, rasanya bgtau awal2 yg kita cuma jemput family & kawan2 terdekat..dan bagitau majli cuma kecil2an..supaya tiada hati yg tersinggung..kalau ada jugak, apa boleh buat..kita takkan mampu nak menjaga hati semua pihak..apa2pun..nawaitu kita..yg selebihnya kita serahkan pada DIA. 😉
Jom terjah post menarik dari makdaraterdiva ..Danial Hakim
Assalamualaikum,
Ada masa ramai yang kesah bila tak dijemput, namun tak ramai yang kesah tak dapat datang atau sengaja tak datang bila dijemput. malah tak beritahupun orang yang menjemput yang dia tak dapat datang. Akhirnya, makanan berlebihan dek “pembatalan jemputan tanpa pemberitahuan sebegitu”.
Saya pernah PUTUS KAWAn hanya sebab tidak memenuhi undangan perkahwinannya nun yang beratus batu jauhnya kerana ketika itu sangat terdesak “tak cukup kos hidup”. Saya tetap doakan mereka bahagia dunia akhirat, namun akhirnya sedar bahawa…situasi saya tidak dimengertikan walaupun dia sering melafazkan sayalah kawannya dunia akhirat. Redha sahajalah. Buat apa nak simpan kawan yang tak sedarpun kawan dia sedang susah kan? Ramai lagi orang ;ain sudi jadi kawan kita —-> ayat pemanis lidah untuk menyembuhkan luka 😉
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Malaysia Akan Bangkrap? Biar Betul!
Setuju dengan Kak Jie. Orang tak menjemput tentu ada sebab. Lagipun lebih baik mendoakan orang lain dengan kebaikan daripada mengecilkan hati orang..
** Dah selalu tak dijemput bila bahagian lain buat jamuan. Tapi kalau PC rosak cepat pulak nampak bayangan saya..
Jom terjah post menarik dari iLa ..Love Quote..
Saya rasa orang tu ada sedikit masalah kefahaman untuk faham bahasa Malaysia.Banyak orang yang macam ni saya jumpa, termasuklah kawan2 facebook.
Mereka lebih mudah terasa hati bila bab kenduri kendara ni,seperti yg Kak Jie cakapkan lah “bajet yang terhad “.Tapi mereka tetap anggap kita ni banyak duit,padahal budget kita ciput jer.
Jom terjah post menarik dari Azman ..Ada ke akta siar gambar kanak-kanak?
Di dalam kehidupan ini,kekadang kita sbagai manusia ada banyak kekurangan diri.Biasalah tu, kalu terlepas pandang. orang yang tak dijemput pun sepatutnya berjiwa besar.kan kehidupan ini penuh makna,kenapa nak timbulkan perasan bersalah pada pihak lain.Lagi pun kalau lah namanya sahabat kita sendiri kena ambil tahu apa yang kawan kita lalui…hidup ini terlalu indah dan singkat untuk bersedih…life goes on…. 😀
Jom terjah post menarik dari LoveHijau ..Punca Pelajar Stress Salah Siapa?
setuju dengan k.jie. memenuhi jemputan adalah lebih dituntut. kalau dah jemput pun ada juga yang tak datang tanpa sebarang alasan yang munasabah.
biasanya komen”tak jemput pun” akan disusuli dengan ayat lain macam “dah lupa kawan lah tu” “ye lah orang tu tak ingat kita” “jemput VIP je” benda jadi panjang, seterusnya buat kawan terasa hati
Jom terjah post menarik dari wandisini ..3 Murid Lemah Pelajaran Di Halang Ambil UPSR
Boleh jadi jugak terlepas pandang. Banyak kali dah camtu, tapi bila org cakap “Eh tak jemput pun”, memang akan rasa bersalah, seolah2 kita memang lupakan orang tu
Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Giveaway Doodle tajaan TheSharkox.com
+1 . Kakjie tak jemput pun join GA die 😆
Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..Giveaway Doodle tajaan TheSharkox.com
itu hari masa pergi umah kak jie pon ade orang cakap saya tak jemput… ape fffff? dah la salah pimpoint kat orang lain.. then saya nak jemput? hahaha… even langsung tak terasa hati.. owh tapi ape kah sekali lagi?
dah terang-terang tulis kat blog kak jie.. sape nak datang.. dipersilakan datang, kak jie tak buat makan-makan… tup tup ade makan… ade plak orang hangin.. dem.. nampak sangat yang beriya bagi alasan cenggitu sebab nak makan. hahah.. padan muke kantoi sudah.
Jom terjah post menarik dari Kreuger ..Antara kesah gambar kelaut dan kesah mengamuk
Kalau tak dijemput, kemungkinan besar kita bukan “serapat” yang kita sangka… mungkin kita sendiri yg menyebabkan jadi begitu..
Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Wordless Wednesday 10 – Sarapan Untuk Adam
sebab tu entri diakhiri dengan ” Bagaimana kita menghadapi sesuatu dan cara kita menerima secara positif atau negatif. Seringkali kita menilai sesuatu mengikut kepentingan dan kehendak diri kita sendiri”
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apa Perlu Buat Jika Isteri …
jemput ke tak jemput pada saya takde hal. tak butthurt pun. tapi kalau nama kawan. kalau kawen bagitau la. just bagitau pun dah okay. kalau tak bagitau, mmg sentap. hehe.
Jom terjah post menarik dari nursarah puteri ..siapa tahu akan rezeki hari esok?