Artikel ini saya taip semula dari Buletin Imarah Edisi 04/08 – Gabungan Aspirasi Surau-surau Kariah Serendah ( JOIMS- Jom Imarah Masjid Serendah )
Tujuan disyarakkan berpuasa
1. Rahmat Allah kepada hambanya dengan memberi satu peluang untuk manusia menjadi manusia yang sebenar melalui latihan puasa.
2. Meroboh kekangan nafsu syahwat samaada nafsu perut atau kemaluan dengan puasa.
3. Membersihkan jiwa dan melatihnya dengan akhlak² yang mulia seperti : Berpada (qana’ah)/ zuhud/amanah.
4. Melatih jiwa meninggal dan menjauhkan nilai yang tidak baik ( mazmumah ) seperti tamak/ khianat/ suka mencela/ mengumpat.
5. Menahan nafsu daripada kerakusan dan kebiasaan yang boleh merosakkan nilai kemanusiaan.
6. Menyempitkan jalan² syaitan dengan menyempitkan saluran makan minum manusia.
7. Memastikan kesihatan tubuh badan.
8. Memastikan nilai roh manusia sentiasa mengatasi nilai kebendaan dan nilai akal keatas nilai syahwat.
9. Melatih manusia sentiasa bersabar dalam mengatasi kebiasaan kehendak hawa nafsunya. Bersabar dalam taat dan menjauhi maksiat.
10. Menyedarkan manusia akan nikmat Allah yang begitu besar dan melimpah ruah ( Syukur )
11. Melahirkan rasa sama taraf dan kebersamaan dikalangan mereka yang berpuasa dan akhirnya mengukuhkan hubungan ukhuwwah ( Solidariti )
Kerana tujuan yang besar dan mulia inilah puasa di wajibkan tidak di sunatkan. Bahkan diberi alternatif kepada sesiapa yang tidak mampu atau bermusafir agar di ganti dengan puasa di hari yang lain.
Akhirnya kesemua ini melahirkan manusia yang bertaqwa yang mampu menjana kecerdasan minda, emosi dan spiritual.
Sabda Rasulullah S.A.W
“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah S.W.T. telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia sangat rugi”
Hadis ini sebagai ucapan tahniah kepada manusia dengan kedatangan Ramadhan. Bagaimana orang beriman tidak bergembira dengan terbukanya pintu syurga? Dan bagaimana orang berdosa tidak gembira dengan tertutupnya pintu neraka? Bagaimana pula orang yang berakal tidak mendapatberita gembira dengan terbelenggunya syaitan?
Bersempena bulan Ramadhan ini, marilah kita bertaubat kepada Allah kerana Ramadhan bulan taubat. Mungkin diantara kita tidak lagi sempat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang maka hendaklah setiap kita menggunakan kesempatan ini untuk beribadat kepada Allah dan bertaubat di atas dosa² yang telah dilakukan. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir bagi kita.
Yang pasti, bulan Ramadhan akan berlalu dengan pantas sekali. Perhatikanlah, tanpa disedarikita akan berada dipenghujungnya. Oleh itu janganlah kita menjadi orang² yang rugi.
* Ini adalah scheduled post, maaf di bulan Ramadhan masa saya amat terhad untuk bertandang ke blog kawan².
EDIT : A Letter From Heaven hari ini
mama jie… cuma nk tau kat area rawang ada rest house ker….or hotel bajet
ker…or seri malaysia ker….sbab ada jemputan lepas raya nanti…ingat nk tidoq
barang semalam dua….klau ader yg murah2 jer…bukan aper…nk tidoq jer pastu
pepagi dh nk pi rewang…thks..* Ada 2-3 hotel bajet, pernah lah nampak…nnt kalau kompom nk dtg, bagitau ye. Depan Balai Polis Rawang ( baru) ada satu, tepi Bintang Supermarket & belakang Maybank.. rasanya itu yg penah nampak..kadang² sebab kita tak perlu kita jarang ambil tahu..hehehehe, sedangkan ada depan mata
selalu dengar Karnival jom heboh kan.. karnival ibadah ni lebih berkat sebenarnya tapi sambutannya biasanya agak kurang dari karnival satu lagi tu.. 🙁
wahaha..
flyer yang sangat bagus utk semua umat islam 🙂
marilah sama2 kita meningkatkan ibada kita 😀
wahh,ade org nk merewang ye hhehe
TQ K.Jie. Saling mengingati antara kita.
Off topik sat, Intan dah godek2 rumah baru & rumah lama K.Jie ni…tapi x jumpa apa yg diidamkan…sob.sob.. 😥
‘kumengharap kan ramadhan kali ini penuh makna; agar dapat kulalui dgn sempura’ 😆 🙂
selamat berpose kak jie..sure kak jie msk sdp hari2 kan..hehe
selain karnival beli belah..adakala nya org terlupa ada nya karnival ibadah cam nih..
waahh menarik poster tu… Karnival Ibadah ek… hehehe… bagus bagus… very creative..
salam ramadan.. banyak aktiviti di serendah tu.. surau belakang rumah zino ni pun penuh dengan aktiviti sepanjang bulan ramadan ni..
selamat berpuasa..